12 April 2012

kenangan - masih di situ

minggu lepas aku sempat jadi co-driver abah dari Perak-Pahang-Kelantan untuk urusan pusaka.. pusaka tu tak lah menerujakan aku, benda yang paling buat aku teruja bila mak cakap nak singgah jenguk rumah tempat aku lahir..

pintu masuk (Penempatan Felcra Sg Temau, Kuala Lipis, Pahang)
mak cakap kat sini la aku ngan abang aku lahir.. kami berdua ja lahir kat sini.. sampai-sampai ja depan rumah tu, woaa.. tak terkata aku.. mak cakap tak da apa yang berubah.. pokok bunga depan rumah tu pun still ada.. cuma bersemak laa sebab dah tak da orang duduk..

ni la rumahnya
lepas sekali lalu tengok rumah yang dah lama ditinggalkan, pegi rumah sahabat mak aku pulak.. dia nih bukak warung kopi.. paling best warung dia legend habis dari dulu sampai sekarang still hidup walaupun banyak kedai kopi lain kat sini.. tak berubah jugak.. rupanya laki bini sahabat mak aku ni boleh kata babysiter aku & abang laa dulu..

ni laa warungnyer
 makcik: laa, dah besaq panjang dah anak dara Mat Ya ni.. dulu budak ni la paling nakal dok ligan angsa aku petang-petang..


pakcik: tak pa lagi ligan angsa, abang dia lagi nakal.. bihun goreng aku dia boleh buat bihun sup dengan ayaq kencing dia..
(dialog dalam loghat pahang ekceli)

senakal-nakal aku ligan angsa, nakal lagi abang aku kencing dalam bihun.. hahahaha... ha! last gambar aku nak tunjuk.. the only pic kenangan kat rumah lama tu aku jumpa dalam album lepas balik dari Pahang..

2 comments:

  1. tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula tempat lahir... eh!! aku lahir kat mana dulu ek?? (blur skejap......) hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...