04 March 2012

tutorial lipat napkin - lilin

hai you ols!! aku baru balik dari 'sekolah' nih... apa aku buat kat 'sekolah' nanti aku story.. sekarang aku nak lunaskan janji ajar lipat napkin... kalau dulu bentuk kipas, hari ni bentuk lilin! dah ready?

op! sebelum tuh, kain yang aku guna ni sapu tangan biasa jer macam haritu.. so nampak tak kemas sangat sebab kain sapu tangan bukan segi empat tepat.. harap-harap tak mengelirukan korang nak cuba ^^

1. lipat napkin jadi segi tiga
2. lipat sedikit bahagian napkin (anak panah dlm gambar)

dari gambar 1 dapat macam ni kan? lepas tu korang terbalikkan napkin
3. lipat lebihan segi tiga tadi sampai habis (rujuk gambar 3)

betul tak jadi macam ni?
4. lipat sedikit hujung napkin 90darjah

5. gulung napkin sampai ke hujung.. tapi jangan gulung habis tau!

6. gulung sampai tinggal lebihan sedikit macam dalam gambar kecik

7. lebihan tadi tuh selit kat tapak lilin tadi... dah siap!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...