27 February 2012

tutorial lipat napkin - kipas

wassup!! sehari aku menghilang sebab jadi mentara (baca 'men-ta-gha') kenduri abang kepada ex-roomate.. errr, aku tak sure korang panggil apa, tapi mentara maksud aku orang yang membantu tuan rumah macam tolong bagi bunga telur dan sebagainya... aku willing nak tolong pun sebab nak tengok orang sibuk berkenduri... so nanti kenduri aku, aku tau la serba sikit apa yang boleh spoilkan majlis... kih kih kih..

ahaaa! aku nak ajar apa cara lipat napkin.. bukan napkin baby, tapi napkin atas meja... aku ditugaskan untuk set up meja pengantin, banyak jugak laa aku belajar bab2 seni kulinari nih...

untuk tutorial, aku guna kain sapu tangan jer sebab aku takde kain napkin yang tebal tuh... so tak berapa nak cantik sangat laa... jom! cuba!

1. lipat napkin jadi dua bahagian
2. lipat sebahagian napkin tadi secara 'zig zag'. lagi kemas lipatan, lagi cantik kipas yang akan terbentuk.
1. pusing/kalihkan napkin ke belakang
2. lipat lagi jadi dua bahagian
1. lipat lebihan napkin tadi
1. dari gambar no.3, dapat bentuk macam gambar ni kan? dah siap pusing/kalih napkin
2. lipat lebihan napkin (anak panah putus-putus) untuk jadikan tapak kipas
dah siap macam nih? sekarang masa untuk bukak kipas
TADAAA!!!
next entri napkin bentuk lilin pulak
 

25 February 2012

orang bertuah i.y.o.u first giveaway!

masa yang ditunggu-tunggu dah tiba! sekarang, masa untuk aku umumkan 3 orang bertuah hasil cabutan random.org yang aku sendiri buat...
بسم الله الرحمن الرحيم



!!!TAHNIAH!!!
dear lucky blogger, please send your:
full name:
address:
url blog:
to ridziyou@gmail.com before 27th Feb 2012 
Seryes rasa tak puas hati... ikutkan hati nak bagi kat semua orang hadiah sebab sudi join simple GA nih... last but not least, tahniah untuk 3 orang  bertuah kat atas & terima kasih sekali lagi coz sudi join... keep in touch, okey! insyaAllah rezeki lebih next time akan muncul banyak lagi GA... =)

24 February 2012

intro burung walit

rasanya semua orang pernah dengar pasal sarang burung walit... betul tak? antara produk yang femes selalu keluar iklan kat radio/tv macam Walit Gold... pernah tak terfikir kehebatan burung walit ni? kalau nak tau pendapatan pengusaha sarang burung walid boleh cecah RM15,000 - RM20,000 sebulan! ke korang tak pernah perasan pun kewujudan makhluk Allah ni? hahaha...

di kesempatan yang ada, dari masa ke semasa aku akan kongsi ilmu&pengalaman yang akan aku dapat sepanjang tahun ni sebab Final Year Project aku based on swiflets/burung walit... industri sarang burung walit ni dah lama ada, cuma lately ni ramai yang berminat & dah ramai pengusaha-pengusaha berjaya...

ada orang cakap "burung walit tu burung layang-layang laa..."
yeker? sebenarnya burung walit bukan burung layang-layang... bezanya:

BURUNG WALIT
BURUNG LAYANG-LAYANG
Burung walit tak bertenggek
Burung layang-layang suka bertenggek
Sarangnya boleh dimakan
Sarangnya tak boleh dimakan
English: swiftlet
English: swallow

ada 13 species burung walid semuanya. Tapi setakat ni antara 13 hanya 2 species burung walit je yang menghasilkan sarang yang boleh dimakan

23 February 2012

BE oh BE (buffered earning)

2 orang member tanya macam mana aku bleh dapat dua Buffered Earning (BE) dalam 1 masa... aku pun budak baru nak belajar 'jolok chempedak'.. tapi, aku try kongsi apa yang aku tau, k!

sebelum tuh korang kena faham dulu nuffnang ni adalah sebuah komuniti pengiklanan... jadi kita nih secara tak langsung jadi ejen pengiklanan dengan meletakkan iklan-iklan di blog kita... trafik/pembaca adalah sasaran kita... sebab tu kita dibayar!

sebenarnya bukan nuffnang yang pilih blog untuk bagi BE! tapi, syarikat-syarikat yang berdaftar sendiri akan pilih blog yang diorang minat sebagai pentas pengiklanan! contohnya, company Cadbury tengah cari platform untuk letak iklan syarikat dia... apa yang buat Cadbury cari? semestinya pemilihan dibuat berdasarkan lokasi ads/iklan yang korang letak kat blog... strategi! Utamakan ads/iklan daripada widget-widget yang lain..

Nuffnang dah bagi tips untuk lokasi ads/iklan

ikut jer tips... kalau tak tau macam mana nak pasang ads/iklan kat blog, nuffnang dah kasi tutorial pasang iklan:
  1. tutorial untuk blogspot
  2. tutorial untuk wordpress
settle pasal ads/iklan? sekarang ada 2 benda penting yang korang kena selalu update dekat akaun nuffnang korang untuk tarik perhatian company-company yang ada... esp bahagian blogger bio... kat situ lah korang nak 'angkat' blog korang sendiri tanpa segan silu... guna lah ayat bombastik yang korang ada...

1. Blog Manager
2. Blogger Bio


untuk kali ni, cukup 2 dulu tips... nanti panjang-panjang tak larat pulak nak baca kan? next time kita jumpa lagi dalam tips nuffnang!

i.y.o.u first giveaway ditutup

Dengan lafaz bismillah secara rasminya 
!!!i.y.o.u first giveaway ditutup!!! 

*potong reben*

maka para peserta [SENARAI NAMA] sila pastikan nombor bertuah masing-masing... insyaAllah tepat 25hb jam 9pm sepertimana dijanjikan orang bertuah akan diumumkan!

22 February 2012

entri kilat

sempat lagi nak post satu entri sebelum maghrib... malam ni ada kelas pulak sampai pukul 11... takut tak sempat pulak...

i.y.o.u first giveaway akan ditutup tepat jam 12.00pm malam ini... so, ada lagi beberapa jam untuk siapa yang berminat nak join... even hantar entri jam 11.59pm pun aku terima... so siapa yang berminat ada can lagi! mana tau masuk last minit jadi orang bertuah... setakat ni latest peserta 49 orang... alhamdulillah, terima kasih pada yang join... sabar yer... kita tunggu sama-sama siapa orang bertuah tuh aku akan cabut undi...

oppp! sebelum nak bersiap pergi kelas lepas mghrib ni....
nak pesan kat semua orang...

"JANGAN PERCAYA"
nantikan kemunculannya
kih kih kih


dua BE dalam satu masa


thank you, Nuffnang!!! alhamdulillah rezeki mencurah-curah... simpanan nuffnang dah hampir-hampir boleh cash-out! tapi biar dululah... rezeki blogging niat simpan untuk emergency... mana tau sesak-sesak nanti boleh guna... 

mendaki sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

lepas ni boleh launch contest pulak... insyaAllah kasi rehat kejap lepas umum pemenang giveaway ni, aku nak launch contest pulak... hadiah contest tak sabar-sabar nak sampai kat tangan pemenang gayanya...
hadiah giveaway plak tunggu masa jer lagi
AKU PULAK TAK SABAR

by the way

24jam sebelum expired date!

bermula saat ini, 24jam jer lagik tinggal untuk sesapa yang berminat dapatkan kain batik&kain pelekat free...
yang dah join sekali lagi terima kasih banyak-banyak iyou ucapkan sebab sudi join even hadiah tak seberapa... sambil-sambil tu dapat ramai kenalan baru!


majoriti blog student universiti cerita pasal semester baru, azam baru, semua nak baru laa kan? 
tapi aku nak cerita aku BARU tuntut Baucer 1 Malaysia... kah kah kah.. orang lain punya berkurun tuntut since semester lepas.. aku jer terkedek-kedek tadah tangan kat Bursa's UPM... tapi ada hikmah disebalik semua ni... semua orang dah habis agaknya belanja RM200 baucer tuh... 

hikmahnya bukak sem ni memang aku kekurangan alat tulis yang extravaganza... kondisi aku teramatlah nazak sekarang.. dalam pencilbox tinggal pen hitam sebatang, pembaris, pemadam kontot & kalkulator jer... yang lain aku tak sure berterabur kat mana dalam stor agaknya orang main campak-campak... adeh, tak kuasa aku nak mencari...

Lagipun banyak bookfair yang bakal menjelma sebelum tarikh tutup baucer 1 Malaysia tuh... salah satunya:


jom meriahkan Ekspo Buku Islam @ Putrajaya! yang paling penting, baucer 1 Malaysia diterima!!! siapa yang ada saki baki baucer ambik peluang ni beli buku yang bermanfaat dunia akhirat!!!

