04 September 2012

selamat tinggal, Romeo & Juliet!

Dari sekecik tapak tangan sampai dah boleh memanjat rumah sampai ke bumbung tatang si Romeo & Juliet ni at last tergerak jugak kaki abah pergi ke Jabatan PERHILITAN (Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara) dengan niat dapatkan permit/lesen..

Dah besar pun Juliet sekarang.. Dulu besar penumbuk aku jer..

Abah balik rumah je terus dia panggil aku & adik-beradik yang lain.. Abah cerita & pujuk kitorang untuk 'lepaskan' Romeo & Juliet.. whattt?!!

Kata pegawai tuh kucing hutan adalah haiwan no.1 TERLARANG untuk dibela sekarang.. Permit, lesen dan sebagainya tak dikeluarkan untuk mana-mana individu.. Kalau sabit kesalahan, seekor kucing hutan dendanya RM50 000!

kalau 2 ekor, mau RM100 000 kena bayor! =_='

Asalnya nak lepaskan Romeo & Juliet ni dalam hutan tapi diorang ni keluar rumah pun tak berani.. Dah manja sangat dah.. Life diorang macam kucing biasa sebab dah bertahun main-makan-tidur dengan kucing-kucing lain.. Lagipun pegawai tu pun tak sarankan lepas dalam hutan sebab dia sendiri takut Romeo & Juliet mati sebab tak pandai memburu.. Nak tak nak terpaksa la serahkan Romeo & Juliet pada pihak berwajib.. Bila ditanya akan bawak ke mana, jawabnya zoo!

Aku tak suka sebenarnya nak hantar ke zoo sebab kesian diorang kena kurung.. tak bebas! Tapi bila fikir balik atleast makan minum diorang terjaga.. Lagipun tak lama lagi kami semua nak pindah ke Bidor.. hemmmm..

Selamat tinggal Romeo & Juliet!

entri lain pasal Romeo & Juliet:
teka gambar
jawapan teka gambar
Ibu susuan - aplikasi kat kucing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...