08 November 2012

MAMA UNTA & ANAK UNTA

perbualan ni dirakamkan antara MAMA UNTA dan ANAK UNTA:

ANAK: mama, awat kita ada bonggol? huduh kottt...

MAMA: aish.. mana ada huduh.. sebab ada bonggol la kita boleh bertahan kat padang pasir... kita kena syukur tau...

ANAK: pastu ni... ni bulu mata kita ni awat panjang sangat ma??

MAMA: kan cantik anak mama ni ada bulu mata asli... tak macam rozita che wan tu pakai fake punya bulu mata... L
agipun, bulu mata ni la yang cover mata kita daripada pasir... tambah-tambah masa ribut...

ANAK: ooo, lagi satu kenapa kaki kita panjang lain macam je mama? macam tak stabil pulak..

MAMA: sayang, kaki kita yang panjang ni penyelamat kita kalau lalu kat pasir jerlus...

ANAK: habis tu apa kita buat dalam zoo ni mama??

p/s: sekali baca cerita ni memang lawak.. tapi sebenarnya:

1. ramai orang tak sedar KELEBIHAN yg ada..
2. ramai orang tak tau macam mana nak guna KELEBIHAN yang ada..
3. ramai orang yang salah guna KELEBIHAN yang Allah kasi..
4. ramai jugak orang yang buat tak tau jer KELEBIHAN yang ada..
5. ramai yang tak BERSYUKUR dengan KELEBIHAN yang ada..

INFO TAMBAHAN
  • Unta merupakan salah satu daripada haiwan-haiwan yang disebut dalam Al-Quran
  • Mata unta memiliki dua lapisan bulu mata. Bulu mata ini saling berkait seperti perangkap dan melindungi matanya dari ribut pasir 
  • Mempunyai kaki yang sesuai dengan semua jenis tanah
  • Bonggol unta bukannya menyimpan air tetapi lemak simpanan yang membuatkan unta mampu bertahan di padang pasir yang panas tanpa makanan dan minuman

1 comment:

-hanyaaku- said...

Subhanallah!
Betul la setiap penciptaan Allah, tiada yang sia-sia...

^^,