31 March 2012

tunggu dulu! jangan format lagi!

macam nak lari pusing padang ragbi 10x jer tadi bila cocok pendrive semua folder dah jadi shortcut.. gelabah giler sebab semua benda-benda penting dalam tuh.. padan muka aku jugak la sebab tak buat backup..


tapi Maher Zain bisik kat telinga aku "insyaAllah, ada jalannya.." dengan penuh kesabaran aku cuba kembalikan file-file yang tershorcut tuh.. alhamdulillah 1st try, berhasil!

korang boleh recover file/folder shortcut tuh.. tapi dengan syarat, jangan delete apa-apa pun.. format lagi laa jangan.. kalau tak memang mintak maap.. tak dapat membantu recover file-file kesayangan korang..

1. scan dulu pendrive/USB korang tuh.. pastikan antivirus korang berhupdate yer! kalau tak useless laa even scan 10x..

2. Start > Run > taip "cmd" > klik OK


3. lepas klik OK akan tertubik lah kotak hitam.. jangan takut! masukkan commad nih: attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (copy paste jer)


huruf "g" yang aku tanda tuh mewakili pendrive/USB korang.. check balik kat "my computer" pendrive/USB korang huruf apa..

dah siap??? refresh, then check balik.. file/folder korang selamat recover! pesanan dari pihak penaja, buat lah backup untuk file-file yang penting.....

22 March 2012

'first impression' itu penting

omputih kata 'don't judge a book by its cover'.. tapi realitinya kita dinilai dengan 'first impression' esp untuk interview.. bukan aku cakap, kaunselor yang cakap haritu.. kih kih kih.. so kali ni aku nak share satu game yang menarik dari 'finishing school' haritu.. entri kali ni fokus on 'interview'!

apa yang dinilai bukan dari pakaian jer tapi cara berjalan, cara duduk, cara 'greet' orang, cara bercakap.. dalam banyak-banyak cara ni, paling penting sekali kita dinilai dalam cara bercakap.. cara bercakap ada banyak pulak aspeknyer.. jawapan untuk soalan-soalan panel, intonasi suara, body language, infliction: "hmm, laa.. aaa..".. susah kan nak pegi interview? apa yang penting? kat sini kerjasama tak berguna dah sebab menghadap panel sengsorang, so self-confidence mesti umpph!

kat kursus haritu ada 1 'game' where each of us in the group kena tulis komen untuk first impression kat belakang badan someone tak kisah la nak puji/kutuk.. FYI, ahli group memang tak pernah kenal antara satu sama lain.. so game nih tak bias tapi ada syarat, kena jujur! game nih bukan nak 'puji' or 'kutuk' semata-mata tapi sebagai satu langkah self-improvement.. kalau orang tak bagitahu, kita tak tahu.. kan? hasilnyer..
komen +ve: kita harus kekalkan nilai tuh dalam diri
komen -ve: kita kena mulakan langkah pertama untuk berubah
nak tau apa aku dapat dari game nih??? yang tak tahan bleh la sediakan mangkuk untuk muntah hijau k! hahaha..





yang nih paling takleh blah

19 March 2012

abg ramlee! abg ramlee!

kelmarin, 
jantung ini berdetak laju,
rindu sekian lama untuk ketemu,
terubat jua pabila mata bertentang mata,
oh! abg ramlee!

dah lama aku mengidam face-to-face dengan abg ramlee at last dapat jugak peluang.. macam biasa ler dah jumpa org femes.. "abang! nak sain!" walaupun dia dah sebaya dengan abah tapi tetap panggil abg.. kah kah kah..

dialog panah arjuna 2 saat
abg ramlee: nama?
awek comel: ayu
**abg ramlee dongak ke hadapan lantas tersenyum**
abg ramlee: memanggg ayu!
 ~pengsaaannnn~

abg ramlee diatas adalah Ramlee Awang Murshid, novelis thriller no.1 Malaysia dan ayu diatas adalah peminat tegar novel-novel abg ramlee.. oh! abg ramlee!!!

saya budak baru belajar

bila dah alami baru faham betapa serabutnyer kepala hotak sengsorang buat FYP.. belum start pun lagi, baru buat proposal dah macam orang giler.. tambah giler sebab kurang rujukan.. arghh!

