01 January 2012

Pembuka tirai 2012 : syukur & sedih


  1. Tahun Baru bersama Uztaz Azhar Idrus
aku jenguk blog fuhsantai, khabarnya lebih 70 000 orang yang datang ke Perkarangan Dataran Kemerdekaan Shah Alam! rata-rata yang hadir golongan remaja dan anak muda bersemangat mengalunkan Asmaul Husna.. kalau nak banding dengan mereka yang menghiburkan diri di I-city, Shah Alam tak sampai 5k orang pun.. aku bangga & bersyukur sebab tahun ni berbeza sangat dengan tahun-tahun sebelum ni. Terbukti anak-anak muda kat Malaysia rindu dengan tarbiyah & pimpinan dari alim ulama...
siapa kata orang Islam tak boleh berhibur?


aku tengok gambar-gambar, syahdu... terkilan sebab tak dapat join majlis ni sebab exam pastu banyak lagi la yang jadi halangan tambah-tambah diri ini bergelar anak dara.. sambut Tahun Baru dengan roomate je la dalam bilik sambil ngadap nota & ngunyah coklat m.. takpelah, mungkin lain tahun kalau umur panjang...

kepada sesiapa yang tak dapat join majlis dengan Uztaz Azhar Idrus ni, jom terjah fuhsantai untuk tengok gambar-gambar sepanjang sambutan detik 12 malam!

    2. Kes Safwan Anang Taib

Belum reda pun lagi cerita pasal panglima ludah, sekarang timbul lagi cerita panas mahasiswa vs FRU kat UPSI yang berjuang untuk membebaskan Adam Adli sejurus nak menekankan yang mahasiswa memang serius dalam hal AUKU..

aku?
tak berbelah kepada sesiapa pun sebab aku dah penat dengan cerita macam ni dari dulu lagi tambah dengan cerita tokok tambah media massa yang tak pernah jujur.. sampai dah tak tahu yang mana betul, yang mana salah...
emmm... PRU dah dekat.. lepas ni sure banyak lagi isu yang timbul...
aku?
undi adalah rahsia meh! hahaha....

dari apa yang aku tau, Safwan Anang Taib tengah nazak sekarang sebab cedera parah kat bahagian kepala & patah tulang rusuk.. sama-sama kita panjatkan doa moga Allah sembuhkan beliau dan yang paling penting, mohonlah agar Allah titipkan rasa sayang dan kasihNya dalam setiap hati kita supaya takkan timbul hasad dengki dendam antara kita.. 


“The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food.” Someone asked, “Will that be because of our small numbers at that time?” He replied, “No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast al-wahn into your hearts.” Someone asked, “O Messenger of Allah, what is al-wahn?” He replied, “Love of the world and dislike of death.”  [An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

hati ayu: entri serius daripada aku sempena tahun baru..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...