30 November 2012

fewwwit! minah rempit!

Kesian minah... tak pasal-pasal nama dia dipergunakan...
Sebut je minah rempit mesti terbayang gadis baju tak cukup kain, gaya menggoda atas motor, berkepit dengan lelaki, tukar-tukar boyafren... kan?

Firstime aku bawak RXZ paling jauh tak silap aku dua tahun lepas... Dari Selama, Perak pergi rumah Suhi kat Baling, Kedah... Yup, RXZ... Bukan Honda Wave biru yang aku pakai tetiap hari pergi kuliah sekarang...

Sepanjang perjalanan nak ke Baling: lintas jer bustop, orang bersorak... Lintas jer simpang jalan port melepak, orang menjerit-jerit... Mungkin pelik kot tengok perempuan bawak RXZ yang selalunya disinonimkan dengan mat rempit...Salah ek perempuan bawak RXZ?

Tak senonoh?
Aku bawak RXZ macam bawak motor yang lain jugak laa... Takdenyer aku nak masuk gear guna tangan, seret helmet kat jalan tar ke... takde... memang takde...

Tak sopan?
Kat mana yang tak sopan? Aku yakin aku pakai pakaian yang menutup aurat... Ke nak kena pakai baju kurung baru nak kata sopan?

Aku minat... Tu jer... Jangan tanya sebab kenapa aku suka... Dan setakat ni abah & mak tak pernah halang minat aku ni... Nak buat macam mana sekarang ni RXZ jer yang ada... OK laaa Lepas ni aku tak bawak RXZ dah... Aku bawak motor ni pulak:


Haaaa... gaya tak???
Honda CBR ni tak dikira superbike lagi bak kata adik aku... Tapi ok la untuk seorang perempuan... Harga pun takdelah semahal superbike yang lain... Abah pun tak halang aku nak beli motor ni... tapi dengan syarat guna duit sendiri... wahahaha... takpe2, motor ni kiranya pembakar semangat... Malas belajo jer, tengok gambar motor ni... Mesti rasa semangat balik... HAHAHA...

Kata Fadhil, kat Mesir memang takkan jumpa perempuan bawak motor sebab bagi diorang aib... Maksud perkataan aib adalah : ashamed , not respectable , disreputable , blemish , shame , disgrace...
Kata bangla kat kampung aku, dia cakap kat negara dia susah nak jumpa perempuan pakai seluar... Apatah lagi naik motor...

Kata Aiman Azlan: "Muslimah lemah lembut, bukannya lemah lembik"
so bagi aku tak salah kot perempuan bawak motor besar... hehehe...

Ok babai! Pagi ni ada lawatan pegi Pelabuhan Klang...

2 comments:

  1. @::CIK LYNN:: x laa.. x berat pun.. lebih kurang je mcm RXZ.. aku da try bawak.. tinggai nak beli jer.. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...