24 December 2012

Ekstrem | Jumud | Radikal | Teroris

Banyak lagi laa terma-terma lain yang 'menarik' depa bagi kat orang2 yang giat aktif dalam aktiviti dakwah & tarbiyah... Sebut ja perkataan 'dakwah';

"wuishh, berat nih... aku tak layak"

"nak betuikan orang? diri sendiri pun tak betoiii lagi!"

Tapi hatta 1cm pun tak berganjak tang nak betoiiikan diri tuh...

Kalau dulu orang sebut ja 'usrah' beraaaat ja nak join kan? Lately muncul terma bulatan gembira... haaaa, bunyi syiok sikit... Tapi elok-elok kawan tuh join, member-member kata poyo pulakkk dah... Langsung hilang semangat kawan tuh... Hat dok cakap poyo, ekstrem, jumud tahapekebenda lagi tu sebenarnya depa tak berapa faham konsep 'usrah' ataupun 'bulatan gembira' ni...

Sama ja konsep pergi kuliah kat universiti... Hang dah bayaq yuran dan dapat identity card as UPM student contohnya, tapi malas gila pi kuliah... Takdak orang marah hang pun kalau tak pi kuliah... Tapi yang ruginya hang la sebab tak dapat belajaq... Last-last nanti time final exam tak boleh ambek paper sebab tak cukup 80% kehadiran...

Lebih kurang macam tu la jugakkk dengan usrah/bulatan gembira ni... Bezanya hang tak payah bayaq yuran pun tapi dapat identity card yang tertempel perkataan 'ISLAM'... Takdak orang nak marah pun kalau hang tak join usrah tapi nanti yang ruginya hang la... Tak cukup ilmu ukhrawi last-last nanti hang nganga ja tengok orang masuk syurga... atleast boleh repeat exam kat dunia, tapi hat ni takde repeat-repeat dah tahu?
dapat tak konsepnya??? - perghh, hebat aku buat teori untuk usrah malam ni...

siapa bilang usrah hanya untuk geng tudung labuh???

"aku tak pegi usrah pun boleh ja dengaq ceramah kat surau"

"sekarang zaman IT, beb! Semua maklumat dihujung jari... Nak cari ilmu ukhrawi klik-klik jaa"

Bagus laaa kalau yang pegi duduk dengar kuliah kat surau kan... Tapi lebihnya join usrah korang boleh berkenal-kenalan dengan raaaamai orang yang korang tak terjangka akan kenal... Manatau boleh dapat adik ipaq/kakak ipaq? eh, mengarut! mencari suami soleh tak termasuk dalam matlamat join usrah okeyh! Tapi kalau dah jodoh tu okey la kan.. HAHAHA...

aku siap boleh buat jejak kasih, dengan usrah aku dapat jumpa kawan lama
(Muka yang terlampau girang terpaksa dicover)

Maklumat kat hujung jari tu confirm ke 'siratul mustaqim' yang membawa anda ke syurga? Itupun kalau teringat bukak... Selalunya eh! eh! terbukak facebook ja manjang, kan? Ingat, ramai orang sesat sebab tak berguru dengan orang yang sepatutnya... Sekurang-kurangnya bila join usrah kalau ada kemusykilan boleh tanya pendapat kat kakak naqibah/kengkawan yang lagi arif... 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu"

[Riwayat at-Tirmizi]

Kalau taman syurga pun tak mau singgah, macam mana hangpa boleh simpan hasrat nak masuk the real syurga???

so,
Ekstremkah orang yang mencari ilmu ukhrawi?
Jumudkah orang yang mendambakan cinta Ilahi?
Radikalkah orang yang mempersiapkan dirinya untuk bertemu kekasih abadi?  

kalau begitu, aku ekstrem dan aku pun hokeyhh!!! 
Dia ni pun ekstrem jugak  > angel pakai gucci cekidout, yo!

21 December 2012

Johor, im coming~

Even adapter laptop aku rosak, tapi aku tetap berusaha untuk online... terimalah kasihku, wahai roomate kerna pinjamkan adaptermu kepadaku...

Someone pernah cakap dengan aku, kita nih selalunya akan diuji dengan apa yang kita pernah cakap... tahun lepas dalam entri yang bertarikh 21 Dis aku menyatakan:

"..pengalaman 5 hari memerah susu lembu adalah pengalaman paling BEST & TAK TERNILAI yang pernah aku dapat.. memang tak akan dapat dah peluang macam ni unless kalau aku bekerja dalam dairy industry nanti.." - hargailah susu yang mahal itu
 
jawapan untuk permohonan latihan industri
 
Peluang yang aku cakap takkan dapat dah tu datang balik kat aku sekarang.... Hamek cow! Aku bakal berpraktikal kat sebuah ladang tenusu fofular di Kota Tinggi, Johor dari Feb-Jun 2013...

 

Hang tengok??? Belum apa-apa lagi dah dapat 'dairi' & segala macam borang untuk praktikal nanti... Siap supply CD sorang satu lagi untuk full report lepas 3 hari tamat praktikal... 3 hari beb! Department aku jer suruh hantar cecepat... Student department lain semua dapat can lepas seminggu praktikal baru hantar full report... Kan aku dah cakap, department aku ni pelik sket...

Hoi lembu-lembu Johor.....!!!! Tunggu aku datang Feb nanti, Inshaa Allah!!!

19 December 2012

Kabhi Alvida Naa Kehna :: Never say goodbye

Semangat giler nak cerita menda alah ni sampai buat teaser kannn... muahaha... Yang pasti bukan cerita pasal kawen, tunang dan yang sewaktu dengannya... Ini cerita pasal annual dinner kolej kediaman... I mean, my ex-kolej... gatai  jugok nak pegi sebab 3 tahun kan dok kat situ... So before blah dengan terhormat, tak salah cipta memori manis barang sedetik gitu...

yey! dapat memori sejibik!

Tajuk entri takde kena mengena dengan tema majlis... saje quotekan tajuk movie hindustan ni ''Kabhi Alvida Naa Kehna" yang bermaksud Never Say goodbye...

tema majlis 'red carpet' tapi kami hentam buat tema 'arabian night'

Walaupun termasuk dalam golongan yang dirai tapi makan tetap kena bayor yeop! Dah hujung-hujung sem ni almaklum lah duit kena spare untuk hal-hal emergency... Maka aku recycle jubah raya haritu jer... FYI, jubah ni my big bro belikan kat Mesir... thanx, Fadhil sebab seryes jubah dari sana sangat2 selesa... Siapa ada kengkawan or family yang study kat bumi anbiya tu boleh lerr tempah jubah sehelai dua... Seryes berbaloi...

kalau dah nama perempuan, mana ada yang 
tak pernah posing depan cermin toilet... 

Untuk majlis ni jugak aku pecah rekod sebab pakai shawl... Aku mana reti nak lilit-lilit tudung ni... Tapi demi majlis yang terakhir, kepingin jugakk aku... Banyak aku buat survey pasal shawl labuh (chiffon) ni... almost sellers jual pada harga RM25... Tak ingat lak include postage or not... Aku ni tak gemor shopping online sebab tak suka tunggu posmen & tak suka kena bank-in bagai... So aku tawakkal buat shawl sendiri... Pegi warta Bangi, tingkat atas sekali ada kedai jual kain ela... Korek-korek jumpa kain chiffon... Aku beli 2meter... Lepas tu pegi jahit tepi... Siap! Tak sampai RM25 wa cakap luuuu~

alah menang membeli, menang memakai

Oh ye, dinner memang best even ada sedikit kelemahan.. Biasala kan mana ada benda perfect... Persembahan semua mantap! Makan sedap! Tempat chantik! And the best thing is dapat kumpul dengan kengkawan yang susah nak jumpa even dalam 1 kampus... Lepas ni tak tau bila lagi nak jumpa kan??? 

Kabhi Alvida Naa Kehna

Tempat menyantap sebelum menjadi padang jarak padang tekukur

Ibarat ada lesung tanpa batunya

Hujung-hujung sem time duit sengkek ni laaaa adapater lappy nak meletop... Aku tau laaa dah 5 tahun kau berkhidmat untuk aku tapi sabor la kok yer pun nak meletop... Meletop masa aku amek skrol degree ker... 

Ada lappy tapi tak boleh on... Apa jadah???

macam mana aku nak berhibur dalam study week nanti???
macam mana aku nak stalk facebook orang???
macam mana aku nak dengar suria.fm online???
macam mana aku nak hupdate belog???

14 December 2012

Teaser: Kabhi Alvida Naa Kehna


12 December 2012

cleft lip cat - kucing sumbing

'Penduduk tetap' Kafe Kolej Serumpun, UPM... Member aku cakap dah lama dah dia wujud kat sini... Dari kecik lagi... Specialnya dia ni tak macam kucing-kucing normal yang lain... Bibir atas dia cacat, atau kata nama lain sumbing...


''Cleft lip'' kecacatan kelahiran yang  biasa dalam kucing dan anjing. Kecacatan dalam bibir atas adalah hasil daripada pembangunan yang tidak lengkap semasa pembangunan embrio dan mungkin disertai oleh lelangit rekah, atau kecacatan dalam bumbung mulut yang terbuka. Kebanyakan haiwan dengan bibir rekah menjalani kehidupan yang normal dan tidak mempunyai keperluan untuk pembetulan pembedahan - Google

Even sumbing, tapi dia tetap kucing yang comel & manja

10 December 2012

Al-Fatihah - Mohd Asyraf Aminuddin, Pelajar Tahun 2 Fakulti pertanian UPM

Pagi tadi seorang saudara kita Mohd Asyraf Aminuddin baru sahaja meninngal dunia dalam perjalanan ke kuliah... kemalangan berlaku di simpang 4 jalan menuju ke fakulti Agrobio (fakulti pertanian, UPM).