gali punya gali dalam library just jumpa 3 buku jer pasal burung walit.. itu pun 2 buku orang dah pinjam.. kelebet ruang thesis student lama takder pulak yang buat projek pasal burung walit.. search journal pun jumpa sekerat dua jer.. at last masa jalan-jalan kat kedai buku apa tah jumpa la 2 buku..


tapi SV cakap: "buku ni macam majalah untuk beginner so tak boleh 'quote' kat dalam reference.. untuk rujukan personal takpe la" 
nasib baik la aku beli buku nih untuk cukupkan RM50 baucer.. takder la rasa terkilan sangat =.='


 tajuk FYP aku: 'Pests in solitary and linked swiftlet house'

pasrahhh.. tapi dalam pasrah pun, alhamdulillah aku dapat SV yang sangat membantu.. rujukan yang digunapakai sekarang pun majority SV yang suap.. 
bak kata SV: "kamu budak baru belajar" fuuuu~ menitis air mata kesyahduan bila SV sangat memahami diri ini.. member-member, tolong jangan jeles yer!

p/s: sabar yer korang, untuk 6 bulan akan datang nih korang akan muntah dengan cerita-cerita FYP aku XD

2nd Butterfly Giveaway by Intan Wandalaara


karpet merah dibentang untuk 

HADIAH-HADIAH:
Like PAGE.
Pememang boleh memilih 1 pcs diantara 4 jenis diatas. - Untuk 1 Pemenang Utama.

Like Page : https://www.facebook.com/pages/PRETTY-LENS-geo-lens-from-korea-malaysian-only/321732544540
1 pair Lenses (1 pemenang )

http://lovebaglovebag-privatecloset.blogspot.com
Voucher RM30 (1 pemenang )

1 Handbag (1 pemenang )

2 Topup RM5 Maxis | Celcom | Digi (2 Pemenang )

3 Edit Blogskin ( 3 pemenang )

1 Topup RM5 (Maxis | Celcom | Digi ) dan 1 helai Pashmina (2 Pemenang )

1 Edit Blog ( 1 pemenang )

1 Topup RM10 Maxis | Celcom | Digi ( 1 Pemenang )

1 Voucher RM40 - Boleh pilih mana-mana produk dari sponsor ( 1 Pemenang )


Hadiah Tambahan
1 pair Lenses - Diamond Blue colour
3 botol pati minyak wangi - vanila | britney spears | Apple Blossom
1 Baucer rm10 for lens - limited edition 17.2/18.5 diameter.
1 Baucer rm20 for gred AAA perfume
2 topup rm5 - celcom | maxis | digi
3 keychin Angry Bird

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY

 

HADIAH-HADIAH:

english cotton (salah satu 4meter) by


satu handbag dan satu wallet by


snow cap (unisex) by

purse coin, keychain dan headband by
Qaseh Zueieda (ZQ Craft)

keychain, fm, brooch by
Syafa Shamioon (Sya Craft)

free header design by

and special gift dari Arwendanish blogspot

sebuah jam tangan unisex casio silver color dan

FM dan tempat letak pen from Hatyai

18 March 2012

masa untuk diri sendiri

fuhhh! sekarang nih aku tak boleh berjanji la untuk hupdate belog. masa tak mengizinkan walaupun banyak story yang nak distorykan. seryes! walaubagaimanapun, masa terluang yang ada macam sekarang ni aku cuba. cuba untuk ada masa dengan belog. dengan korang! (eceh, bajet retis =.=')

sebizi-bizi mana pun, masa untuk diri sendiri kena ada jugak untuk relax & refresh balik. tak dapek balik kampung or bersukaria kat air terjun, dapat keluar kejap dari dunia kesibukan pun jadi. macam:

 aiskrem kat 'ice room'

dari sem lepas lagik berjanji dengan roomate nak merasa icekrem mewah dekat iceroom. alhamdulillah rezeki lepas temankan roomate pergi jenguk baby, singgah ice room, Bandar Baru Bangi.. 

komen untuk aiskrem kat sana: sedapp! (untuk flavor yang aku amek-peanut) tekstur aiskrem lembut. orang cakap bila merasa makanan sampai tertutup mata speechless sedap sangat la tuh. 

nasihat aku, pergi iceroom sila pilih menu yang pelik-pelik, ok! jangan takut cuba benda baru. nih festime aku rasa aiskrem peanut flavor. memang puas hati. banyak menu pelik-pelik aku nak merasa tapi atas nasihat roomate, "next time, ayu. next time"  poket memang tengah tebal lagi sekarang tapi beringat-ingat. insyaAllah next time cuba benda lain pulak...

