26 April 2012

anak ayam: yang mana betina, yang mana jantan?

ayam dewasa jantan & betina ketara sangat perbezaan.. kalau tanya budak tadika pun diorang boleh jawab mana jantan, mana betina.. ker, korang tak pandai bezakan jugak jantan & betina untuk ayam dewasa?? =_='


kali nih, nak share tips bezakan anak ayam... mana 1 jantan, mana 1 betina... sebab apa? anak ayam semua nampak sama jer jantan betina macam dalam gambar atas nih...

tipsnyer senang jer, tengok bulu pelepah yang baru nak tumbuh!
anak ayam betina: bulu lebih cepat tumbuh
anak ayam jantan: tumbesaran bulu agak lambat berbanding betina

dengan syarat nak guna tips nih anak ayam korang mestilah sama umur.. contohnya gambar kat bawah ni, anak ayam baru berusia 11 hari... agak-agak mana 1 jantan, mana 1 betina??



sebenarnya ada cara lebih tepat untuk bezakan anak ayam nih.. tapi macam complicated jer aku nak explain.. =_=' kalau ada yang berminat nak belajar lagi dalam macam mana nak bezakan jantina ayam berdasarkan coverts and primaries, boleh lah search 'feather sexing'..

doa seorang kekasih



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

25 April 2012

kenapa mesti MASTIKA???

=_=' <--- muka bersalah sebab lately nih aku macam chipsmore... saat aku mengetuk papan keyboard jam aku menunjukkan 2:37am.. awat aku tak boleh nak lelap mata malam nih.. padahal siang tadi dah penat pegi ladang ayam kat Melaka... busy-tak-busy sekarang for second last semester before aku pegi praktikal, aku dah dapat rasa feel jadi sorang pegawai... wahahaha... okey, perasan lebih!

on the way pegi Melaka tadi, sekali lagi aku tak dapat nak lelap mata... nasib baik dah prepare something yang boleh aku buat... aku bawak buku Mastika... tetengah syiok baca, tetiba jer ada lembaga sebelah aku..............

lembaga tuh tegur:
"lawak giler ko nih.. dalam banyak-banyak mende mastika jugak ko baca"

daripada aku baca suratkabor yang penuh dengan cite-cite tahik politik,
daripada aku baca majalah retis dedah sana sini tambah dosa,
ada baiknya aku baca mastika... kalau bukan mastika, konfem Ujang & Apo? dok kat tangan aku...

demi menghalau lembaga yang tegur aku tadi, aku pun menjawab:
"cer ko baca artikel jawi dalam mastika nih..."

tapi cabaran aku tadi bersambut dengan sengihan lantas lembaga tadi balik ke tempat asalnyer... kepergian lembaga tadi aku iringi dengan:
"sebab tu la aku pilih Mastika"

p/s: sedih member aku ramai tak pandai baca jawi


agak-agak kalau takde translation rumi korang faham tak tulisan jawi kat guni makanan lembu nih???

19 April 2012

bahasa arab power lagi

ada orang cakap berita gumbira kena kecohkan, musibah kena rahsiakan.. jadi entri nih aku nak kecoh sket kegumbiraan aku dengan sapa-sapa jer yang terbaca entri nih..  dah lebih 5 tahun aku tutup buku teks bahasa arab.. tak sangka power lagi bahasa arab aku rupanyer... =p

klik untuk tumbesaran
orang lain pakat ambik bahasa mandarin, bahasa jepun, bahasa korea tapi aku sangkut kat bahasa arab.. niat aku nak naikkan pointer sebab 2 semester jer tinggal before grad.. dari dulu aku target grad at least CGPA 3.50.. so, peluang dah depan mata, kenapa nak susah-susah ambik subjek yang menyusahkan diri kan?

lagipun rasa rindu lak dengan bahasa arab.. rindu zaman sekolah sebenarnya...
related dengan bahasa arab nih, rasa rindu:
- ustazah rafidah comel & ustaz zul kacak
- rasa berdebar-debar dalam kelas arab bila ustazah target tanya soalan
- buat kad besar-besar, bagi coklat sebab nak pujuk ustazah merajuk 

أنا أحب اللغة العربية لأنها لغة الجنة
(saya cinta bahasa arab kerana ia bahasa syurga)

satu misteri


Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia

Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja

Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namu harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa

Yang tiada pernah memungkirinya janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