Kepada pengguna jalan lebuh raya UNITEN-UPM terutama kereta & lori, anda dah sedia maklum simpang 4 berterowong adalah laluan harian mahasiswa & mahasiswi UPM ke fakulti pertanian... Don't let this happen again... Kemalangan boleh dielak kalau kita tak pentingkan diri sendiri dan berhati-hati...

sumber gambar: facebook group PERMATANI

post terakhir arwah semalam

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada saudara kita yang telah kembali pada penciptaNYA. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan org yg beriman. Amiin..

09 December 2012

Budayakan tuisan jawi


Nampak macam biasa pen ni?
meh kita zoom sket...


haaaa, cantik kan???
bukan cantik tak cantik, yang penting mesejnyer....
Boleh baca tak tulisan jawi kat pen ni???
"budayakan tulisan jawi"

03 December 2012

mulut tempayan boleh laa kita tutup

Rajah 1

Berdasarkan Rajah 1, sila buat karangan tidak lebih daripada 100 patah perkataan. hokey, abaikan. sorry untuk kegilaan yang melanda.

Thanx paen - the owner of Farahin Syaheera FB account pasted above...

Thanx sebab secara tak langsung ko buat hati aku chill siket... Tak sure ayat skema pepatah melayu ni tapi maksud dia lebih kurang ni laa... "mulut tempayan boleh laa kita tutup"

Sakit hati kan bila ada orang lain cakap buruk pasal kita? Tapi realitinya macam paen cakap laaa... Kita tak usik diorang so tak payah nak ambek pot sangat apa yang orang cakap pasal kita...
 
Tapi aku rasa kita kena ambek pot dekat orang yang menyampaikan berita busuk nih... Sebab kadang-kadang punca kita gaduh adalah wujudnya batu api-batu api yang tak dilantik...

Kita dok syiok-syiok makan tetiba ada sorang member bukak mulut:

''weh, hang tau dak minah ni dok kutuk hang pagi tadi dalam kelas... dia kata hang selebet pakai tudung lagu ni..."

so what???

Apakah orang sebegini sedar dia telah menjadi batu api untuk buat kita gaduh?
apakah tujuan dia sampaikan berita buruk ni kat kita?
orang sebegini kah layak untuk dibuat member?

p/s: mengadu-domba dan mengadu-manja adalah 2 perbuatan yang sangat besar bedaannya ya anaq-anaq!

02 December 2012

bawak Honda Wave pun pelik ke?

Hokey cukup la tuh dengan entri giveaway untuk bulan ni...
Dah lama rasa tak join mana-mana giveaway... So bulan ni nak buang tebiat siket..

Harini aku meronggeng pegi Alamanda...
Macam biasa aku merempit dengan 'my bluelove' - Honda Wave...

Ontheway balik UPM seryes aku tak puas hati...
asal ada kereta potong jer, diorang usha pelik kat aku...

Paling aku panas hati, ada satu van putih penuh dengan mamat giler pegi hon panjang masa potong... Nasib la aku takde tebiat latah yang kronik...

der, tak biasa tengok perempuan bawak motor ker???
belum tengok aku bawak Honda CBR lagi...
Ehh.. tak habeh-habih dengan Honda CBR aku... wahahaha...


01 December 2012

GIVEAWAY 'jangan perah otak'


karpet merah dibentang untuk 

GiveAway by La NIAR

 

Giveaway For Followers


Hadiah dari sponsors :
1. dari APIT - DVD TOP Secret Photoshop 1 Set x1 pemenang 
- Review Blog x2 pemenang
2. dari AZHAFIZAH - Keychain Exclusive Azhafizah.com x5 pemenang
3. dari SHIDA'R - Calendar Exclusive Duniashida.com x5 pemenang
4. dari EMAS PUTIH - Topup RM5 x6 pemenang (celcom dan maxis)

Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim


orang nak kasi menatang-menatang atas ni FREE
FREE wey
!FREE!

NAK???
meh tangan tu... bukan suruh hulur laaa
KLIK banner kat bawah ni


 karpet merah dibentangkan untuk:

30 November 2012

fewwwit! minah rempit!

Kesian minah... tak pasal-pasal nama dia dipergunakan...
Sebut je minah rempit mesti terbayang gadis baju tak cukup kain, gaya menggoda atas motor, berkepit dengan lelaki, tukar-tukar boyafren... kan?

Firstime aku bawak RXZ paling jauh tak silap aku dua tahun lepas... Dari Selama, Perak pergi rumah Suhi kat Baling, Kedah... Yup, RXZ... Bukan Honda Wave biru yang aku pakai tetiap hari pergi kuliah sekarang...

Sepanjang perjalanan nak ke Baling: lintas jer bustop, orang bersorak... Lintas jer simpang jalan port melepak, orang menjerit-jerit... Mungkin pelik kot tengok perempuan bawak RXZ yang selalunya disinonimkan dengan mat rempit...Salah ek perempuan bawak RXZ?

Tak senonoh?
Aku bawak RXZ macam bawak motor yang lain jugak laa... Takdenyer aku nak masuk gear guna tangan, seret helmet kat jalan tar ke... takde... memang takde...

Tak sopan?
Kat mana yang tak sopan? Aku yakin aku pakai pakaian yang menutup aurat... Ke nak kena pakai baju kurung baru nak kata sopan?

Aku minat... Tu jer... Jangan tanya sebab kenapa aku suka... Dan setakat ni abah & mak tak pernah halang minat aku ni... Nak buat macam mana sekarang ni RXZ jer yang ada... OK laaa Lepas ni aku tak bawak RXZ dah... Aku bawak motor ni pulak:


Haaaa... gaya tak???
Honda CBR ni tak dikira superbike lagi bak kata adik aku... Tapi ok la untuk seorang perempuan... Harga pun takdelah semahal superbike yang lain... Abah pun tak halang aku nak beli motor ni... tapi dengan syarat guna duit sendiri... wahahaha... takpe2, motor ni kiranya pembakar semangat... Malas belajo jer, tengok gambar motor ni... Mesti rasa semangat balik... HAHAHA...

Kata Fadhil, kat Mesir memang takkan jumpa perempuan bawak motor sebab bagi diorang aib... Maksud perkataan aib adalah : ashamed , not respectable , disreputable , blemish , shame , disgrace...
Kata bangla kat kampung aku, dia cakap kat negara dia susah nak jumpa perempuan pakai seluar... Apatah lagi naik motor...

Kata Aiman Azlan: "Muslimah lemah lembut, bukannya lemah lembik"
so bagi aku tak salah kot perempuan bawak motor besar... hehehe...

Ok babai! Pagi ni ada lawatan pegi Pelabuhan Klang...

29 November 2012

"aiman tak kesah'' dah mula kesah sekarang

 Esok hari last November maka genaplah sudehh 3 bulan pindah sini | pindah sana... Tapi yang aku nak fokuskan kali ni pasal parents aku pindah dari Selama ke Bidor... Memang aku tak cerita banyak pasal siblings aku dalam blog... Yang selalu ada pun cerita pasal Fadhil, abang aku yang iras2 Aiman Azlan tu...

Bila aku cakap adik-beradik aku 6 orang pun ramai kengkawan aku terlopong tak percaya sebab aku tak banyak sebut pasal depa... see, betapa low-profilenya aku... *bluek!*

Hokey balik pada cerita asal... FYI, only my parents stay at Bidor...

FADHIL: stay kat Selama, starting his new life as a teacher - temporary as he wanna continue his study...

AKU : dari darjah 5 aku banyak membesar kat hostel sampai lah sekarang menghabiskan sisa-sisa hidup as final year student at UPM...

AKIM: almost half of 2nd year in diploma of pharmacy at Damansara by SEGI college

NADIAH: going to sit SPM next year in SMA Tarbiyah Diniah, Kulim (hostel)

JIHAH:  going to sit PMR next year in SMK Dato Haji Hussien, Selama (hostel jugak even dekat dengan dengan rumah sekolahnya... 2 kali sebulan selalunya dia balik rumah)

AIMAN: going to sit UPSR next year and he is the only one yang stay with my big brother, Fadhil at Selama... Ketegaq tak mau ikut mak & abah pindah Bidor sebab takut tak dak kawan... Padahal dia laa paling manja dengan mak... well, biasa la kan anak bongsu...

Boleh kira tabah jugak la budak ni sebab dia boleh hidup dengan rutin harian dia pegi sekolah without mak... Dari pemerhatian aku dulu, budak manja sorang ni memang susah nak bangun pegi sekolah... Jenuh la mak kejut dia bangun dengan kasih sayang... Aku boleh bayang betapa seksanya Fadhil gerak budak debab ni hari-hari nak pi sekolah... wahahahaha....

Tapi baru-baru ni aku nampak ketabahan adik bongsu aku mula goyah bila dia update facebook dia...


Sedihnya laaa hai.... Bila aku tanya rupa-rupanya depa dok makan nasi bungkus ja hari-hari... Aku difahamkan kalau ada pun kadang-kadang ada laaa mak-mak sedara yang tinggal selang sebuah rumah datang masak... But I'm wondering how can he maintain his fatness till now?

Jihah & Aiman

26 November 2012

komen membina untuk MAHA 2012

MAHA 2012 header 
Benci Pandang Pertama. Aku tak gemor tengok gambar tangan manusia & robot dalam banner nih. Apesal entah? okey, abaikan. Yang ni bukan komen membina.