15 March 2012

TINGGAL day

apesal tajuk bunyik macam paria punya pesta tah??
ah haa... aku sesangat busy sekarang waima (word femes skrg) masa untuk aku cuci moto pun takde... eh, aku penah cuci moto ker sebelum nih??? TAPI, gejolak dalam dada begitu kuat untuk hupdate belog maka berjaya jugak hari ni...

alkisahnya TINGGAL day semalam sangat menyepoilkan mood aku sampai ke hari ni... buat pengetahuan semua, aku memang gemar bab-bab tinggal... agaknya masa mak mengandungkan aku itu tebiat dia sampai melekat kat aku sekarang...

  • 7.35am: macam biasa pagi Rabu ada rokol. lepas rokol sorang member dah bising-bising kalut nak helmet dia yang dia sendiri TINGGAL kat bilik aku. terbantut niat aku nak brekfes dengan aman entah kenapa aku rasa bengang pagi tuh. dengan sabar yang berbaki aku merempit pergi kelas.
  • 7.58am: dah sampai kelas aku baru ingat buku teks TINGGAL atas rak kasut. dengan sabar aku merempit balik.
  • 10.00am: habis kelas pertama-masa untuk aku jumpa SV. Ya Rabb, aku TINGGAL buku appointment. dengan sabar aku merempit balik.
  • 4.20pm: aku masuk markas atas urusan messnight. dah setel semua balik nak siap mandi untuk kelas malam jurulatih sms: "idayu! kunci kamu TINGGAL ni. datang ambik sekarang"
  • 8.30pm: kelas public speaking - aku baru sedar draft presentation yang lecturer nak tengok terTINGGAL kat bilik member
  • 8.31pm: sms dari member "ko TINGGAL bilik berkunci tadi.. roomate ko terkunci kat luar nih.."
  • 11.20pm: singgah kolej member bagi slide. dah balik kolej, file berharga aku TINGGAL kat sana
dan pagi nih mood aku terspoil lagi sebab file berharga tuh member aku tak tolong bawakkan walaupun aku dah send sms 2x pesan suruh bawak.. 

tambah spoil bila 2 orang group presentation buat pelat tak datang pulak hari nih.. maka presentation tertangguh.. wahai 2 orang mamat bertuah, bersiap sedialah untuk hamburan makian aku sekejap lagi!

14 March 2012

grrrrr..... (dah fikir sehabis baik tapi tetap tak tau nak letak tajuk hape)

belog-belog yang ditinggalkan
belog-belog yang hanya share lagu dari youtube 
belog-belog yang tetiba rajin copy+paste lirik lagu

itu adalah
 belog-belog final year student 
SEKIAN

sabar menanti
ada kelapangan insyaAllah akan terisi




12 March 2012

tips beli KUCING

antara tips-tips pilih kucing sebelum beli:
  •  mata dia cerah, clear, dan cantik.. tak ada cecair/benda pelik-pelik kat mata dia
  • telinga & hidung dia bersih
  • bulu dia tebal, berkilat, dan tak luruh bila kita usap
  • cuba check, kalau ada kutu = reject!
  • check warna gusi normally pinkish kaler dia
  • check gusi keadaan gusi dia jugak.. gusi yang normal & sihat 'firm' bila kita tekan sikit (guna jari).. 
  • aktif, alert & playfulness
siapa nak beli saya??

10 March 2012

Negeri Kelantan Seindah Namamu - Oki Setiana Dewi


Negeri KELANTAN, Seindah NAMAmu,,
Tanah Serendah Sekebun Bunga,
Negeri Tadahan Wahyu..

Cik Siti Wan Kembang,
Cukup Indah Namamu,
Seindah Negerimu...

