12 August 2012

lorong kiri untuk memotong

Tak pernah-pernah aku panas hati sepanjang perjalanan macam aku drive kat SB ni. Jalannya berkilo-kilo double lane, lurus chantek takde lobang-lobang tapi kereta yang wujud haritu mencemarkan keindahan jalan lurus tersebut. Driving school kat SB tersalah silibus agaknya sebab tu kereta-kereta yang wujud haritu bengong-bengong.

Setahu aku lorong kanan untuk kereta pelesit memotong kereta kura-kura dan lori-lori gedabak tapi dah terbalik pulak kat SB nih.

Sadisnya haritu lori-lori gedabak tak sedar diri pun duduk lorong kanan. Dah la slow. Kalau lorong kiri tu banyak lobang ke, rosak ke, tar tak cukup ke aku boleh terima. Rasa nak turun kereta tahan lori tersebut dengan gaya ironwoman, then lempang laju-laju drivernya.

Paling panas bila aku nak motong sejibik treler nih. Dah lama sangat aku membontoti treler nih dengan rapatnya sampai tak menahan. Lantas aku bertawakal potong dia ikut lorong kiri macam aku potong kereta-kereta durjana sebelumnya. Bila dah sampai tetengah, treler tuh himpit aku plak nak masuk lorong kiri. Tapi Allah panjangkan umur aku lagi bila treler tuh cepat-cepat masuk lorong dia.

Lepas je potong dengan tak sengaja aku bukak tingkap, keluarkan tangan, angkat 1 jari. TAK SENGAJA, OKEY. Sudahnya sepanjang perjalan kat SB aku kasi hon bila nak memotong.

Ikut korang la nak tafsir SB tuh kat mana. Tapi aku pesan siap-siap. Sampai je area SB ni korang kena sedia maklum bahawa LORONG KIRI UNTUK MEMOTONG!

2 comments:

agen trica jus makasar said...

subhanallah kreatif ^_^

::CIK LYNN:: said...

perrgghh...xpasal2 dpt 'jari'...=p