30 December 2011

aku lagi suka tahik lembu daripada manusia yang suka buat tahik


bertanya seorang sahabat sekelas-sebelah meja-sekolah rendah kepada aku:

"eh, ayu.. kenapa hang ambik kos sains menatang? tak geli ke main dengan tahik lembu, tahik ayam, tahik rusa dan pelbagai tahik lagi"

jawab aku:

"aku lagi suka bekerja dengan tahik lembu dan tahik-tahik yang hang sebutkan tadi daripada bekerja dengan manusia-manusia yang suka buat tahik. bekerja dengan tahik lembu dapat duit, bekerja dengan manusia yang suka buat tahik? dapat dosa"

tanya beliau lagi:
"dosa??"

jawab aku lagi:
"aah.. dosa mengumpat!"

siapa lelaki dayus menurut ISLAM

  1. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram
  2. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami
  3. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya
  4. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata
  5. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu

siapa lagi?
jom ramai-ramai tambah ilmu KAT SINI



WATCH ONLINE 'OMBAK RINDU'

Ombak Rindu (2011) Full Movie Download Free


seluruh pelajar IPTA dikhuatiri sakit

SERDANG: Timbalan Ketua Pencacai berkata seluruh pelajar IPTA dikhuatiri  mempunyai penyakit berjangkit yang dipercayai berpunca daripada sejenis virus yang dikenali sebagai 'examination'. Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, para pelajar dikehendaki mempersiagakan diri dengan bekalan ilmu secukupnya bagi menangkis kesan negatif serangan penyakit yang sukar diubati ini. Antara tanda-tanda anda dijangkiti penyakit tersebut adalah:

- 24jam facebooking
- menonton movie tanpa henti
- mata terpejam pagi petang siang malam
- makan & minum tiada had

sumber berita: TERNAMA

my exam schedule
SILENCE is the best answer for all questions
SMILE is the best reaction in all situations
unfortunately
BOTH NEVER HELP IN ANY EXAM

29 December 2011

[2] 감사합니다 HAKIM!!!

kalau tak mengerti apa yang dimaksudkan dengan 감사합니다 sila tanya pakcik Google, ok?

Dalam banyak-banyak contest, aku paling suka contest Hakim Kacak ni buat.. easy-friendly-manja-manja-giteww... tapi memerlukan kesabaran yang tinggi.. tahniah  Hakim Kacak  sebab berjaya menguji tahap kesabaran aku haritu.. tapi takpe, memang aku seorang yang penyabar.. dan buktinya, I'm the winner! kah kah kah kah kah.. (gelak riak)

dah printscreen baru nak mintak izin. mintak izin yer Hakim Kacak!
nak tau contest Hakim Kacak yang easy-friendly-manja-manja-giteww? nahh, cubit KAT SINI.. boleh tengok je la yer sebab contest dah pun ada pemenang.. kih kih kih..

dear Hakim Kacak,
walaupun aku tahu kemenangan tu atas usaha dan kesabaran aku sendiri, tapi terima kasih banyak-banyak sebab buat contest yang menarik macam ni.. pasal hadiah tu, takpe.. aku takkan hentak kepala sendiri kat keyboard kalau Hakim Kacak kasi topup + mamat kacak + hadiah tahun baru.... (demand.. kih kih kih...)

yang setia menunggu hadiah,
i.y.o.u

28 December 2011

try it out! doodle ikut berat badan!

syiok-syiok cari gosip cam best pulak jumpa benda alah ni kat blog Hafizi Aziz
just isi jer pastu klik 'keputusan'

ni doodle aku
korang punya doodle macam mana??
cubit KAT SINI

27 December 2011

FURSAN - askar bernasyid

dah lama dengar lagu ni kat blog sahabat aku yang seorang ni tapi tak pernah tahu siapa yang nyanyi.. tergerak kat hati nak search siapa pemilik lagu ni sebenarnya.. lagu ni la yang aku maksudkan.. 


korek punya korek.. lah! FURSAN! aku dah lama dengar nama kumpulan ni tapi tak tau pulak kumpulan nasyid ni daripada KAGAT rupanya! hebat! kagum aku!
KAGAT - Kor Agama Angkatan Tentera


Dalam banyak-banyak lagu, aku paling suka lagu Keinsafan Diri ni... ada banyak lagi lagu Fursan: Kelahiran, kembara...
bukan nak kira sedap lagu, tapi isi lagu ni.. dengar sorang-sorang tetengah malam berambu air mata... bagi aku, lagu ni TERBAIK! muzik & isi TERBAIK!

apa-apa pun, sentiasa & terus berjuang FURSAN!

nota ciput: nasyid cuma berkumandang kat radio-radio tempatan lepas pengumuman waktu solat jer... kecuali radio IKIM.FM

IfazCollection Giveaway


HADIAH
macam dalam gambar kat atas ni

ada 2 lagi warna tudung & brooch yang cantik

kalau aku bertuah boleh bagi tudung & brooch ni kat mak!
dengan bangganya nak bentang karpet merah untuk:
                                                          cik lynn 
                                                          cik iylia

expired date: 31 Dec 2011

StitchNknot's 2011 Year-End Giveaway


expired date: 31 Dis 2011

26 December 2011

bra bag organizer




cantik????
orang dah mula cari bra bag organizer ni untuk menyimpan bra dengan lebih selamat dan tersusun.. kelebihannya, bra tak rosak dan senang untuk dibawa tambah-tambah kalau korang seorang traveller...

para suami sekalian, beli lah bra bag organizer ni sebagai hadiah untuk isteri kesayangan anda.. keh keh keh...

ada banyak lagi design lain yang lagi comel... 
jom pergi terjah blog senpai aku DISINI..

23 December 2011

BERAS DIBAKAR

aku tak pasti kenapa tempat ni dinamakan BERAS TERBAKAR.. suppose to be beras dibakar.. salah tatabahasaa tu..  kihkihkih...

ni laaa rupa beras terbakar
siapa perasan pinggan tuh dah jarang jumpa sekarang.. dulu-dulu kenduri kahwin pakai pinggan ni jer kat kampung.. sekarang mana ada dah.. pakai katering jer..
sebelum sampai Langkawi seryesly dalam kepala hotak aku dulu fikir BERAS TERBAKAR tu salah satu keajaiban/kekuasan Allah... rupa-rupanya sejarah! hahaha.. dah 21 tahun aku hidup kat Bumi Malaysia ni baru aku tau sejarah beras terbakar nih..


"Beras terbakat ini terletak di halaman rumah Ku Halim Ku Hassan, Mukim Padang Mat Sirat, 17km dari Pekan Kuah. Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua angkatan Langkawi terasa akan kalah ditangan Siam. Beliau dengan segera mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau dibakar. Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu dibakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi. Dari peristiwa ini hingga sekarang masih terdapat kesa beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas dihadapan rumah Ku Halim Ku Hassan"

rumah Ku Halim Ku Hassan. cantik! aku suka!
tapak beras terbakar... tapi yang sedihnya ada pulak manusia yang memuja tempat bersejarah ni.. banyak betul syiling dalam tuh! harap-harap bukan Orang Islam yang buat.. 


21 December 2011

hargailah susu yang mahal itu

tahu tak self-sufficiency untuk susu negara kita cuma 4% SAHAJA? maknanya, 96% susu DIIMPORT! tak hairan lah jika harga susu tidak kira susu bayi, susu kotak dan sebagainya di pasaraya dan kedai-kedai pilihan agak mahal ditambah pula dengan cukai yang pelbagai... erkh, macam karangan SPM jer...
eh! aku nak cerita pasal susu lembu, bukan susu manusia, kambing, babi, kuda atau kuceng..

aku taknak cerita kenapa kita tak boleh menghasilkan susu yang banyak macam negara-negara lain seperti New Zealand.. aku boleh cerita bab ni dalam next entri.. apa yang aku nak tekankan kat sini, kerja-kerja di ladang tenusu tak semudah apa yang pernah terlintas di fikiran korang...

bayangkan pukul 3pagi dah bersiap-siap untuk pergi ladang! kenapa pukul 3 pagi? untuk memudahkan korang faham, masa ni paling efektif untuk mendapatkan susu yang berkuantiti dan berkualiti.. kitaran seterusnya, pukul 3petang pulak.. yup! 2 kali sehari setiap hari susu WAJIB DIPERAH sampailah lembu tu dah tak keluarkan susu yakni bersedia untuk bunting lagi!


