30 September 2012

back to 17!

Selalunya menda yang tak plan memang 'menjadi'... Terkejut + Teruja bila dapat call dari Ili katanya ada 'orang jauh' datang... Disebabkan transport yang ada just wave biru aku je, maka semua bersetuju lepakkan diri kat Putra foodcourt je...


Terharu seyh Faizah sanggup datang dari UIA, Kuantan ke UPM semata nak jumpa kengkawan lama... Syawaliah & Ili pun nama je 1 kampus dengan aku, tapi jarang giler dapat jumpa... 

Bila dah jumpa mula laa bukak cerita macam-macam... Subhanallah seronok yang amat! Rasa lapang gila hati malam ni... Balik bilik pun leh tersenyum sengsorang teringat time makan-makan tadi plus kenangan sekolah since Form 1 till Form 5...

sekarang masing-masing dah 22tahun jumpa terasa cam muda remaja balik... Kata Ili, entah-entah nanti jumpa nextyear ada yang dah ngandung-ngandung... huahuahua...


Macam familiar? Faizah, Anak sulung Ustaz Shamsul Ariffin - Qari... Ada jugak blog yang cerita pasal Ustaz Shamsul Ariffin KAT SINI... and you know what, Faizah jugak seorang qariah... Err, tapi tak tau la si Faizah ni aktif bertilawah lagi ke idak... Tak tertanya pulak tadi... Sibuk bergosip jer... keh keh keh...


Korek-korek gambar ada la sekeping gambar lama... Zaman merdeka bertemakan 'Keranamu Malaysia'... Takley blah muka sengsorang... Tapi dalam ni tak nampok plak Faizah...

"YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia 
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong"

20 September 2012

16minggu

Final Year Projek belum ada simptom-simptom nak mengundurkan diri... Tambah lagi satu penyakit nak cari tempat untuk praktikal.. 16minggu! aiyark!

Pilihan 1: Dekat dengan rumah... Tak kisah la rumah Selama/Bidor...

Pilihan 2: Dah alang-alang jauh, aku nak pegi sejauh-jauhnya... Melaka ke, Johor ke, Sabah Sarawak ke...

Pilihan 3: haaa, choice ketiga nih special sket... Kalau dapat pergi seberang laut boleh mintak izin abah mak kawen dulu... weeeehuuuuu~

19 September 2012

demam PRK datang lagi


Krrriiiiinnng!!! 
Loceng daily assembly berbunyik dengn girangnya. Saat ‘paling ditunggu-tunggu’: ucapan tuan pengetua.

Seperti kalian sedia maklum, selepas penapisan 2 orang daripada barisan prefect akan bertanding untuk pemilihan Ketua Pelajar (KP). Sebelum pengundian berlangsung, Aqil dan Amran diberi peluang selama seminggu untuk berkempen secara sihat dengan apa jua cara sekalipun untuk meraih undi. Undi yang terbanyak akan menentukan KP sekolah untuk sesi tahun ini. Demi kemaslahatan bersama, ingat! Undi adalah rahsia.

Se’setelnya’ perhimpunan pagi itu, maka bertebaranlah pelajar-pelajar Sekolah Berasrama MBKP ke kelas masing-masing. Tapi suasana tak seperti selalu, bunyi seperti sekumpulan langau menghurung makanan mengisi ruang sekolah. Dalam kelas, di kantin even dalam toilet para pelajar asyik bertanyakan pendapat tak kurang juga melemparkan hujah siapa paling layak menjadi KP. Aqil atau Amran.

***

Pada satu petang yang hening, 5 orang prefect dan seorang ‘lembaga’ telah mengadakan satu perjumpaan rahsia:

MR.X: Macam tahun-tahun yang lepas, aku tak nak sekolah kita bertukar corak. Aku akan pastikan tahun ni, Amran yang akan jadi KP. Dan aku perlukan khidmat korang semua. Andai kata ada pelajar yang kencang promosi dan sebagainya tentang Aqil, kasi pada aku nama dia. Taulah macam mana aku nak ajar budak tu.

Prefect 1: Apa akan jadi pada budak tu?

MR.X: haha. Mudah je. Kuasa yang ada akan aku guna sebaik mungkin. Semua keistimewaan seorang pelajar akan aku tarik. Ah, pandai lah aku buat kerja aku. Korang punya keja itu aja.