15 April 2012

projek: ayam antioxidant

Ingat lagi tak aku sebut ayam antioxidant kat sini? rasanya term antioxidant nih dah selalu dengar dah kan? Nak tau lebih antioxidant apa tanya En.Google jer laa.. kang panjang pulak entri nih ^^

Objektif projek nak bagi pengalaman untuk student buat sendiri ration ayam (makanan).. sebelum ni belajar teori, sekarang hamek kau merasa laa betapa letihnya kerja kat ladang.. 


indirectly projek ni tergolong dalam R&D (research and development) untuk menghasilkan daging ayam berkualiti amnya dan daging ayam complete dengan antioxidant khasnya.. wah, dah macam promo makanan kat supermarket plak dah ni.. takpe, nih pendedahan secara tak langsung.. kalau tak korang tau makan jer kan... lagipun, orang-orang macam RAE berminat tambah info, betul tak? ^^

Dalam kepala hotak korang macam mana nak buat ayam antioxidant nih? SUNTIK? NO! NO! NO! ayam inject yang korang dengar sebelum nih absolutely khabar angin.. basically macam ni: 



 

Yer! Daging ayam sekarang berkualiti hasil daripada apa yang diorang makan.. so, apekebenda ayam dalam projek ni makan? Mestilah something yang ayam makan DAN something itu mengandungi antioxidant.. untuk projek ni, kitorang pilih 3 bahan: 



3 bahan kat atas nih terpilih sebab mengandungi kadar antioxidant yang tinggi.. Control tuh bahan basic yang ada dalam ration sebelum ration diolah.. macam korang buat experiment kat sekolah dulu-dulu laa.. mesti ada control untuk compare result nanti, ingat lagi tak?

Done! Next entri, aku story macam mana nak buat ration untuk ayam-ayam bertuah nih.. dan coming entry aku akan share jugak apa yang jadi kat ayam-ayam, bahan mana yang paling baik untuk menghasilkan ayam antioxidant and lastly kalau diperkenankan aku boleh share ingredients untuk ration tuh sendiri…

14 April 2012

sengkuang calit

sapa pernah pergi downtown depan The Mines, Serdang angkat kening!!! kalau belum pegi cepat ajak abang, apak, boipren (bank bergerak) pegi sana.. korang belum sampai pintu gerbang uptown ni dari jauh dah buleh dengar suara budak tecik 'menjerit' tanpa jemu:

"sengkuang calit! sengkuang calit! mai cuba! mai cuba!"


slrrrruupp!!! sedap woooo
sengkuang calit nih bagi aku salah satu benda legend yang baru diangkat balik.. eh? baru ker aku yang tak perasan sebelum nih? (=.=' sebetulnya aku baru jumpa)

legend tak legend sengkuang calit nih aku makan tiap kali balik dari sekolah agama rakyat dari tahun 1998.. pastuh bila dah masuk tahun 2000 sengkuang calit 'hilang'... tahun 2012, muncul balik! komfem pasnih wajib singgah beli sengkuang calit kalau keluar...

dulu sekeping sengkuang calit 20sen je wa cakap lu.. kalau sengkuang special (saiz besar) paling mahal pun 50sen.. tapi yang nih aku beli RM2.00 (special).. biasa punya RM1.50..

icecream soda + sengkuang calit = best combination!
tempat korang ada tak orang jual sengkuang calit nih???

13 April 2012

bawal 3 tone








TEMPAHAN/MAKLUMAT LANJUT SILA KE
bukan tudung jer, macam-macam lagi ada kat sana

12 April 2012

kenangan - masih di situ

minggu lepas aku sempat jadi co-driver abah dari Perak-Pahang-Kelantan untuk urusan pusaka.. pusaka tu tak lah menerujakan aku, benda yang paling buat aku teruja bila mak cakap nak singgah jenguk rumah tempat aku lahir..

pintu masuk (Penempatan Felcra Sg Temau, Kuala Lipis, Pahang)
mak cakap kat sini la aku ngan abang aku lahir.. kami berdua ja lahir kat sini.. sampai-sampai ja depan rumah tu, woaa.. tak terkata aku.. mak cakap tak da apa yang berubah.. pokok bunga depan rumah tu pun still ada.. cuma bersemak laa sebab dah tak da orang duduk..

