09 November 2012

Dimana kita seusia 21 tahun?

Sebelum aku merepek panjang, jom sama-sama tonton videon ni... Ambik tahu kalau belum tahu, fahami kalau sebelum ni tak berapa nak faham sejarah (macam aku) ataupun ingatkan diri kalau sebelum ni dah tau...


Rasanya video ni dah cerita cukup padat & mantap apa yang jadi pada zaman kegemilangan pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh... Kalau tak cukup, aku cadangkan korang baca jalan penceritaan yang menarik dalam 6 April 1453: Bermulanya Keruntuhan Kota Konstantinople 

Persoalannya, dimana kita seusia Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan kota konstantinople sewaktu beliau berusia 21 tahun! 
Sibuk bercinta?
Sibuk kejar cita-cita jadi doktor, engineer & arkitek tanpa ada matlamat yang jelas?

 "constantinople (istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, tenteranya adalah sebaik-baik tentera" [HR Imam Ahmad]

Selepas 800 tahun disabdakan biiznillah Sultan Muhammad Al Fateh bersama angkatan tentera beliau berjaya menawan istanbul... Terfikir tak apa rahsia "pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"???

Sebelum mendirikan solat Jumaat yang pertama kali di Kota Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh bangun untuk memilih imam bagi solat. Bukan jeneral, bukan mejar, bukan leftenan yang dipilih, bukan jugak yang dipilihnya yang paling kaya di kalangan tenteranya, bukan jugak yang paling sedap bacaan yang dipilih.

Soalan pertama: "Siapa diantara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh"
TAK ADA SEORANG pun dari anggota tentera beliau yang duduk.

Soalan kedua: "Siapa diantara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib" Yang duduk hanya sebahagian tenteranya menandakan mereka pernah meninggalkannya.

Hinggalah kepada soalan ketiga: "Siapa diantara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat tahjjud"
Maka duduk habislah kesemua tenteranya KECUALI BELIAU.

At last, Sultan Muhammad Al Fateh sendiri mengimamkan solat Jumaat yang pertama kali di Kota Konstantinopel.
Nampak tak RAHSIA BESAR yang kita ambil mudah dalam hidup???
Kalau solat 5 waktu yang wajib pun tak mampu kita pikul, tanyalah diri sendiri terpikul kah tanggungjawab-tanggungjawab yang lain?

Peringatan untuk diri sendiri & sahabat... Wallahualam..

2 comments:

  1. nice sharing..

    terasa pulak saya yg umur 21 ni.

    masih takde ape yg nak d banggakan.. sobsob

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...