Prefect 2: Tapi undi tu kan rahsia. Ramai je yang senyap dalam sekolah ni. Mana tau dia tu undi Aqil ke Amran?

MR.X: Memang la rahsia. Tapi rahsia bagi korang je. Tak pada kitorang. Hahaha.

Prefect 1, 2, 3, 4 dan 5 mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Namun jauh di benak prefect 4 ada sedikit kegalauan. Dia kenal siapa Amran dan siapa Aqil. Prefect 4 dalam dilemma. Tak memikirkan orang lain, tapi dirinya sendiri. Siapa yang dia akan undi?

***

Pada hari pengundian, prefect 4 buntu. Maka dia pilih:


Kesimpulannya... ah! korang buat kesimpulan sendiri je lah!
p/s: Selamat berPRK (PilihanRayaKampus)! 

18 September 2012

spaghetti anak dara


Hidup as student kena ada styyyle… Pape pun nak buat kena kreatif… Termasuk la bab masak-memasak… Disebabkan aku tergolong dalam golongan bertuah dapat stay hostel walaupun sekarang dah final year, maka alat-alat dapur amat terhad… Yang ada JUST rice cooker…

by-the-way, tenkiu puan’ dekna sebab bagi tunjuk ajar masak ini spaghetti… aku orang kampung, Tak pernah masak makanan western kat rumah… Dulu aku pernah bungkus spaghetti bawak balik untuk family merasa last-last abah komen: “mee yang hang beli basi nih!”

BAHAN-BAHAN

1. Bawang putih, Bawang Besar
2. Tomato
3. Sosej
4. cendawan (kitorang pakai cendawan dalam tin)

Yang paling penting spaghetti dan Sosnya... 

 SPAGHETTI

Panaskan air bersama minyak sket (elak spaghetti melekat)  + garam secukup rasa

Masukkan spaghetti dalam air yang kita panaskan tadi... 
Dah kembang semua, toskan yer...

KUAH

Tumis bawang putih + bawang besar...

Masukkan tomato... Kalau suka boleh add up blackpepper...

Masuk pulak sosej + cendawan... Kitorang hiris cendawan tadi... Kalau nak letak seketul-seketul pun boleh... Nanti masuk perut hancur jugak kan...

Then taruk laa kuah spaghetti... kacau-kacau... 
Tambah laa pape yang patut sesedap rasa: garam, gula, pak aji...

Lastly tabur laa sket daun sup... Ting! dah siap!

tambah sedap bila makan ramai-ramai

skali lagi nak highlight:
 spaghetti anak dara ni dimasak guna rice cooker sahaja
sekian, selamat mencuba!

08 September 2012

hobi tapi malas.. apecelop?


Ni kalau customer punya memang kena hayun periuk belanga dah ni.. Start dari minggu ke 3 puasa sampai sekarang tak siap lagi crochet beg ni.. ayoo~

Lepas post kat sini agaknya ada sikit semangat kot nak crochet beg ni sampai siap.. Mana taknya, baru 2 minit buat menda alah ni mata dah berair sebab mengantuk.. Mengalahkan ngantuk baca buku sejarah! Unless time tuh memang betul-betul ada mood nak mengait.. Berjam duduk pun takpe.. (Tapi tak siap pun jugak lagi.. =_=')

Tak sabar nak tunjuk beg yang dah siap tapi malas buat.. Tambah-tambah ada novel abang Ramlee kat sebelah.. huaaaaaa!

07 September 2012

her-story

Tak boleh dijual-beli, tak dak dalam mana-mana buku, tak diajar dalam mana-mana kelas pun.. Today's experience.. I'm mentally traumatized, ouh! Tak sangka got a chance facing with novel-style drama on business.. Have 'nice' deal & conversation with great, successful, open-minded + open-mouthed business man..

Soalan bertubi-tubi menguji kesabaran.. Walaupun airmata aku bergenang sampai tak sanggup bertentang mata dengan beliau, tapi dengan support + tips 3 jejaka hot (one of them the hottest! wakaka..) aku mampu tersenyum balik dalam kereta..

