22 June 2012

jangan takut kalau orang pandang pelik dengan kita


bila dah habis exam ni tangan mula laa gatai nak godak adobe photoshop.. maka inilah hasil yang terbaik pernah aku hasilkan setakat ni.. kena asah lagi skill nih... malam ni aku terpanggil nak share 1 hadis..


apa yang dimaksudkan dengan hadis ni??
Islam mula tersebar di Makkah dalam keadaan yang saaaaaangat asing. tersaaaaangat sikit penganut &pendukung agama Islam pada awalnya. Muslimin & Muslimat yang berusaha memenuhi tuntutan agama dipandang serong, aneh, pelik dan yang sewaktu dengannya.. 

Kemudian Islam tersebar dengan gemilangnya sehingga merangkumi 2/3 penduduk dunia. Tapi pada akhir zaman sebagaimana Rasulullah SAW katakan, Islam kembali aneh. Bertambah aneh bila sebahagian orang Islam sendiri rasa ganjil/pelik melihat saudara-saudaranya yang komitmen dengan Islam.

Contohnya:
orang pandang pelik tengok muslimah pakai stokin + sandal walhal aurat muslimah merangkumi kaki yakni seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..


ada sorang makcik tu siap tegur aku then tanya "demam ker?"
tapi jangan risau! (esp muslimah) sebab Rasulullah SAW dah jamin kita tergolong dalam golongan yang beruntung. Belum terlambat lagi untuk kita bertaubat & berhijrah ke arah yang lebih baik. 

wallahualam.