Duhai WAJAHmu Yang Indah,
Persis Jeddah,
Yang Pernah Kulewati..

TAAT Menjunjung AL-QURAN,
Teguh Menggalas SYARIAT,
Yang Tidak Pernah Goyah..

Tersentuh HATI KUDUSku,
Lantaran Aku Disini,
Biartidak Pernah Kuduga,
Bertemu Dengan Seorang ULAMA’ ,
Yang Dicintai RAKYAT..

Lalu KUNTUM RINDU Yang Lama Tersimpan,
Terubat Jua Akhirnya,
Biar SeKELUMIT CINTA..

Beruntung RAKYATnya,
Menumpah Teduh Seorang ULAMA’,
Yang LEMBUT Tapi Tegas BerIBADAT,
Yang PENGASIH Namun tak goyah Pada Percikan KeALPAAN DUNIA..

Pasti Aku Merinduimu Lagi,
Entah Kapan Bisa Diubati,
Cuma SeTIPIS DOA Bisa Kutitip Buatmu,
Memacu MEMBANGUN ISLAM BERSAMA...

08 March 2012

Saya Join, Pasti Dapat Doodle Part 2


nak jemput 2 orang sahabat:

nama doodle: iyou
warna doodle: pinky!

syarat-syaratnya mudah jerr.. tak rugi join sebab dah PASTI DAPAT DOODLEnyerr.. JOM join ramai-ramai! tuan contest cakap 50 orang terawal jer dapat doodle nih! 

oh! white rabbit candyku!

disebabkan kempunan nak makan cokelat nih haritu, ada member aku tegur sebenarnya white rabbit candy nih ada kontrovesi around 2008.. omo! apesal 2013 baru aku tau??

2008 = umur aku 18 tahun.. mungkin tengah bersukaria sebab baru lepas SPM kot.. so tak ambik tau apa-apa.. yang aku tau time tuh cintan cintun jer! keh keh keh... haih, tu lah bebudak tak matang lagik.. dah besor panjang nih baru tau berat sebenarnya nak jadi laki/bini orang... adik-adik kat luar sana, beringat-ingat yer!

eh, dah lari topik!
white rabbit candy mengandungi melamine.. sebenarnya penggunaan melamine nih meluas dalam production... plastik, duit kertas, baju, susu, pinggan and some more... melamine boleh menjurus kepada penyakit kanser dan kerosakan sistem pembiakan, masalah mata, kulit dan gangguan pada sistem pernafasan dalam KUANTITI YANG BANYAK... melamine bukan toxic dalam kuantiti sikit... so, yang kecoh dulu tuh sebab ada pihak-pihak tertentu nak kaut untung punya pasal, diorang letak melamine melebihi had...


tapi sekarang nih ramai member-member cakap white rabbit candy nih still ada dalam pasaran? ada 2 kemungkinan:

  • syarikat produce candy nih dah improve & mematuhi syarat penggunaan melamine
  • pihak tertentu tak perasan/lepas tangan
aku rasa peminat white rabbit candy kena hantar petisyen la untuk buat kajian atas candy nih... kih kih kih..

apa yg kita tak tahu pasal KUCING?

1. Hidung
- hidung kucing umpama cap jari manusia.. kulit hidung/pad hidung setiap kucing berbeza!
- kucing guna hidung untuk detect perubahan suhu!

2. Ekor, telinga, mata
- kita boleh baca 'mood' kucing dengan ekor, telinga & mata dia!

3. Lidah
- kucing guna untuk buang kotoran & bulu-bulu mati
- alat pembersih yang paling canggih pernah wujud.. subhanallah!

4. Kucing bukan haiwan pengotor
- hasil kajian dengan mengambil kulit luar sebagai sample tidak mempunyai kuman. even experiment 've been repeated!
- cecair yang diambil dari permukaan lidah jugak menunjukkan ketidak hadiran kuman.
- kajian membuktikan kucing lebih bersih daripada manusia!

kucing saya 3M (manja + mengada + malas)

06 March 2012

‪Dude Harlino feat. Asmirandah - Bunga-Bunga Cinta (Ost Dalam Mihrab Cin...



Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Jom join Contest Saja2 Buang Masa

HADIAH
  1. Blog Header Custom Made
  2. Edited Photo Custom Made

SYARAT-SYARAT:
  • Create post bertajuk "Jom join Contest Saja2 Buang Masa" ni dan Tag 2 org kawan.
  • Include duration contest ni (2.3.2012 - 31.3.2012)
  • Kemudian, lengkapkan slogan ni "Saya suka masuk contest ini kerana ........" tidak lebih 16 patah perkataanm(16 patah perkataan tu selepas perkataan 'kerana')
  • Follow blog INI
aku nak jemput:

siapa tahu kat mana nak cari coklat nih??


seryes tetiba teringin nak coklat nih... seingat aku last time makan darjah 4! wuwuwu... siapa tahu kat mana coklat ni terjual direct  bagitau aku cepat...

05 March 2012

bawal 2 tone!


tak sempat reda lagi dengan trend tudung express & selendang/pashmina, sekarang giliran die-hard-fans untuk tudung bawal lak!
untuk orang-orang kat luar sana yg "kita serupa" tak reti pakai tudung express/selendang, here its come!!! siapa kata tudung bawal ketinggalan sekarang?

sangat cantik! aku dah beli 4 warna tudung nih.. rambang mata nak pilih! siapa yang nak usha tudung bawal 2 tone nih, boleh pergi & 'like' page


bukan tudung 2 tone jer ada... kalau nak tudung lain pun belambak kat page Qiyaya e-Shop.. harga dah sememangnya berpatutan sebab tuan punya bisnes nih sendiri student.. hanya student jer tahu kehidupan student macam mana kan? hehe.. tunggu apa lagi??

04 March 2012

tutorial lipat napkin - lilin

hai you ols!! aku baru balik dari 'sekolah' nih... apa aku buat kat 'sekolah' nanti aku story.. sekarang aku nak lunaskan janji ajar lipat napkin... kalau dulu bentuk kipas, hari ni bentuk lilin! dah ready?

op! sebelum tuh, kain yang aku guna ni sapu tangan biasa jer macam haritu.. so nampak tak kemas sangat sebab kain sapu tangan bukan segi empat tepat.. harap-harap tak mengelirukan korang nak cuba ^^

1. lipat napkin jadi segi tiga
2. lipat sedikit bahagian napkin (anak panah dlm gambar)

dari gambar 1 dapat macam ni kan? lepas tu korang terbalikkan napkin
3. lipat lebihan segi tiga tadi sampai habis (rujuk gambar 3)

betul tak jadi macam ni?
4. lipat sedikit hujung napkin 90darjah

5. gulung napkin sampai ke hujung.. tapi jangan gulung habis tau!

6. gulung sampai tinggal lebihan sedikit macam dalam gambar kecik

7. lebihan tadi tuh selit kat tapak lilin tadi... dah siap!!! 

Lovestory313 1st Giveaway



HADIAH
cabutan pertama : RM60.00
cabutan kedua : RM30.00
cabutan ketiga : RM10.00
EXPIRED DATE: 1 April 2012

03 March 2012

Web Hosting + Kek Lapis GIVEAWAY

Web Hosting + Kek Lapis GIVEAWAY:



Salam sejahtera kepada peminat kek lapis, disini kami mengadakan GIVEAWAY Kek Lapis Sarawak kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai. 

Cara Penyertaan:
1.Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa bermula dari perkataan "Web Hosting + Kek Lapis GIVEAWAY" dekat atas tu sampai "WoahZone.Net" pada bawah post ini dan postkan di dalam blog anda. Caranya highlight entry ini kemudian tekan "Ctrl + C"kemudian pergi ke post anda kemudian tekan "Ctrl + V" tanpa mengubah apa-apa pun. 

2.Kemudian email kepada kami link post blog yang anda buat tadi kekeklapisborong@gmail.com agar mudah untuk kami membuat cabutan. Jika anda tidak mempunyai blog boleh mendaftar percuma di blogger.com. Kami menerima walaupun blog masih baru. Apa sahaja format blog kami akan terima.

p.s Hubungi kami melalui email keklapisborong@gmail.com atau SMS 013-5711762untuk sebarang pertanyaan mengenai GIVEAWAY ini =)

"Pemenang akan dibuat melalui cabutan!"