Keep Strong and Carry On ornament
On my way back to campus, dalam hati aku 1 jer.. Nak cari orang baik dalam bisnes 1 dalam sejuta! Am I ready???

# Kalau tak fikir panjang niat aku sekarang nak jadi isteri solehah jer kat rumah.. hahahaha..

Profesionalism selalu kalah dengan emosi

Professionalism is defined as the strict adherence to courtesy, honesty and responsibility when dealing with individuals or companies. Give a thunderous applause to Wikipedia for the meaning of professionalism! *plap10000X*

Digest enough? Sekarang aku pulak nak buka kamus.sdn.bhd.. Profesionalism mudahnya aku tafsir dengan: "Skema yang menyenangkan hati semua pihak".. Got it? Profesionalisme tak digunapakai oleh orang-orang pejabat jer, but should be practice individually in any environment/event.. Dengan mak-ayah, adik-beradik, kengkawan, lecturer.. Semua kena profesional..  

Tak mudah nak jadi profesional dalam semua keadaan lagi lagi bila kepentingan kita ada kat situ, kan? Tapi any -ve impact on how we behave/speak dapat elak bila kita dapat kawal emosi, marah, dendam kesumat, ko BN-aku PAS, blablabla.. 

Kita takkan sedar kita ni menyusahkan orang lain sampai lah waktu Allah kasik kita rasa apa yang 'mangsa kita' rasa.. Waktu tu semua wajah-wajah suci orang yang tak bersalah konfem muncul bertubi-tubi.. 


"Ya Allah... ini semua salah aku! argh! kalaulah aku bersabar~"

Time ni takde dah kalau-kalau kau.. Menyesal tak berguna bila nasik dah jadi tahik tahu..? 

Even dapat 'kenakan' someone dengan pangkat/duit (dunia akhir zaman-style), percayalah.. Hati takkan pernah tenang.. Sabarlah.. Facing with annoying person memang susah.. Apa dia cakap senyum, tenang, biar dia nyah dulu.. Then proceed dengan AMANAH yang kita pikul.. 

Ini pasal kengkawan dah hilang kemana otak degreenya.. Belajar tinggi-tinggi bongoknya kalah budak darjah 1.. Belum cakap pasal masalah negara lagik.. Haih..

" Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAT kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan pikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh "
Surah Al-Azhab-ayat 72





# Tepuk dada, tanya iman. Adakah kita termasuk dalam golongan orang-orang zalim lagi bodoh?

# Its true. Experience is the best teacher ever.

06 September 2012


05 September 2012

DayangDeno & aku - antara nikmat & ujian

Blogwalking sesi malam ni terhenti kat belog Dayang Deno.. Berapa titis air mata yang jatuh aku tak sempat nak kira for reading her stories.. apekebenda SLE? Korang baca kat SINI.. aku gerenti korang akan tersangkut berjam-jam baca each word yang ada kat belog Deno..

tak ada gambar Deno yang tak senyum :') Keep strong, dear!

Aku taknak citer lebih pasal SLE sebab Deno dah cite baaaaaanyak pasal SLE + cerita 'kenangan-kenangan' Deno dengan SLE (tengok sidebar belog Deno, okey!) tinggal tunggu korang je nak gi terjah belog dia..

Fokus aku untuk entry ni, sedar tak sedar majority penyakit still tak tahu punca & still tak jumpa ubat/penawar berkaitan dengan immune.. Banyak sebenarnya penyakit yang timbul dari autoimmune and one of it is Vitiligo..
And i'm Vitiligo'ian'.. (eh, ada ke word macam nih? kihkihkih)
Tapi SLE lagi 'jahat' bak kata Deno kalau nak compare Vitiligo which just attack on skin w/o any pain - just depigmentation.. (geledah belog ni ada banyak cite pasal vitiligo k:)

 With paen at HKL once upon a time.. Aku pun mampu tersenyum macam Deno :)

Autoimmune dalam bahasa mudahnya: Sistem pertahanan badan yang sepatutnya keep your body healthy dah 'gila' lalu menyerang  tisu-tisu sendiri/apa saja dalam badan yang disalaherti as 'musuh'! scary kan?

