15 March 2012

TINGGAL day

apesal tajuk bunyik macam paria punya pesta tah??
ah haa... aku sesangat busy sekarang waima (word femes skrg) masa untuk aku cuci moto pun takde... eh, aku penah cuci moto ker sebelum nih??? TAPI, gejolak dalam dada begitu kuat untuk hupdate belog maka berjaya jugak hari ni...

alkisahnya TINGGAL day semalam sangat menyepoilkan mood aku sampai ke hari ni... buat pengetahuan semua, aku memang gemar bab-bab tinggal... agaknya masa mak mengandungkan aku itu tebiat dia sampai melekat kat aku sekarang...

  • 7.35am: macam biasa pagi Rabu ada rokol. lepas rokol sorang member dah bising-bising kalut nak helmet dia yang dia sendiri TINGGAL kat bilik aku. terbantut niat aku nak brekfes dengan aman entah kenapa aku rasa bengang pagi tuh. dengan sabar yang berbaki aku merempit pergi kelas.
  • 7.58am: dah sampai kelas aku baru ingat buku teks TINGGAL atas rak kasut. dengan sabar aku merempit balik.
  • 10.00am: habis kelas pertama-masa untuk aku jumpa SV. Ya Rabb, aku TINGGAL buku appointment. dengan sabar aku merempit balik.
  • 4.20pm: aku masuk markas atas urusan messnight. dah setel semua balik nak siap mandi untuk kelas malam jurulatih sms: "idayu! kunci kamu TINGGAL ni. datang ambik sekarang"
  • 8.30pm: kelas public speaking - aku baru sedar draft presentation yang lecturer nak tengok terTINGGAL kat bilik member
  • 8.31pm: sms dari member "ko TINGGAL bilik berkunci tadi.. roomate ko terkunci kat luar nih.."
  • 11.20pm: singgah kolej member bagi slide. dah balik kolej, file berharga aku TINGGAL kat sana
dan pagi nih mood aku terspoil lagi sebab file berharga tuh member aku tak tolong bawakkan walaupun aku dah send sms 2x pesan suruh bawak.. 

tambah spoil bila 2 orang group presentation buat pelat tak datang pulak hari nih.. maka presentation tertangguh.. wahai 2 orang mamat bertuah, bersiap sedialah untuk hamburan makian aku sekejap lagi!

1 comment:

FaraSyeera said...

sapa la duk wat pelaq xdtg presentation tu~ mmg mintak penampaq sedas!