25 April 2012

kenapa mesti MASTIKA???

=_=' <--- muka bersalah sebab lately nih aku macam chipsmore... saat aku mengetuk papan keyboard jam aku menunjukkan 2:37am.. awat aku tak boleh nak lelap mata malam nih.. padahal siang tadi dah penat pegi ladang ayam kat Melaka... busy-tak-busy sekarang for second last semester before aku pegi praktikal, aku dah dapat rasa feel jadi sorang pegawai... wahahaha... okey, perasan lebih!

on the way pegi Melaka tadi, sekali lagi aku tak dapat nak lelap mata... nasib baik dah prepare something yang boleh aku buat... aku bawak buku Mastika... tetengah syiok baca, tetiba jer ada lembaga sebelah aku..............

lembaga tuh tegur:
"lawak giler ko nih.. dalam banyak-banyak mende mastika jugak ko baca"

daripada aku baca suratkabor yang penuh dengan cite-cite tahik politik,
daripada aku baca majalah retis dedah sana sini tambah dosa,
ada baiknya aku baca mastika... kalau bukan mastika, konfem Ujang & Apo? dok kat tangan aku...

demi menghalau lembaga yang tegur aku tadi, aku pun menjawab:
"cer ko baca artikel jawi dalam mastika nih..."

tapi cabaran aku tadi bersambut dengan sengihan lantas lembaga tadi balik ke tempat asalnyer... kepergian lembaga tadi aku iringi dengan:
"sebab tu la aku pilih Mastika"

p/s: sedih member aku ramai tak pandai baca jawi


agak-agak kalau takde translation rumi korang faham tak tulisan jawi kat guni makanan lembu nih???

1 comment:

celine outlet said...
This comment has been removed by a blog administrator.