Kalau korang nak gi MAHA, apa yang korang perlukan ialah:
  • Kekuatan fizikal esp kaki
  • Payung sebagai aksesori tambahan
  • Duit secukupnya

Dari pengalaman aku, sehari memang tak cukup nak round MAHA... 2 hari pun tak cukup... 3 hari pun tak cukup... Seryes! So, apa yang korang perlu buat adalah tetapkan misi & visi pegi MAHA UNTUK APA... Kalau kata nak gamble jer memang korang buang masa...

Buang masa apa? TUNGGU BAS dalam MAHA tu...

Siapa yang tak pernah pegi MAHA, okey sini ceq nak habaq maiii... Kita kena tinggal kereta kat tempat yang sepatutnya then naik bas comel yang disediakan... Bas comel MAHA ni ada route tersendiri... Korang kena main aci lompat-bas kalau nak tukar tempat... wey, besar doh MAHA ni... memang besaaarrrr... Banyak checkpoint MAHA ni dan setiap checkpoint sangat besar dan jarak setiap checkpoint agak jauh...

Mula-mula marah jugak hati aku diorang ni nak buat sistem pengangkutan nampak cantik tapi menyusahkan orang... Kalau bas ada tiap 5minit ok jugak tapi nak tunggu bas tu dah lebih 30minit! Tu pun kalau dapat naik, kalau bas comel tu penuh korang kena tambah lagi 30minit untuk tunggu the next bus...

Aku tanya MAHA punya staf sementara tunggu bas... Kenapa tak set 1 bas untuk 1 lokasi... Bila buat sistem aci lompat-bas ni seryes menyusahkan pengunjung...

Jawabnya tak boleh sebab kalau buat macam tu bas jammed, jauh katanya nak buat 1 round maka dengan sebab inilah pengunjung terpaksa main aci lompat-bas...

Aku dengan family pegi MAHA semalam letih jalan kaki jer... Well, kitorang dah tetapkan visi nak pegi checkpoint ternakan... Tunggu punya tunggu lebih sejam tak dapat dapat naik bas... At last kitorang decide jalan kaki... Berenti kat 1 checkpoint, makan... Cuba tunggu bas, still lambat... Kitorang sambung jalan... Berenti lagi kat 1 checkpoint sebab mak tak larat, still tak dapat jugak sebab orang ramai.. Jalan lagi... At last dengan baju basah lenjun kitorang sampai jugak checkpoint ternakan... Kesian mak abah...

 
Family aku tengah gigih berjalan... Dalam gambar tak nampak... tapi memang ramai family yang decide untuk jalan kaki jer dari buang masa tunggu bas...

Tapi letih terubat laa bila dapat tengok animal exhibiton... Macam-macam ada... Family aku memang semua suka binatang esp Abah... Masa nak balik aku berdua dengan Akim (Adik) buat marathon ambik kereta then pickup mak abah kat checkpoint yang agak lengang... Nasib la pakguard tu baik kasi kereta masuk... Tu pun lepas aku cakap:

"dah 2 jam tunggu bas tak sampai... air bercawan2 dah minum.. Kami nak balik jauh ni"

So aku rasa ada cara lain untuk atasi masalah pengangkutan untuk pengunjung ni...
Sewa bas luar untuk gantikan bas comel tu then tetapkan 1 bas untuk 1 lokasi...
well, cadangan jer...

bytheway, TAHNIAH kepada penganjur sebab selain masalah bas comel, yang lain memang best!

23 November 2012

Briged Al Qassam - Briged kita?

Kalau Britain ada British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin tak kurang hebat dengan barisan pemuda yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam as known as al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

syarat utama yang dikenakan sebelum dipilih menyertai al-Qassam :
1-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3- Gigih berpegang dengan ajaran Islam
4-Mencintai dan bersedia untuk syahid
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin

 

Barisan pertahanan Malaysia utama: Polis & Askar seharusnya mencontohi (ayat penyedap, sebenarnya wajib mencontohi) al-Qassam...

Realitinya, pasukan pertahanan kita lebih gah pada caci-maki dan amalan-amalan tradisi (contoh: junior 'mandi bunga') yang kononnya untuk menguji ketahanan mental...

solat? tu hal masing-masing... Ada solat berjemaah pun kelam kabut... Tak cukup masa... Salah satu sebab buat orang tak join solat jemaah: letih & ada  benda lain kena buat dalam masa yang singkat...

well, aku cakap berdasarkan pengalaman 3 tahun as kadet dalam kor wataniah sebelum ditauliahkan... Bukan nak bukak pekung, tapi ni salah 1 part dalam SWOT analysis untuk penambahbaikan... eh, tau ke SWOT analysis tu apa? pandai-pandai la korang carik... wakakaka...

Ketahanan Mental takkan sempurna kalau Rohani sakit... dan kalaupun Rohani dah cukup mantap aku rasa tak perlu lagi nak uji ketahan Mental.. Setuju???

Siapa yang boleh ubah sistem & pegangan barisan pertahanan kita?