ni la rumahnya
lepas sekali lalu tengok rumah yang dah lama ditinggalkan, pegi rumah sahabat mak aku pulak.. dia nih bukak warung kopi.. paling best warung dia legend habis dari dulu sampai sekarang still hidup walaupun banyak kedai kopi lain kat sini.. tak berubah jugak.. rupanya laki bini sahabat mak aku ni boleh kata babysiter aku & abang laa dulu..

ni laa warungnyer
 makcik: laa, dah besaq panjang dah anak dara Mat Ya ni.. dulu budak ni la paling nakal dok ligan angsa aku petang-petang..


pakcik: tak pa lagi ligan angsa, abang dia lagi nakal.. bihun goreng aku dia boleh buat bihun sup dengan ayaq kencing dia..
(dialog dalam loghat pahang ekceli)

senakal-nakal aku ligan angsa, nakal lagi abang aku kencing dalam bihun.. hahahaha... ha! last gambar aku nak tunjuk.. the only pic kenangan kat rumah lama tu aku jumpa dalam album lepas balik dari Pahang..

03 April 2012

pengalaman berharga: slide atas jalan raya

pagi yang cantik hari ni, mood agak baik, hari ni agak rajin pakai blouse cantik-cantik pegi kelas sebab tak kena pegi ladang, sempat brekfes dengan tenang kat bilik plak tuh tapi panas tak berpanjangan.. 7 tahun merempit hari ni tanggal 3/4/12 jam 7.50am aku tersungkur kat tengah jalan..

pesanan kepada pengguna jalanraya dalam kampus:
1. signal sangat penting! nak masuk simpang tolonggg la guna signal.. jangan risau, bateri tak luak pun kalau bagi signal sepanjang jalan..

2. kampus bukan litar sepang.. kalau dah bawak 120km/h tetiba brek emergency, bersiap sedia la untuk terima hentaman dari belakang.. so, ambik langkah berjaga-jaga.. biar lambat asal selamat..

aku adalah mangsa teraniaya kesalahan-kesalahan kat atas ni.. memang tak dapek den nak control motor sebab tayar melelong.. nasib baik ada pakcik potong rumput tolong angkat aku yang tgh blur2 tadi terlantar atas jalan tadi.. kalau tak keta opposite site dah gilis aku agaknya.. syukur alhamdulillah tak teruk..


..syiok jugak slide atas jalan raya yer..

02 April 2012

minggu GILER kembali

minggu test dah lepas, minggu nih jadual full baliik..!! 

setiap Rabu & Ahad bertugas untuk jaga ayam.. sem nih aku & rakan seperjuangan diamanahkan untuk buat research 'ayam anti-oxidant'.. amenda tuh? nanti aku cerita okey?
dan disebabkan kena jaga ayam anti-oxidant tuh cuti midsem aku terpaksa dikorbankan.. oh, tidakk!! dah la sebelum nih cuti panjang penuh dengan kem! kali ni bersyukur takde kem tapi ada ayam pulak dahhh.. entah la berapa hari jer aku leh dok kat rumah..

tangan di dada mata ke atas
tak habis kat situ jer projek... ada 1 lagi projek yang paling penting.. kalau tak buat, aku tak boleh grad.. Khamis nih proposal FYP presentation.. walla, aku tak tau dah ready ker belum.. rasa dah ready tapi taknak overconfident.. lecturer kat fakulti aku tuh dah la giler semua.. takut soalan-soalan yang keluar pun tak waras.. itu apa yang senior pesan.. erkh!


aku pernah cakap kan sem ni aku akan tauliah? ada kan? ada kan? maka dengan itu minggu nih jugak jadual full dengan latihan kawad istiadat pentauliahan..

orang besar dah keluar arahan
berkait rapat dengan pentaulihan jugak, sebagai setiausaha yang berwibawa, aku kena curi-curi masa untuk masuk markas sebab minggu banyak surat kena print & mintak pengesahan.. haih, kelas pukul 5 baru habis.. nak makan pun tak sempat..

kalau takde kerja carik la muka aku dalam gambar nih
aku luangkan masa dalam 30minit jer nih ngadap belog sebab dah tensi sangat.. nak tenangkan diri kejap before sambung keje balik.. siapa da kenal aku betahun2 tau dah perangai aku yang buruk nih.. aku akan cepat marah bila letih.. harap kengkawan tak amek hati yer! aku marah kejap jer.. tak simpan dalam hati pon..

...ya Rabb, permudahkan semua urusanku & sahabat-sahabatku...

