26 April 2012

anak ayam: yang mana betina, yang mana jantan?

ayam dewasa jantan & betina ketara sangat perbezaan.. kalau tanya budak tadika pun diorang boleh jawab mana jantan, mana betina.. ker, korang tak pandai bezakan jugak jantan & betina untuk ayam dewasa?? =_='


kali nih, nak share tips bezakan anak ayam... mana 1 jantan, mana 1 betina... sebab apa? anak ayam semua nampak sama jer jantan betina macam dalam gambar atas nih...

tipsnyer senang jer, tengok bulu pelepah yang baru nak tumbuh!
anak ayam betina: bulu lebih cepat tumbuh
anak ayam jantan: tumbesaran bulu agak lambat berbanding betina

dengan syarat nak guna tips nih anak ayam korang mestilah sama umur.. contohnya gambar kat bawah ni, anak ayam baru berusia 11 hari... agak-agak mana 1 jantan, mana 1 betina??



sebenarnya ada cara lebih tepat untuk bezakan anak ayam nih.. tapi macam complicated jer aku nak explain.. =_=' kalau ada yang berminat nak belajar lagi dalam macam mana nak bezakan jantina ayam berdasarkan coverts and primaries, boleh lah search 'feather sexing'..

1 comment:

Dak Fisha said...

comelnya anak ayam ni.hehe