*Setiap SEORANG dari 5 pemenang bertuah akan mendapat 2biji kek lapis daripada kami bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50. 

*Pemenang boleh memilih kek kegemaran mereka dan akan dihantar dalam masa seminggu selepas GIVEAWAY ini tamat.


Tarikh tutup penyertaan adalah 13/04/2012 atau lebih awal bergantung kepada penyertaan.

Pesanan penaja:

Multiple domain web hosting in a simple definition is a hosting plan that can support or let you host more than one domain name. Sometime it also known as unlimited domain hosting because for some hosting plan it give the advantage to users to host as many domains as they want in one hosting. There are so many hosting plan that you can choose between thousands of web hosting provider companies all over the world. Most of them offer similar features to attract the customer and the best part is you can get the best for you at a very low price.

Multiple domain web host always come with other great features that needed by any websites whether it the new site or the old one. Because of the high competitive in providing the best for buyers between the hosting companies it give so much benefit to buyers. There are a lot of great features offered to eat up their competitors.

There are many cheap multiple domain web hosting plans that you can choose and most of it are at a very affordable price. Most of these web hosting plans not just offer the multiple domain hosting or the unlimited domains but also provide you other great features like unlimited email, unlimited web space, unlimited bandwidth and unlimited MySQL databases. All these features are what you really need to improve your business because you need the best to become the best and that what I believed.

Regards

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم
17 February 2012 - 15 March 2012
Expired date: 15 March; 12am
HADIAH:
1st prize:
- Face mask from The FaceShop Korea
- Fridge Magnet Korea
- Keychain Korea
- Chopstick
- Uncang cute

2nd prize:
 - Face mask from The FaceShop Korea
- Fridge Magnet Korea
- Keychain Korea
- Chopstick

3rd prize:
- Face mask from The Etude Korea
-Fridge Magnet Korea
- Keychain Korea
- Chopstick

boyerpren vs gilerpren - sakit


SEBALIKNYA

eh! eh! gambar dah jumpa!

harituh aku cakap gambar hadiah MIA... nta macam mana terjumpa balik.. hantu betul lappy aku nih... main aci nyorok pulakk.. gedikk giler aku nih buat entri untuk tunjuk gambar!
ah! pedulik hape.. nak letak jugak.. kah kah kah..

ni bukti betapa sibuknya aku sem nih tapi sempat jugak meluangkan masa melunaskan janji... sampai ke fakulti aku balut hadiah giveaway~ =.='

wondering hadiah-hadiah ni dah sampai ke belum kat tangan orang-orang bertuah tuh .. harap-harap semua sampai dengan selamat ^^

harini sepatutnya aku ada training, tapi sekolah lagi penting... 
harini aku pergi sekolah! back to schoool!!!! =.='


01 March 2012

hadiah untuk orang bertuah dah terbang

mintak maaf sangat-sangat sebab agak lewat pos hadiah untuk orang-orang bertuah i.y.o.u first giveaway... aku pos 2 hari lepas, hari selasa 28 Februari.. harap-harap sampai minggu ni jugak tanpa sangkut kat mana-mana... update lambat nih pun sebab ingat nak tunggu gambar hadiah yang dah siap bungkus bajet nak tayang dalam entri nih tapi tengok-tengok gambar tuh MIA plakkkk.. ades! so pasrah lah entri kali nih takde gambar... sobs sobs sobs...

semester nih aku tak tau apa akan jadi dengan blog sebab baru minggu kedua, aku dah macam orang gila tak tentu arah dengan:

  • Final Year Project on swiftlets (burung walet)!
  • KIDKO (book fair)!
  • presentation setiap subjek!
  • finishing school!
  • Majlis Santapan Malam Rejimental!
  • Pentauliahan!
semua benda nih datang serentak.. itu belum dapat apa-apa mandat assignment lagik..   aku risau pertengahan sem nanti mak abah dah tak kenal aku.. =.=' tapi takpe, ada masa terluang yang pasti aku akan bukak blog nih dulu sambil-sambil jenguk kawan lama & carik kawan baru ^^