01 April 2012

funfair @ Nilai - main terjah jer

tangan, kaki, tengkuk semua rasa nak tercabut bila bangun pagi tadi.. anak tekak jangan cakap laa.. rasa macam kena gosok dengan kertas pasir bila bersuara.. nih semua gara-gara memekik-terlolong kat funfair Nilai malam semalam..

benda kalau kita plan beria-ria selalunya memang tak jadi.. tapi kalau main terjah jer takde plan, syiok gilaaa habaq hang.. bila si Paen bagitau ada funfair kat Nilai malam semalam dah bergejolak dalam dada jugak nak pegi sebab test baru habis, memang rasa nak meronggeng.. baru test 1 tapi gilanya macam final exam..

malam yang tak berapa nak bertuah.. dapat keychain bebear jer

asalnya macam tak jadi jer, sebab tu tak berani nak janji dengan si Paen nih.. pagi sabtu habis sesi fotografi untuk majalah, lepas zohor berjanji dengan Kapten Haikal melawat dia kat Hospital Serdang.. at last, tepat 6.30pm aku merempit pergi Nilai.. Lepas maghrib kat rumah si Paen, bermulalah pengembaraan.. pecah rekod sem nih! kali pertama aku keluar meronggeng sepuas hati untuk sem ni.. jangan terkejut kalau aku cakap sem ni aku belum jejakkan kaki lagi pegi tengok wayang, karok, mandi sungai sebab memang ini jerlah aktiviti yang aku selalu buat kalau takde training hujung minggu..

paling takleh blah kitorang layan 3 extreme game berturut-turut! nasib baik perut kosong, kalau tak confirm isi perut terbazir kat situ..puas hati!
first: sky rider
second: apa tah nama dia.. ala-ala solero tuh..
last (paen tobat taknak naik dah):  topgun

Giveaway : Saje-saje nak menang by Ayesha Ramlee

KLIK BANNER UNTUK JOIN


HADIAH-HADIAH
Small Pillow & Keychain Felt by JoojooCraft
(15 Pemenang)
Handmade Box Botom Clutch & Business Card Holder by Sweetlilcraft Collections (1 Pemenang)
Tudung by Miz Irya Boutique  (1 Pemenang)
Top Up by Shalleyanna Yanna  (3 Pemenang)
Chocolate by HomeMadeChoc@ Coklatku8 (1 Pemenang)
Cash Voucher by ED Blogshop (3 Pemenang)
Kain Ela & Keychain Felt by Dsuefia Collection (2 Pemenang)
Sepasang Kasut by Kiraly Shoppe (1 Pemenang)
24pcs chocolate with strawberry by Bubblycravers GiftsNsouvenirs ( Bubbly's Choc) (3 Pemenang)
Shawl by Noorlina (1 Pemenang)
Sepasang Brooch Felt by Haruno Hana (1 Pemenang)
Top Up by Ayu Fatarani (2 Pemenang)
Hijap Pin by Kittyshawls (20 Pemenang)
Voucher RM15 + free postage semenanjung by Thaiyibah (10 Pemenang)
T Shirt Sarawak by Cik Harty (2 Pemenang)
Handmade Notebook by Zliah (3 Pemenang)
Masih Mystery by Shag Yahaya (5 Pemenang)
Koleksi Tudung by Butik Aludra (5 Pemenang)
Bookmark by My Philosophical Of 'Art's (3 Pemenang)
Shawl by Noorlina Ahmad Mirza (1 Pemenang)
Cash Voucher RM30 by LoveBag LoveBag (1 Pemenang)

Shawl by Ezza Malik (2 Pemenang)

5% Discount by De Closette (5 Pemenang)
Scrapbook by My Philosophical Of 'Art's (1 Pemenang)
Shawl by Naniey Barniey Lurviey (2 Pemenang)

Gifts Blogger
Edit Blogskin by Nur Syahirah Noor Azman (3 Pemenang)
Sticky Post Review Blog by Herba Tihara (1 Pemenang)
Sticky Post Review Blog by Haruno Hana ( 2 Pemenang)
Edit Blogskin by Nurul Farain (2 Pemenang)
Header by Nurul Farain (1 Pemenang)
Doodle by Khalila (2 Pemenang)
Animated Banner by Fatma Fazira (2 Pemenang)
Header by Fatma Fazira (1 Pemenang)
Header by Nurul Aini (2 Pemenang)

Gifts Top Referrer

KLU : KECANTIKKAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...