01 April 2012

funfair @ Nilai - main terjah jer

tangan, kaki, tengkuk semua rasa nak tercabut bila bangun pagi tadi.. anak tekak jangan cakap laa.. rasa macam kena gosok dengan kertas pasir bila bersuara.. nih semua gara-gara memekik-terlolong kat funfair Nilai malam semalam..

benda kalau kita plan beria-ria selalunya memang tak jadi.. tapi kalau main terjah jer takde plan, syiok gilaaa habaq hang.. bila si Paen bagitau ada funfair kat Nilai malam semalam dah bergejolak dalam dada jugak nak pegi sebab test baru habis, memang rasa nak meronggeng.. baru test 1 tapi gilanya macam final exam..

malam yang tak berapa nak bertuah.. dapat keychain bebear jer

asalnya macam tak jadi jer, sebab tu tak berani nak janji dengan si Paen nih.. pagi sabtu habis sesi fotografi untuk majalah, lepas zohor berjanji dengan Kapten Haikal melawat dia kat Hospital Serdang.. at last, tepat 6.30pm aku merempit pergi Nilai.. Lepas maghrib kat rumah si Paen, bermulalah pengembaraan.. pecah rekod sem nih! kali pertama aku keluar meronggeng sepuas hati untuk sem ni.. jangan terkejut kalau aku cakap sem ni aku belum jejakkan kaki lagi pegi tengok wayang, karok, mandi sungai sebab memang ini jerlah aktiviti yang aku selalu buat kalau takde training hujung minggu..

paling takleh blah kitorang layan 3 extreme game berturut-turut! nasib baik perut kosong, kalau tak confirm isi perut terbazir kat situ..puas hati!
first: sky rider
second: apa tah nama dia.. ala-ala solero tuh..
last (paen tobat taknak naik dah):  topgun

3 comments:

ZaNaUs said...

sume tuh aku da penah naik. siokk kot. rasa nk naik lagi weh. hahaha :D

*ayat dengki sbenanye*

ujung taon neh mai penang pulak.hak3 :D

xkarok lagi?takpe2.cuti midsem neh kita gi karok puas2. tengok titanic 3D ke, tengok mirror mirror ke kan. ngeh3 :P

haha :D jgn lupa bwk blek ang pnya student kad yer

iyou said...

ayat kedengki xleh blah.. haha..

tu r, da bertahun x p pesta penang. at last berpesta kat nilai..

bereh.. bereh.. =)

FaraSyeera said...

yg second tu name die Drop Zone la ayu. beza die ngan solero die rendah sikit dari soler. kalau naik solero mau aku tetinggal muka kat atas tu ha. -____-

aku balik esoknye tu sakit2 badan. semua sbb topgun tu la!!!