05 January 2012

peribahasa melayu yang disalah tafsir

Wujudnya peribahasa melayu ni sebab orang dulu-dulu penuh dengan adab & tatasusila... peribahasa adalah satu medium untuk 'perli cara baik' atau pun 'tegur dengan berhemah'. tahu tak majoriti peribahasa tercipta bila satu keadaan dibandingkan dengan alam sekeliling?

malangnya, eh! malang ke? tak! tak! Sedar atau tak sebenarnya ada 2 peribahasa yang kita dah salah faham.

1. harapkan PAGAR, PAGAR makan padi
cuba fikir betul-betul ada yang tak kena kat situ.. kenapa PAGAR? macam mana PAGAR yang makan padi? 
sebenarnya, peribahasa yang betul adalah harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. 

PEGAR adalah sejenis burung!
kenapa orang tua-tua guna burung PEGAR dalam peribahasa ni? sebab orang dulu-dulu guna burung pegar untuk tangkap tikus/serangga perosak kat sawah padi. Kiranya biological control. zaman dulu kan tak ada lagi racun bagai... Tapi, macam dalam peribahasa, kita harapkan  PEGAR  jaga sawah padi, rupanya dia yang melahap padi....
Rupa burung PEGAR
2. seperti melepaskan BATUK ditangga
Sama jugak kesilapannya... peribahasa yang betul adalah seperti melepaskan BATOK ditangga. bukan batuk uhuk! uhuk! 

BATOK ni perkakas untuk cedok air dari tempayan yang orang dulu-dulu cipta guna tempurung kelapa. Orang dulu-dulu kat depan rumah mesti ada tempayan &  BATOK . Macam kita tengok filem-filem P.ramlee, nak naik rumah mesti diorang basuh kaki dekat dulukan?

peribahasa ni membawa maksud buat kerja separuh jalan. Wujudnya peribahasa ni sebab ada yang guna  BATOK  letak kat tangga je lepas guna, tak letak kat tempat asal.
ni laa rupa BATOK
kenapa kesilapan ni boleh berlaku?
sebab orang dulu-dulu kan guna tulisan jawi..  هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي  hah, korang baca PAGAR ke PEGAR???

wah, macam cikgu BM pulak aku hari ni!
lepas ni kita leh betulkan penggunaan peribahasa ni.. kalau ada cikgu BM kat sekolah still guna peribahasa yang silap, tak salah kalau ada anak murid yang menegur. ye tak?

3 comments:

  1. haha.. dasat tol..

    entry baru ara :)
    http://izara4eva.blogspot.com/2012/01/da-dapat-sepasang.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...