17 August 2012

puding karamel - sedap & simple

Aku diperkenalkan dengan puding karamel ni masa mula-mula masuk unibesiti dulu. Agak berpuaka la puding nih. Sekali dah masuk mulut memang tak berenti. Kalau beli kat pasar malam sepotong RM5 youuu~

Maka dengan kerajinan yang jitu aku menerai (try) resepi yang dicarik. tenkiu veli much Kak Ana sebab dalam banyak2 resepi, resepi beliau je yang aku rasa paling simple. Memang menjadi!

Bahan2 :
- 400 ml susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telor
- 2 biji kuning telor
- 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
- 5 sudu besar gula pasir kasar
- 2 sudu besar air

PENYEDIAAN KARAMEL


Masak 5 sudu gula + 2 sudu air atas api kecik supaya gula tak hangus. Tipsnya, Jangan selerakkan gula dalam loyang. Letak gula kat tengah-tengah dimana api anda berada. faham? so nanti takde gula yang lambat cair.



ting! karamel dah siap bila gula bertukar kaler kuning keperangan. Bila guna kamera murah macam ni la gambarnya. Sila ke blog Kak Ana untuk menyaksikan kaler karamel yang sempurna. keh keh keh

PENYEDIAAN PUDING


'Kawen'kan suma telur2 tadi + gula halus


Dalam periuk yang lain, masak susu + esen vanilla. Bak kata Kak Ana masak bagi susu suam-suam kuku je. Tak yah lelama


Then 'kawen'kan pulak susu + telur kita tadi. Tuang sikit2 sambil kacau yer. Nampak tak gambar goyang? itu bukti tengah kacau. hahaha


Lastly, tuang adunan tadi dalam loyang yang ada karamel kita masak tadi. Make sure tapis deh sebab adunan kita tadi ada ketulan telur putih berketul2. Kalau tak nak tapis pun takpe, puding korang kan. hahaha

.
Cover loyang dengan aluminiumfoil then kukus selama 30 minit. Usha-usha la puding tu dah masak ke belum. Dah siap, sejukkan dalam peti sejuk baru keluarkan puding dari loyang.


Dah siap! Belum snap jiran aku datang terus nak merasa. Bagi je la. Tak chantek macam Kak Ana punya sebab takde buah stoberi. takkan nak hias pakai buah kendondong pulakk. wuwuwu

No comments: