02 April 2012

minggu GILER kembali

minggu test dah lepas, minggu nih jadual full baliik..!! 

setiap Rabu & Ahad bertugas untuk jaga ayam.. sem nih aku & rakan seperjuangan diamanahkan untuk buat research 'ayam anti-oxidant'.. amenda tuh? nanti aku cerita okey?
dan disebabkan kena jaga ayam anti-oxidant tuh cuti midsem aku terpaksa dikorbankan.. oh, tidakk!! dah la sebelum nih cuti panjang penuh dengan kem! kali ni bersyukur takde kem tapi ada ayam pulak dahhh.. entah la berapa hari jer aku leh dok kat rumah..

tangan di dada mata ke atas
tak habis kat situ jer projek... ada 1 lagi projek yang paling penting.. kalau tak buat, aku tak boleh grad.. Khamis nih proposal FYP presentation.. walla, aku tak tau dah ready ker belum.. rasa dah ready tapi taknak overconfident.. lecturer kat fakulti aku tuh dah la giler semua.. takut soalan-soalan yang keluar pun tak waras.. itu apa yang senior pesan.. erkh!


aku pernah cakap kan sem ni aku akan tauliah? ada kan? ada kan? maka dengan itu minggu nih jugak jadual full dengan latihan kawad istiadat pentauliahan..

orang besar dah keluar arahan
berkait rapat dengan pentaulihan jugak, sebagai setiausaha yang berwibawa, aku kena curi-curi masa untuk masuk markas sebab minggu banyak surat kena print & mintak pengesahan.. haih, kelas pukul 5 baru habis.. nak makan pun tak sempat..

kalau takde kerja carik la muka aku dalam gambar nih
aku luangkan masa dalam 30minit jer nih ngadap belog sebab dah tensi sangat.. nak tenangkan diri kejap before sambung keje balik.. siapa da kenal aku betahun2 tau dah perangai aku yang buruk nih.. aku akan cepat marah bila letih.. harap kengkawan tak amek hati yer! aku marah kejap jer.. tak simpan dalam hati pon..

...ya Rabb, permudahkan semua urusanku & sahabat-sahabatku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...