31 May 2012

multiple fracture!


ingat lagi kucing yang malang haritu???
tekaan aku tepat bila aku bawak dia jumpa Vet... 'multiple fracture'... 2 perkataan pertama yang keluar daripada mulut vet... maksudnya tulang kucing patah seribu! okey, teremo lebih pulakk..

lepas sesi diagnosis secara rawak, vet cakap tulang pinggul (pelvic) patah bahagian kiri buat kaki kiri dia lemah... and the worst part is tulang kaki kiri dia pun patah riuk... aaaaaa, kesiaaaan! :'(

teringat saat-saat aku jumpa kucing dalam keadaan dia lepas kena langgar.. kejamnyaa!!! dah lah langgar, pastu sikit pun tak tolong kucing nih... kot la nak letak kucing tepi jalan sikit ke...

tapi vet cakap kucing ni muda lagi, insyaAllah tulang dia akan sembuh perlahan-lahan... kucing cepat adapt dengan keadaan... even takdak kaki pun boleh hidup... harap-harap kucing tabah! jangan risau, selagi ada daya kebajikan kucing ni tetap aku jaga ><

No comments: