08 November 2012

pemecah rekod

4 Nov punya cerita, 8 Nov baru dapat hupdate... Ya ampuuuun! Well, tetengah sem ni macam-macam laa kena submit.. Hokey malas nak merapu banyak pasal kerja yang tak pernah surut as uni student... sekarang tiba lah masanya mengumumkan pemecah rekod bagi kategori LELAKI PERTAMA MENINGGALKAN ZAMAN BUJANG: ZUL dari kelas Zahrawi!!! *bunyik kompang*

pasangan chenta-hingga-hujung-nyawa: Zul & Nia
 
Kecoh tak kecoh si Zul ni lelaki gantengg pertama dari group IGOP yang kahwen... Alhamdulillah sempat jugak aku merasa nasi minyak beliau lepas macam-macam plan buat at last pergi kenduri ni denga plan yang tak berapa nak plan.. eh? pape je laaa...
 
Dari depan: Ket, Amri, Izwan, Paen, Awek cun, Iylia, Ana, Sha, Haziq (photographer)
keta kancil: Lokey and the gang
 
Ingat senang ke nak jumpa reramai gini... Masing-masing datang ntah dari cerok dunia mana tah... Perjalanan penuh liku kena tahan dengan polis yang takde keje, tunggu rombongan dari Shah Alam, ada yang tak tersangka datang pun ada at last jumpa kat kenduri Zul ni... 
 
  
bergambar dengan pengantin before balik
 
 
barisan gadis-gadis IGOP yang datang
 
 Demi meraikan Zul kahwen, lepas kenduri kitorang reramai singgah Pantai Morib... Padahal Zul yang dirai tak ikut pun.. wahaha... Tak dinafikan kenduri kahwin merupakan salah satu cara paling mudah nak reunion... sape lagi woi nak kawen pasni? leh buat reunion lagikk...

Last but not least, gambar pilihan editor
 side by side
or miles apart
FRIENDS ARE FOREVER
close to your heart

2 comments:

Cik Adieb said...

tahniah & selamat pengantin baru kpd kwn i.y.o.u...best nya bila berkumpul ramai2 :D

iyou said...

@Cik Adieb tenkiu2^^ tu laa.. bila dah lama x jumpa sesekali cmni memang terrrsangat best..