pengalaman 5 hari memerah susu lembu adalah pengalaman paling BEST & TAK TERNILAI yang pernah aku dapat.. memang tak akan dapat dah peluang macam ni unless kalau aku bekerja dalam dairy industry nanti.. tapi agak mustahil disitu sebab aku dah beralih ke bidang ternakan yang lain... dan pengalaman ni jugak buat aku jadi GILA seminggu sebab tak cukup tidur..

rutin apa yang aku buat kat ladang tenusu dalam 5 hari

rakan seperjuangan. siap untuk bertugas!

kerja utama: perah susu. seronok!
tapi kalau dapat lembu yang banyak kerenah,  nakal.. grrrr, sabar je laa..

habis perah, susu dikumpulkan. sekali perah, full tanker tuh.. maknanya sehari akan dapat 2 full tanker.. oh! itu uncle yang banyak mengajar! 

bagi anak lembu minum susu.. anak lembu minum susu gelojoh & ganas!

bagi makan & minum untuk anak lembu yang membesar sekali gus cuci kandang

lastly, sesi ambil susu free untuk upah memerah ^^ rasa dia sama jer macam susu dalam kotak yang korang selalu beli.. tapi yang ni, takde campur apa-apa.. memang fresh! 

ada yang tak tahu ke lembu hanya boleh keluarkan susu apabila beranak? macam manusia jugak laa konsepnya.. maka, macam mana kita nak bagi lembu-lembu kita sentiasa beranak dan menghasilkan susu? itu rahsia penternak berjaya.. ^^ hehehe...

dan ada juga ke yang tak tahu susu lembu WAJIB diperah SETIAP HARI? kalau tak perah, lembu tersebut akan sakit... sekali lagi macam manusia jugak konsepnya..

kantung susu lembu sebelum & selepas diperah

hebatkan makhluk ciptaan Allah?

tak sempat nak buat apa pun - Langkawi

alkisah aku pergi Langkawi gujung minggu lepas.. memang tak sempat nak pergi mana sangat pun sebab lawatan under kompeni abah, naik bas ramai-ramai.. faham-faham laa... lawatan hari pertama aku dah terlepas sebab aku sampai langkawi lewat.. tak merasa aku pergi makam mahsuri..

de BARON resort jadi pilihan
tak tau la 1 malam berapa sebab kompeni yang bayar.. hahaha

hari seterusnya, setiap tempat diberi 1 jam je untuk jalan-jalan...
singgah Underwater world, tapi tak masuk pun sebab tak berbaloi.. bayar mahal, takut tak sempat pusing habis.. so, lepak kat luar je la..


next destination Beras Terbakar, pusing-pusing kejap tengok beras hitam pastu dah kena naik bas untuk lunch..

Rumah chantek Ku Halim Ku Hassan
kat halaman rumah ni la terletak tapak beras terbakar
tak boleh naik cable car sebab cuaca tak mengizinkan.. so lepas lunch, shopping kat pekan Kuah..

lepas shopping, pukul 4.30petang dah kalut-kalut pergi jeti untuk naik feri.. pukul 5.00petang, feri jalan.. tak sempat nak bergambar ramai-ramai bawah burung helang gedabak tu pun sebab dah lambat! siot kan?

argh! memang tak puas la!!!!
bak kata abah, lepas ni kena tunggu Big Brother balik, kita pergi 1 family stay Langkawi lama sikit.. baru syiok nak jenjalan semua tempat... tak terkejar-kejar masa... banyak gila tempat tak sempat pergi.. pulau-pulau kecik sekeliling Langkawi macam Pulau Dayang Bunting tu, simpan hasrat dalam hati je la sambil tengok dalam peta...
apa-apa pun, lawatan kali ni tetap best sebab lepak dengan family tersayang! hilang keserabutan.... dah lama tak buat family gathering macam ni...

next time, boleh bajet pergi Langkawi dengan family & memember tersayang pulakk!

20 December 2011

budak kampung 1st time naik kapal terbang - part 2


nampak? nampak?
nampak tak muka jakun kat situ?
buat pengetahuan, tingkap kat sebelah aku tu tingkap kapal terbang, bukan jendela bilik hotel cinabeng...
hoyeahhh!! bertuah aku dapat seat tepi tingkap!

best! rasa nak naik lagi tapi tak nak mendarat boleh tak?? hahahaha...
aku suka bila plane tetiba amek lap selekoh tajam..... fuuuu, tak tau nak describe macam mana... seolah-olah aku duduk dalam kotak besar pastu terhuyung ke kiri&kanan..
masa awal-awal plane nak terbang ke awan pun best jugak.. time tuh rasa isi perut bergelojak! paling tak best masa mendarat.. GEDEBAM!

mood: still penat... minggu ni minggu paling hebat, hey! tak sempat lagi nak menaip panjang-panjang apa aku buat kat langkawi kelmarin... sekarang busy menaip benda lain duluuuu...

rasa nak nangis! penat ya ampuuuun~

17 December 2011

budak kampung 1st time naik kapal terbang

aku ingatkan aku seorang jer jakun tak pernah naik kapal terbang... macam segan jugak laa aku nak mengaku.... rupanya ada jugak yang tak pernah merasa naik kapal terbang macam aku.. antaranya blog otai yang buat pengakuan bulan baru-baru ni, ujang.. kih kih kih... jangan marah yer, bro! kita serupa~

tak jeles pun ija wish good luck kat ujang
sebab aku dapat wish "good luck" dari 
hawwis a.k.a aaron aziz 

aku fly tak jauh mana pun.. seberang laut jer.. LANGKAWI!!!
eh! sama cam ujang jugak!!!

aku ingat memang tak dapat nak join dah family day ni sebab pagi sabtu ada sesi ukur baju untuk pentauliahan.. tup tup! abah cakap lepas ukur baju naik kapal terbang laa... sempat join family day nih...
fuh! aku ingatkan abah buat loyar buruk, tapi memang abah maksudkan! Alhamdulillah, dapat jugak merasa naik kapal terbang walaupun sejam je KL-Langkawi.... itu yang sampai termimpi-mimpi tuh.... hahaha...
flight aku pukul 7.30pm.. perjalan dalam sejam jer... insyaAllah 8.30pm sampai.... doakan yer aku & adik aku selamat mendarat kat sana!


online ticketing-Thank you Air Asia!
promote Air Asia


kalau dah ujang cerita pengalaman dia naik kapal terbang sampai pekak telinga, tunggu cerita pengalaman dari aku plak!
see ya!

jom baca pengalaman ujang!

16 December 2011

kegilaan yang tak terbendung

antara niat pertama aku bila dah ada gaji nanti nak beli kereta idaman! walaupun 90% memember kata "ceh!" untuk kereta idaman aku, tapi aku tetap setia dengan kereta ni...

tadaaaaaa! kenari idaman! black/red!

dah berkali-kali memember tegur aku sebab dah macam orang noob giler bila jumpa kereta petak nih parking kat mana-mana... pulak dah usha siap jenguk luar dalam atas bawah 10minit tak cukup sampai lambat masuk kuliah...
lect: kenapa lambat?
aku: ada pameran kereta kat bawah.. tersangkut.. theeeheeheeee

tambah giler lagi bila aku sanggup merempit kejor kenari semata-mata nak usha sampai puas tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain... memember aku cakap aku kalau dah nampak kereta kenari dah macam nampak shahrukhan!

giler melantun-lantun bila tak pasal-pasal aku takleh tegur classmate aku yang sorang itu sebab dia pakai kenari merah.. sebabnya jeles tahap gaban! apesal dia beli kenari merah jugak? abes laa stok kenari merah untuk aku!

tapi wondering jugak zaman aku dah kerja nanti agak-agak wujud tak lagi kenari nih?
cukup kempunan pakai untu setahun dua pun cukup laa.. lepas tu boleh la nak tukar kereta mewah yang lain..

eceh! berangan banyak la kau!
bukan berangan, ni impian! impian! moral untuk aku semangat belajar!

15 December 2011

DAULAT TUANKU

Sultan Abdul Halim mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970-1975.
Sultan Abdul Halim diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sulta Badlishah. Lulusan Wadham College Oxford, UK
insyaAllah 6/2012 Yang DiPertuan Agong sendiri akan tauliahkan aku... debaran berhadapan Sultan Selangor baru-baru ni still lagi terasa... itu beramai-ramai, entah apa ntah lagi yang akan aku rasa bila bertentang mata personally dengan Yang DiPertuan Agong nanti...

