24 February 2012

intro burung walit

rasanya semua orang pernah dengar pasal sarang burung walit... betul tak? antara produk yang femes selalu keluar iklan kat radio/tv macam Walit Gold... pernah tak terfikir kehebatan burung walit ni? kalau nak tau pendapatan pengusaha sarang burung walid boleh cecah RM15,000 - RM20,000 sebulan! ke korang tak pernah perasan pun kewujudan makhluk Allah ni? hahaha...

di kesempatan yang ada, dari masa ke semasa aku akan kongsi ilmu&pengalaman yang akan aku dapat sepanjang tahun ni sebab Final Year Project aku based on swiflets/burung walit... industri sarang burung walit ni dah lama ada, cuma lately ni ramai yang berminat & dah ramai pengusaha-pengusaha berjaya...

ada orang cakap "burung walit tu burung layang-layang laa..."
yeker? sebenarnya burung walit bukan burung layang-layang... bezanya:

BURUNG WALIT
BURUNG LAYANG-LAYANG
Burung walit tak bertenggek
Burung layang-layang suka bertenggek
Sarangnya boleh dimakan
Sarangnya tak boleh dimakan
English: swiftlet
English: swallow

ada 13 species burung walid semuanya. Tapi setakat ni antara 13 hanya 2 species burung walit je yang menghasilkan sarang yang boleh dimakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...