26 November 2012

komen membina untuk MAHA 2012

MAHA 2012 header 
Benci Pandang Pertama. Aku tak gemor tengok gambar tangan manusia & robot dalam banner nih. Apesal entah? okey, abaikan. Yang ni bukan komen membina.

Kalau korang nak gi MAHA, apa yang korang perlukan ialah:
  • Kekuatan fizikal esp kaki
  • Payung sebagai aksesori tambahan
  • Duit secukupnya

Dari pengalaman aku, sehari memang tak cukup nak round MAHA... 2 hari pun tak cukup... 3 hari pun tak cukup... Seryes! So, apa yang korang perlu buat adalah tetapkan misi & visi pegi MAHA UNTUK APA... Kalau kata nak gamble jer memang korang buang masa...

Buang masa apa? TUNGGU BAS dalam MAHA tu...

Siapa yang tak pernah pegi MAHA, okey sini ceq nak habaq maiii... Kita kena tinggal kereta kat tempat yang sepatutnya then naik bas comel yang disediakan... Bas comel MAHA ni ada route tersendiri... Korang kena main aci lompat-bas kalau nak tukar tempat... wey, besar doh MAHA ni... memang besaaarrrr... Banyak checkpoint MAHA ni dan setiap checkpoint sangat besar dan jarak setiap checkpoint agak jauh...

Mula-mula marah jugak hati aku diorang ni nak buat sistem pengangkutan nampak cantik tapi menyusahkan orang... Kalau bas ada tiap 5minit ok jugak tapi nak tunggu bas tu dah lebih 30minit! Tu pun kalau dapat naik, kalau bas comel tu penuh korang kena tambah lagi 30minit untuk tunggu the next bus...

Aku tanya MAHA punya staf sementara tunggu bas... Kenapa tak set 1 bas untuk 1 lokasi... Bila buat sistem aci lompat-bas ni seryes menyusahkan pengunjung...

Jawabnya tak boleh sebab kalau buat macam tu bas jammed, jauh katanya nak buat 1 round maka dengan sebab inilah pengunjung terpaksa main aci lompat-bas...

Aku dengan family pegi MAHA semalam letih jalan kaki jer... Well, kitorang dah tetapkan visi nak pegi checkpoint ternakan... Tunggu punya tunggu lebih sejam tak dapat dapat naik bas... At last kitorang decide jalan kaki... Berenti kat 1 checkpoint, makan... Cuba tunggu bas, still lambat... Kitorang sambung jalan... Berenti lagi kat 1 checkpoint sebab mak tak larat, still tak dapat jugak sebab orang ramai.. Jalan lagi... At last dengan baju basah lenjun kitorang sampai jugak checkpoint ternakan... Kesian mak abah...

 
Family aku tengah gigih berjalan... Dalam gambar tak nampak... tapi memang ramai family yang decide untuk jalan kaki jer dari buang masa tunggu bas...

Tapi letih terubat laa bila dapat tengok animal exhibiton... Macam-macam ada... Family aku memang semua suka binatang esp Abah... Masa nak balik aku berdua dengan Akim (Adik) buat marathon ambik kereta then pickup mak abah kat checkpoint yang agak lengang... Nasib la pakguard tu baik kasi kereta masuk... Tu pun lepas aku cakap:

"dah 2 jam tunggu bas tak sampai... air bercawan2 dah minum.. Kami nak balik jauh ni"

So aku rasa ada cara lain untuk atasi masalah pengangkutan untuk pengunjung ni...
Sewa bas luar untuk gantikan bas comel tu then tetapkan 1 bas untuk 1 lokasi...
well, cadangan jer...

bytheway, TAHNIAH kepada penganjur sebab selain masalah bas comel, yang lain memang best!

No comments: