15 April 2012

projek: ayam antioxidant

Ingat lagi tak aku sebut ayam antioxidant kat sini? rasanya term antioxidant nih dah selalu dengar dah kan? Nak tau lebih antioxidant apa tanya En.Google jer laa.. kang panjang pulak entri nih ^^

Objektif projek nak bagi pengalaman untuk student buat sendiri ration ayam (makanan).. sebelum ni belajar teori, sekarang hamek kau merasa laa betapa letihnya kerja kat ladang.. 


indirectly projek ni tergolong dalam R&D (research and development) untuk menghasilkan daging ayam berkualiti amnya dan daging ayam complete dengan antioxidant khasnya.. wah, dah macam promo makanan kat supermarket plak dah ni.. takpe, nih pendedahan secara tak langsung.. kalau tak korang tau makan jer kan... lagipun, orang-orang macam RAE berminat tambah info, betul tak? ^^

Dalam kepala hotak korang macam mana nak buat ayam antioxidant nih? SUNTIK? NO! NO! NO! ayam inject yang korang dengar sebelum nih absolutely khabar angin.. basically macam ni: 



 

Yer! Daging ayam sekarang berkualiti hasil daripada apa yang diorang makan.. so, apekebenda ayam dalam projek ni makan? Mestilah something yang ayam makan DAN something itu mengandungi antioxidant.. untuk projek ni, kitorang pilih 3 bahan: 



3 bahan kat atas nih terpilih sebab mengandungi kadar antioxidant yang tinggi.. Control tuh bahan basic yang ada dalam ration sebelum ration diolah.. macam korang buat experiment kat sekolah dulu-dulu laa.. mesti ada control untuk compare result nanti, ingat lagi tak?

Done! Next entri, aku story macam mana nak buat ration untuk ayam-ayam bertuah nih.. dan coming entry aku akan share jugak apa yang jadi kat ayam-ayam, bahan mana yang paling baik untuk menghasilkan ayam antioxidant and lastly kalau diperkenankan aku boleh share ingredients untuk ration tuh sendiri…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...