Tepuk dada, tanya iman. Wallahualam.

p/s: changes made me changed

day 3 shooting - babai USM, babai Penang

Last shoot untuk hari ketiga tak banyak... 2 scene jer tapi part ni paling banyak kena repeat... First, repeat sebab photographer bertukar, so teknik beliau shoot lain siket... Banyak angle beliau amek dan banyak kali jugak aku kena buat benda yang sama... But, nice! Diorang ni memang berbakat... Second, sebab banyak kali gelak... Sebab hari ketiga, so aku mula 'in' dengan krew shortfilm nih...

Lepas lunch, last task untuk aku: recording monolog...
Dengan berkahirnya recording monolog, maka berakhirlah tugas aku sebagai heroin dalam shortfilem nih.. Bila nak release aku sendiri tak sure... Just tunggu~

rezeki tolong orang ^^

21 November 2012

day 2 shooting - angin bayuuu membawa dirikuu~

holaaaa... Lama gak tersangkut citer shoot-mengeshoot aku nih... Bajet leh cerita tetiap hari lepas shooting tapi seryes penat weh! Habis je shooting harituh terus rush balik Selama, packing2 then balik Bidor... Esoknya terus balik UPM... Dan bermulalah hidup yang kelam-kelibut kalau balik UPM... Sebab tuh lambat hupdate... *ade orang tunggu ke entri ni =_=*

Merujuk kepada perkara di atas, mr.director bawak aku & extra ke Feringgi... Huaaaa, lama gila beb tak datang sini... Alhamdulillah dapat jugak hirup udara segar tepi pantai... Cuma mata je tak berapa segar tepi-tepi pantai cengginih...

dokumentary in the making

Alkisahnya scene kat pantai nih takde pun, tapi idea mencurah-curah datang ke kepala hotak mr.director... Aku menurut je mana aku boleh buat... Tapi scene kat pantai nih memang tak ley blah... Jenuh aku nak buat... Memula tak sanggup aku nak buat sebab dah la depan orang ramai, berlakon lak dengan orang yang aku tak berapa kenal... Pasrah jer aku time tuh... Paling best photographer sentiasa motivate dengan "ok nice shot!"

salah satu scene kat tepi pantai 

 Habes je shoot kat tepi pantai, aku dibawak ke rumah mak wan untuk dijadikan family aku dalam dokumentari ni... Time ni pun segan sangat-sangat sebab tak pernah kenal mak wan tiba-tiba kena berlakon panggil mak... huahuahua.. Tapi alhamdulillah, mak wan sangat-sangat sporting... Dahla jamu kitorang makan macam-macam petang tuh...

scene kat rumah mak wan

12 November 2012

day 1 shooting - teruja

About 8.45am aku selamat sampai di negeri yang fofulerr dengan jambatannya... Thanx a lot to my big bro sebab sudi hantar... Lepas exhange kereta, bermula la perjalanan aku as heroin dalam short film nih...

*puiii! heroin laaa sangat*

cakkk! kedatangan aku disambut dengan cupcake chomel2!
thanx mr. director

Aku ingat dapat la sambung tidor kat bilik tumpangan sebab malamnyer aku tak leh lena... Masa breakfast dengan mr.director, aku dapat schedule shooting untuk 3 hari... pergh! Harini jugak kena setelkan scene-scene penting untuk short film ni... Pasrah.. Pasrah... Macam ni rupanya orang layan kat pelakon yang baru nak up... 

*puiii! lagi sekali* 

So first set kat library & kedai siswa USM... And then set paling penting Adventist Hospital & Klinik Dr. Ko...

Dr.Prem ada rupa Salman Khan dak??? haaaa, yang tu tunggu shortfilm siap kay

Alhamdulillah semua scene setel even aku baru nak belajar... mr.director & photograher memang terbaik, banyak ajar & kasi idea macam mana aku kena buat... Tak lupa jugak ada 2 orang penting kat belakang tabir yang sentiasa kasi semangat: Biha & Syuk...

Nanti dah siap shortfilm tu tengok la sendiri scene-scene yang aku sebut nih... Kang cerita kat sini boring lak korang tengok shortfilm tu nanti kan...

p/s: tak banyak gambar dari phone aku sebab bz shooting T_T

10 November 2012

i've been proposed and... i accepted!

Yup, aku dilamar... Dilamar via emel... Romantik tak? okay, tak sebab tak ada orang leh baca proposal tu melainkan aku... Dah la bukak emel lambat seminggu... Dah basi tau tak?! Kesian orang yang propose aku tu... Tapi.... "demi chenta nan suci, ku rela korbankan.. kepentingan diri...." (nasyid Inteam)

Relax... Relax... Jangan nak propa sangat dekat sini okay... Sebenarnya aku 'dilamar' untuk diinterview as pesakit vitiligo atau pun term yang aku selalu guna kat dalam blog ni vitiligo-ian... Dah lama dah aku terima lamaran interview ni tapi sebab tak betul-betul confirm tarikh untuk interviewnya, aku malas nak update takut-takut benda yang kita plan tak jadi kannn...


