18 September 2012

spaghetti anak dara


Hidup as student kena ada styyyle… Pape pun nak buat kena kreatif… Termasuk la bab masak-memasak… Disebabkan aku tergolong dalam golongan bertuah dapat stay hostel walaupun sekarang dah final year, maka alat-alat dapur amat terhad… Yang ada JUST rice cooker…

by-the-way, tenkiu puan’ dekna sebab bagi tunjuk ajar masak ini spaghetti… aku orang kampung, Tak pernah masak makanan western kat rumah… Dulu aku pernah bungkus spaghetti bawak balik untuk family merasa last-last abah komen: “mee yang hang beli basi nih!”

BAHAN-BAHAN

1. Bawang putih, Bawang Besar
2. Tomato
3. Sosej
4. cendawan (kitorang pakai cendawan dalam tin)

Yang paling penting spaghetti dan Sosnya... 

 SPAGHETTI

Panaskan air bersama minyak sket (elak spaghetti melekat)  + garam secukup rasa

Masukkan spaghetti dalam air yang kita panaskan tadi... 
Dah kembang semua, toskan yer...

KUAH

Tumis bawang putih + bawang besar...

Masukkan tomato... Kalau suka boleh add up blackpepper...

Masuk pulak sosej + cendawan... Kitorang hiris cendawan tadi... Kalau nak letak seketul-seketul pun boleh... Nanti masuk perut hancur jugak kan...

Then taruk laa kuah spaghetti... kacau-kacau... 
Tambah laa pape yang patut sesedap rasa: garam, gula, pak aji...

Lastly tabur laa sket daun sup... Ting! dah siap!

tambah sedap bila makan ramai-ramai

skali lagi nak highlight:
 spaghetti anak dara ni dimasak guna rice cooker sahaja
sekian, selamat mencuba!

4 comments:

amiraqramazizi said...

final year? belajar apa ja? komen di entry baru saya keh.. hehe. btw sangat berguna. ples update lagi cara mask di rice cooker. i loike http://amiraqramazizi.blogspot.com/2012/09/booo-jiwang.html

iyou said...

@amiraqramazizi yup, dah final year dah ^^ kos animal science (agriculture)

insyaAllah nnt ada pape lg akan dihupdate..

salam taaruf! ^^

FL blogh0use said...

bila kat asrama..rice cooker mmg sentiasa jadi penyelamat dan medium utama bab masak memasak neh

iyou said...

@FL blogh0use betoi3! lagipun jimat... jimat ruang.. senang nak basuh..