10 May 2012

gordang sambilan

untuk tajuk entri kali ni jangan risau, aku dah check banyak kali memang tak salah eja waima typo error.. memang ejaannya begitu...

tak pernah dengar? aku pun sebelum ni tak pernah tau jugak.. firstime member sebut, aku siap perli lagi "hang ni selsema ke sampai sengai tahap ni?" rupanya memang wujud pun gordang nih..

besaaaar gila kan? 
gambar nih bukan nak membuktikan aku kecik, tapi nak tunjuk gendang nih memang besar...

aku ada jugak buat research (ok, search tenet) pasal gordang nih dan tekaan aku tepat alat muzik ni asalnya dari Indonesia.. biasalah, orang dulu-dulu muzik bukan hiburan semata-mata.. ada hubung kait dengan adat & amalan.. tapi jangan risau, gordang hari ni takdelah sampai tahap khurafat.. ianya termasuk dalam alat muzik warisan..

instrumen gordang sambilan:
- 9 gendang saiz berbeza
- 2 gong
- cak lempong
- seruling
(instrumen bergantung pada jenis lagu yg nak dimainkan)

9 gendang yang dah disusun.. actually bilangan pemain pun varies jugak ikut lagu yang dimainkan

main gong paling senang orang cakap.. sebenarnya main gong paling susah!

cak lempong.. macam tak cukup jer kan?? memang pun.. tapi macam aku cakap tadi, instrumennya bergantung pada lagu yang dimainkan

aku main apa? aku tak main pun... aku tepuk-tepuk-support dari tepi jer.. hahaha... aku tak sempat nak ikut training main gordang sebab kena jaga ayam haritu.. apa aku sumbangkan:

aku tolong ikatkan sampin untuk budak-budak yang main malam apekebenda tah diorang kena buat persembahan haritu.. makin lama aku makin sedar tangan aku ni kreatif jugak.. XD

ok, jom aku kasi dengar sikit macam mana bunyinya gordang sambilan nih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...