21 February 2012

realiti yang terpaksa ditelan

Para ilmuan, dah nama pun ilmuan confirm dah gedung ilmu... suppose golongan ilmuan menjadi tulang belakang negara supaya negara terus maju... tapi majoriti daripada golongan ilmuan tak dapat bersuara dengan ilmu yang ada di dada... penat lelah belajar berdekad lama just boleh diaplikasikan secara lisan dalam majlis ilmu... apa kejadah?

mulut ter'tutup'... actually di'tutup' lebih tepat...
dan ada jugak dikalangan golongan ilmuan tampil dengan berani tapi at last usaha beliau makan diri pulak... niat asal nak bagi semua orang merasa, menikmati kehidupan yang lebih senang, maju & selesa tertanam bersama periuk nasi beliau sendiri yang tertutup tanpa rela...

oh, kemon... kemon... kemon...
kalau suara orang bertaraf Prof dicantas dengan begitu mudah, macam mana pulak dengan..... =.='

aku bersuara atas nama 'insan' yang inginkan keadilan... aku tak mewakili mana-mana  kapal politik yang ada kat Malaysia ni sebab lain negeri, lain kapal... dan aku tak mention negeri mana yang berlaku 'penganiayaan' ni... Tapi, fikirlah... sampai bila & sampai mana jer kita boleh bawa kemenangan yang mementingkan diri tapi menyusahkan ramai orang nun dibawah sana...

Kepada yang teraniaya, sentiasa berdoa kerana doa orang yang teraniaya Allah dah janji untuk makbulkan... Sesungguhnya Dia Maha Memperkenankan lagi Maha Adil...

as Napoleon said, the world suffers a lot. Not because of the violence of bad people. But the silence of good people.


rongak yang terhijab

tajuk entri aku bleh buat tajuk filem ah! kah kah kah...
cerita rongak aku memang tak pernah senyap sejak aku kat bangku sekolah rendah sampai laa sekarang ni aku kat kerusi empuk universiti...

gambar ehsan pakcik google

cikgu aku pernah cakap penerangan yang bagus berserta gambar... untuk penerangan aku kali ni, tuan-tuan dan puan-puan sila fokuskan pemerhatian anda pada bahagian bawah struktur gigi yang bertanda 'First premolar'.. disitulah 'vandalism' berlaku dan akibatnya gigi tersebut tak dapat diselamatkan..


kenapa rongak yang terhijab? memang rongak aku tak ternampak lah sebab kat bahagian dalam... kah kah kah... hilang nikmat makan bila gigi tak lengkap... adeh, jadi untuk rujukan penjagaan gigi yang sempurna sila rujuk pada pakar... yang pastinya bukan aku...

20 February 2012

teruskan perjuangan & list peserta iyou first giveaway

assalamualaikum...!
waaaaaaa, seryes aku rindu gila alam blog ni... tapi nak buat macam mana... banyak kekangan... sesampai je aku kat UPM, dengan semangat aku bukak blog dulu sebab nak tengok ada ker yang berminat nak join giveaway pertama aku... terima kasih banyak-banyak korang! terima kasih sebab meriahkan blog yang tak seberapa ni... terima kasih jugak sebab ramai yang mendoakan diri ini... alhamdulillah, berkat doa ramai orang aku selamat pergi & balik dari kem dan cuti... cerita kem dan cuti tuh, nanti kita story...

sekarang, check nama masing-masing k! kalau ada yang terlepas pandang bagitau... expired date giveaway lagi 2 hari... tak sabar lak rasa nak buat cabutan untuk orang bertuah!

  1. http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  2. http://www.mialiana.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  3. http://doubledeeya.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  4. http://loveyoucontest.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  5. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  6. http://bantalhijau.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  7. http://eventsbybloggers.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  8. http://faralalalala.blogspot.com/2012/01/iyou-first-ga.html
  9. http://gengggkapak.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  10. http://tunzhotspot.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  11. http://contestandgiveawayblog.blogspot.com/2012/01/iyou-first-giveaway.html
  12. http://tinursya.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  13. http://supernaddyss.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  14. http://alongnidar.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  15. http://myownlilstory.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  16. http://shahida-mysweetlife.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  17. http://lynnlinda.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway_15.html
  18. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  19. http://lurve4chenta.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  20. http://nanakimie.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  21. http://joinsharefun.blogspot.com/2012/02/contest-iyou-first-giveaway.html
  22. http://wrose88.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  23. http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  24. http://husna-una.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  25. http://atiezie82.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  26. http://zaiikulim.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  27. http://mrsbullat.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  28. http://haisayaarol.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  29. http://24-7nay.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  30. http://www.akmarwati.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  31. http://ummiluvgiveaway.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  32. http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  33. http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  34. http://jaajahatga.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  35. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.htm
  36. http://usharapa.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  37. http://all-contest-ga.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  38. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  39. http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  40. http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  41. http://miyainsyira.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  42. http://afiqah220511.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  43. http://storycikhoneybee.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  44. http://ecagiveaway.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  45. http://duanmizastory.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  46. http://afiman81.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  47. http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  48. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
  49. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/02/iyou-first-giveaway.html
list nama ni akan diupdate dari masa ke semasa... so untuk yang tak join lagi, ada masa lagi untuk jadi orang bertuah! =)
IYOU FIRST GIVEAWAY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...