At last, kami pilih cuti midsem untuk sempurnakan sesi interview ni sebab alang-alang aku balik kampung, dekat siket dengan USM, Penang... So senang la perjalanan 3 hari aku untuk interview ni...

Benda yang buat aku sangat teruja, ni bukan interview biasa... En.Saifudin nak buat ala-ala short filem as dokumentari khas untuk vitiligo dan aku adalah heroin dalam dokumentari tu... Phewww! bajet heroin you'olls.... 

So macam mana perjalanan aku untuk shoot dokumentari tu, nanti aku update k! *bajet ramai jer yang baca blog kau*...

p/s: sob.. sob.. sob.. plan punya plan dari dulu nak jumpa sorang sahabat aku ni sampai sekarang tak terjumpa lagi.. sedey!!! bila boleh jumpa niiiii... T_T

09 November 2012

Dimana kita seusia 21 tahun?

Sebelum aku merepek panjang, jom sama-sama tonton videon ni... Ambik tahu kalau belum tahu, fahami kalau sebelum ni tak berapa nak faham sejarah (macam aku) ataupun ingatkan diri kalau sebelum ni dah tau...


Rasanya video ni dah cerita cukup padat & mantap apa yang jadi pada zaman kegemilangan pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh... Kalau tak cukup, aku cadangkan korang baca jalan penceritaan yang menarik dalam 6 April 1453: Bermulanya Keruntuhan Kota Konstantinople 

Persoalannya, dimana kita seusia Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan kota konstantinople sewaktu beliau berusia 21 tahun! 
Sibuk bercinta?
Sibuk kejar cita-cita jadi doktor, engineer & arkitek tanpa ada matlamat yang jelas?

 "constantinople (istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, tenteranya adalah sebaik-baik tentera" [HR Imam Ahmad]

Selepas 800 tahun disabdakan biiznillah Sultan Muhammad Al Fateh bersama angkatan tentera beliau berjaya menawan istanbul... Terfikir tak apa rahsia "pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"???

Sebelum mendirikan solat Jumaat yang pertama kali di Kota Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh bangun untuk memilih imam bagi solat. Bukan jeneral, bukan mejar, bukan leftenan yang dipilih, bukan jugak yang dipilihnya yang paling kaya di kalangan tenteranya, bukan jugak yang paling sedap bacaan yang dipilih.

Soalan pertama: "Siapa diantara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh"
TAK ADA SEORANG pun dari anggota tentera beliau yang duduk.

Soalan kedua: "Siapa diantara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib" Yang duduk hanya sebahagian tenteranya menandakan mereka pernah meninggalkannya.

Hinggalah kepada soalan ketiga: "Siapa diantara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat tahjjud"
Maka duduk habislah kesemua tenteranya KECUALI BELIAU.

At last, Sultan Muhammad Al Fateh sendiri mengimamkan solat Jumaat yang pertama kali di Kota Konstantinopel.
Nampak tak RAHSIA BESAR yang kita ambil mudah dalam hidup???
Kalau solat 5 waktu yang wajib pun tak mampu kita pikul, tanyalah diri sendiri terpikul kah tanggungjawab-tanggungjawab yang lain?

Peringatan untuk diri sendiri & sahabat... Wallahualam..

08 November 2012

MAMA UNTA & ANAK UNTA

perbualan ni dirakamkan antara MAMA UNTA dan ANAK UNTA:

ANAK: mama, awat kita ada bonggol? huduh kottt...

MAMA: aish.. mana ada huduh.. sebab ada bonggol la kita boleh bertahan kat padang pasir... kita kena syukur tau...

ANAK: pastu ni... ni bulu mata kita ni awat panjang sangat ma??

MAMA: kan cantik anak mama ni ada bulu mata asli... tak macam rozita che wan tu pakai fake punya bulu mata... L
agipun, bulu mata ni la yang cover mata kita daripada pasir... tambah-tambah masa ribut...

ANAK: ooo, lagi satu kenapa kaki kita panjang lain macam je mama? macam tak stabil pulak..

MAMA: sayang, kaki kita yang panjang ni penyelamat kita kalau lalu kat pasir jerlus...

ANAK: habis tu apa kita buat dalam zoo ni mama??

p/s: sekali baca cerita ni memang lawak.. tapi sebenarnya:

1. ramai orang tak sedar KELEBIHAN yg ada..
2. ramai orang tak tau macam mana nak guna KELEBIHAN yang ada..
3. ramai orang yang salah guna KELEBIHAN yang Allah kasi..
4. ramai jugak orang yang buat tak tau jer KELEBIHAN yang ada..
5. ramai yang tak BERSYUKUR dengan KELEBIHAN yang ada..