Puncanya still tak diketahui tapi kemungkinan besar disebabkan oleh gabungan faktor keturunan, alam sekitar, hormon dan aku rasa 1 lagi faktor yang paling besar - makanan & pemakanan..
erkh! terasa macam doktor pulak aku sekarang ni..

seriously! Tak ada siapa akan jangka siapa yang akan kena, bila, kat mana.. Contoh terdekat, family aku tak ada history Vitiligo tup-tup aku kena since 2007 dalam tak sedar yang sebelum ni aku sangka cuma parut luka. At last 2010 baru Vitiligo ni 'mengganas'.. See! Unpredictable!

Sihat dan sakit kedua-duanya ujian dari Allah s.w.t..
Orang sakit akan sedar bila nikmat sihat diuji.. Suka untuk aku ingatkan sakit jugak adalah penghapus dosa:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Nikmat sihat diuji bila mana dalam tak sedar kita lalai mengingatiNYA tambah pulak lagi kita buat apa yang DIA larang walhal kita dikurniakan kesihatan yang perfect! Sama-sama kita muhasabah diri ye..


Panjang entri aku kali ni yer! kehkehkeh.. sekali sekala bagi peringatan & semangat untuk kawan-kawan dan terutama diri sendiri..

Last but not least (ayat femes bila karang essay dulu-dulu), kita sebagai hamba harus bersabar & redha dengan setiap ketentuan.. Aku tak cakap sabar & redha tu senang sebab aku pun kadang-kala 'jatuh' dengan perasaan & emosi sendiri dengan Vitiligo ni.. pengubatnya, ayat-ayat cinta :')

" Tiada satu bencana pun yang menimpa bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"

Surah Al-Hadid: ayat 22-23

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !


Tetengah pagi buta ni alang-alang tengah blogwalking terjumpa 1 segmen 'meramaikan rakyat' kat belog nih..  

Bila no. 'rakyat' kat sebelah dah lama tak berganjak..
Bila setiap entry 'berpusu-pusu' komen TAK masuk..
Bila shoutbox sunyi sepi..
Tu bukti dah lama tak join menda-menda gini.. kehkehkeh..

Tambah kawan kat alam maya lagi best.. Kadang-kadang boleh jumpa kawan yang dah lama lost contact dalam tak sedar..\

Klik banner untuk sama-sama join! ^^



04 September 2012

I wish 
I had the heart 
to ignore you 
like you ignore me

cc: fesbuk farasyeera

selamat tinggal, Romeo & Juliet!

Dari sekecik tapak tangan sampai dah boleh memanjat rumah sampai ke bumbung tatang si Romeo & Juliet ni at last tergerak jugak kaki abah pergi ke Jabatan PERHILITAN (Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara) dengan niat dapatkan permit/lesen..

Dah besar pun Juliet sekarang.. Dulu besar penumbuk aku jer..

Abah balik rumah je terus dia panggil aku & adik-beradik yang lain.. Abah cerita & pujuk kitorang untuk 'lepaskan' Romeo & Juliet.. whattt?!!

Kata pegawai tuh kucing hutan adalah haiwan no.1 TERLARANG untuk dibela sekarang.. Permit, lesen dan sebagainya tak dikeluarkan untuk mana-mana individu.. Kalau sabit kesalahan, seekor kucing hutan dendanya RM50 000!

kalau 2 ekor, mau RM100 000 kena bayor! =_='

Asalnya nak lepaskan Romeo & Juliet ni dalam hutan tapi diorang ni keluar rumah pun tak berani.. Dah manja sangat dah.. Life diorang macam kucing biasa sebab dah bertahun main-makan-tidur dengan kucing-kucing lain.. Lagipun pegawai tu pun tak sarankan lepas dalam hutan sebab dia sendiri takut Romeo & Juliet mati sebab tak pandai memburu.. Nak tak nak terpaksa la serahkan Romeo & Juliet pada pihak berwajib.. Bila ditanya akan bawak ke mana, jawabnya zoo!

Aku tak suka sebenarnya nak hantar ke zoo sebab kesian diorang kena kurung.. tak bebas! Tapi bila fikir balik atleast makan minum diorang terjaga.. Lagipun tak lama lagi kami semua nak pindah ke Bidor.. hemmmm..

Selamat tinggal Romeo & Juliet!

entri lain pasal Romeo & Juliet:
teka gambar
jawapan teka gambar
Ibu susuan - aplikasi kat kucing