19 December 2012

Kabhi Alvida Naa Kehna :: Never say goodbye

Semangat giler nak cerita menda alah ni sampai buat teaser kannn... muahaha... Yang pasti bukan cerita pasal kawen, tunang dan yang sewaktu dengannya... Ini cerita pasal annual dinner kolej kediaman... I mean, my ex-kolej... gatai  jugok nak pegi sebab 3 tahun kan dok kat situ... So before blah dengan terhormat, tak salah cipta memori manis barang sedetik gitu...

yey! dapat memori sejibik!

Tajuk entri takde kena mengena dengan tema majlis... saje quotekan tajuk movie hindustan ni ''Kabhi Alvida Naa Kehna" yang bermaksud Never Say goodbye...

tema majlis 'red carpet' tapi kami hentam buat tema 'arabian night'

Walaupun termasuk dalam golongan yang dirai tapi makan tetap kena bayor yeop! Dah hujung-hujung sem ni almaklum lah duit kena spare untuk hal-hal emergency... Maka aku recycle jubah raya haritu jer... FYI, jubah ni my big bro belikan kat Mesir... thanx, Fadhil sebab seryes jubah dari sana sangat2 selesa... Siapa ada kengkawan or family yang study kat bumi anbiya tu boleh lerr tempah jubah sehelai dua... Seryes berbaloi...

kalau dah nama perempuan, mana ada yang 
tak pernah posing depan cermin toilet... 

Untuk majlis ni jugak aku pecah rekod sebab pakai shawl... Aku mana reti nak lilit-lilit tudung ni... Tapi demi majlis yang terakhir, kepingin jugakk aku... Banyak aku buat survey pasal shawl labuh (chiffon) ni... almost sellers jual pada harga RM25... Tak ingat lak include postage or not... Aku ni tak gemor shopping online sebab tak suka tunggu posmen & tak suka kena bank-in bagai... So aku tawakkal buat shawl sendiri... Pegi warta Bangi, tingkat atas sekali ada kedai jual kain ela... Korek-korek jumpa kain chiffon... Aku beli 2meter... Lepas tu pegi jahit tepi... Siap! Tak sampai RM25 wa cakap luuuu~

alah menang membeli, menang memakai

Oh ye, dinner memang best even ada sedikit kelemahan.. Biasala kan mana ada benda perfect... Persembahan semua mantap! Makan sedap! Tempat chantik! And the best thing is dapat kumpul dengan kengkawan yang susah nak jumpa even dalam 1 kampus... Lepas ni tak tau bila lagi nak jumpa kan??? 

Kabhi Alvida Naa Kehna

Tempat menyantap sebelum menjadi padang jarak padang tekukur

3 comments:

Aqilah Amran said...

Salam alaik, akak.
boleh saya nak minta tolong?? saya ada nk kena siapkan project. sy randomly tnya org ramai esp umur 17-25, buat survey.
jd, nk minta akak tolong jwb soalan ni.

siapa idola akak dan sebab2 pilih beliau.

jwb dalam 10 ayat. lepastu bolehlah email pd sy:

fatiniffahaqilah@yahoo.com

terima kasih sgt2. :)

iyou said...

@Aqilah Amran
done! check ur inbox k :)

dyba gula-gula said...

how sweet u're.