INFO TAMBAHAN
  • Unta merupakan salah satu daripada haiwan-haiwan yang disebut dalam Al-Quran
  • Mata unta memiliki dua lapisan bulu mata. Bulu mata ini saling berkait seperti perangkap dan melindungi matanya dari ribut pasir 
  • Mempunyai kaki yang sesuai dengan semua jenis tanah
  • Bonggol unta bukannya menyimpan air tetapi lemak simpanan yang membuatkan unta mampu bertahan di padang pasir yang panas tanpa makanan dan minuman

pemecah rekod

4 Nov punya cerita, 8 Nov baru dapat hupdate... Ya ampuuuun! Well, tetengah sem ni macam-macam laa kena submit.. Hokey malas nak merapu banyak pasal kerja yang tak pernah surut as uni student... sekarang tiba lah masanya mengumumkan pemecah rekod bagi kategori LELAKI PERTAMA MENINGGALKAN ZAMAN BUJANG: ZUL dari kelas Zahrawi!!! *bunyik kompang*

pasangan chenta-hingga-hujung-nyawa: Zul & Nia
 
Kecoh tak kecoh si Zul ni lelaki gantengg pertama dari group IGOP yang kahwen... Alhamdulillah sempat jugak aku merasa nasi minyak beliau lepas macam-macam plan buat at last pergi kenduri ni denga plan yang tak berapa nak plan.. eh? pape je laaa...
 
Dari depan: Ket, Amri, Izwan, Paen, Awek cun, Iylia, Ana, Sha, Haziq (photographer)
keta kancil: Lokey and the gang
 
Ingat senang ke nak jumpa reramai gini... Masing-masing datang ntah dari cerok dunia mana tah... Perjalanan penuh liku kena tahan dengan polis yang takde keje, tunggu rombongan dari Shah Alam, ada yang tak tersangka datang pun ada at last jumpa kat kenduri Zul ni... 
 
  
bergambar dengan pengantin before balik
 
 
barisan gadis-gadis IGOP yang datang
 
 Demi meraikan Zul kahwen, lepas kenduri kitorang reramai singgah Pantai Morib... Padahal Zul yang dirai tak ikut pun.. wahaha... Tak dinafikan kenduri kahwin merupakan salah satu cara paling mudah nak reunion... sape lagi woi nak kawen pasni? leh buat reunion lagikk...

Last but not least, gambar pilihan editor
 side by side
or miles apart
FRIENDS ARE FOREVER
close to your heart

02 November 2012

yeyy!!! Novel baru lagi...

Rasa macam dah lama tak beli novel... Balik dari cuti Aidiladha haritu sempat nyinggah Islamic Book Expo kat KLsentral... Tadaaaa!!! Ramai member cakap novel ni best... Oih, sakan betul laaa mata aku ngidam nak buku tu buku ni tapi sebab poket tengah kering, ambek 1 je la dulu.. Kang beli banyak-banyak bajet macam banyak masa jer nak baca...
Click for larger view. 
Sempat lagi kalau nak pegi hujung minggu ni!

01 November 2012

kerabu sarang

Raya Aidiladha last week alhamdulillah dapat kesempatan balik klate since 4 tahun tak terrrbalik... Kesian mak jarang-jarang dapat balik kampung... Dah la balik kejap-kejap jer... Tapi nak buat macam mana, aku faham keja abah yang tak berapa nak ada cuti... Kalau mak boleh drive sendiri agaknya tiap-tiap bulan mak balik klate kot... Harapnya bila bersuami nanti aku dapat balik kampung selalu... keh keh keh...

Specialnya raya tahun nih aku dapat rasa kerabu sarang... Nama jer kerabu sarang, tapi main ingredientnya rumpai laut... Agaknya fizikal rumpai laut yang bergumpal-gumpal macam sarang sebab tu la dia dapat nama cenggituh....

-googled image-
haaaa, cenggini laaa ghuper rumpai laut as stated in previous paragraph

Firstime aku tengok ingatkan bihun versi milenium kaler cenggituh... Tenung lelama makcik aku tegor...

"haaaa, ni nok buat keghabu sare ni... biasa make dok??"

aku & adik2 yang ada kat dapur tuh geleng kepala je laaa... tengok pun tak pernah, apatah lagi nak merasa... Ada macam-macam gaya orang makan rumpai laut ni tapi paling femes kat klate kerabu sarang laaa... For dat day, rumpai laut nih digaul bersama buah machang... emmm, sedap! memula makan memang pelik tapi at last makan menambah....

haaaa, yang ni gambo aku snap sendiri

p/s: sejak dah tak aktif dengan army, aku rasa lemak kian bertambah....


 

sbread

Asam laksa terrrrbest pernah aku rasa setakat ni.... Tak tergambar dek kata-kata... Lidah je yang paham betapa nikmatnya makan asam laksa nih....


Asam laksa punya kedai... SBREAD the great! Kalau pi Midvalley try la nyinggah...