Ryu Watanabe.. next, my turn!

pengalaman kawad konvokesyen UPM 2011

kenangan

gelding = castrated male horse

sambungan dari mari mengenal kuda

entri sebelum ni aku tinggalkan persoalan kenapa kuda jantan kena 'buang' tel*r atau dalam bahasa baiknya, testis..
baka kuda yang baik kita tak buang laaa testisnya supaya generasi akan datang pun ada ciri-ciri yang baik...

kuda-kuda hensem lagi baik yang aku jumpa kat horse carnival haritu

kuda yang dibuang testis adalah kuda agresif.. bayangkan korang adalah customer yang sedang mencari kuda.. di hatisanubari korang mestilah nak kuda yang baik, pandai, cergas dan paling penting kuda tu friendly..
jadinya cara terbaik untuk jinakkan kuda adalah kasi potong itu testis!
sadis giler kalau korang salah beli kuda.. haha...

tujuan lain, to have a better management.. memang tak membantu langsung laa kalau kuda tuh garang.. bila kuda jinak&friendly, nak buat kerja pun happy...
kuda tak macam haiwan lain... kan aku dah cakap, kuda ni haiwan yang cerdik! kalau dengan orang asing selalunya kuda lebih agresif dan cenderong untuk gigit korang!

yup! kuda menggigit!
bila dia rasa diancam, apa lagi... kaki dia jalankan tugas laaa...
perlu anda tahu, kuda menendang dengan kaki belakang SAHAJA..
maka berdiri di area belakang kuda tidak digalakkan..

next session, aku akan cerita macam mana nak tackle kuda daripada pengalaman aku sendiri! ^^

13 December 2011

aku mimpi naik kapal terbang

mimpi kali ni pelik
sedar-sedar jer dah berdiri sengsorang kat airport
pastu pak sekuriti datang cek beg & badan
tettt!! tettt!!! hah, sudah! apekebenda yang aku bawak tak lepas nih?
laaaaaa, duit syiling pun takleh bawak naik kapal terbang?
-setel semua-

aku duduk atas seat, sengsorang jugak
seryes macam dalam keretapi
dalam hati "ceh, takde la hebat sangat macam dalam tibi"
peramugari semua pakai jubah
adeh, macam naik kapal terbang nak pegi haji pulak

-masa untuk berlepas-
10 minit... 20 minit... 30 minit...
kapal terbang still berjalan macam biasa atas jalan tar
aku dok tunggu bila la nak naik ke awan dania

tup tup! dah sampai Langkawi
lah, bilanya aku terbang nih!

p.s: dah berminggu-minggu asyik mimpi naik kapal terbang jer

09 December 2011

tenkiu cikgeligeli

kat blog aku kalau perasan laaaaaaaaa ada 3 jenis bloglist... 
apesal laa kat situ panjang?
sukati la! <----- ayat femes sekarang =.='

BLOG SAHABAT
dah tentu tentu laa aku punya memember... bila dah memasing kat unibesiti nih, dah jarang dah nak kekontek via sms... beseler, makin besor makin malas nak menekan butang hp tuh.. so, nak tau ceciter diorang baca blog diorang laa sebab majoritynya blog personal ye dak? 

BLOG KECOH
blog feveret... WAJIBulghunnah bukak blog diorang setiap kali online... dalam jiwasanubari aku blog-blog nih otai laaaa..

BLOG KEPOH
blog-blog lain yang aku follow....

sekali sekala aku suka tengok stat... dan aku perasan 2 minggu berturut-turut cikgeligeli jadi penyumbang utama! terima kasih ahkak! blog dia otai superb wa cakap luuu... aku memang suka orang berterus terang cam beliau....  takde nak kontrol-kontrol-ayu cam blog perempuan biasa... keh keh keh keh.. 


oh ye, aku tak bukan buat segmen review blog tau.. giloo apoo aku nak review blog otai... entri ni sebagai penghargaan tak terhingga sebab tu laa buat entri khas untuk beliau... 
jangan hantar url entri korang lak kat sini.. kah kah kah kah....

06 December 2011

orang mcm ni LANGSUNG TAK melemahkan aku!


kah kah kah kah kah kah
tahukah anda Anonymous hanya digunakan oleh golongan penakut!

kah kah kah kah kah kah
Anonymous nih nak sembunyikan identiti dia sebab apa? sebab takut kena sembur!
berani sembur orang tapi penakut ya amat untuk disembur!

kah kah kah kah kah kah
dah la salah sembur... aku takde kena mengena pun dengan UKM apatah lagi nak bangga2kan UKM??? uwekrks lah untuk ko balek.....

kah kah kah kah kah kah
itu jer untuk hari ni
lepas ni ada masa aku nak cerita pasal desperate people who take advantage in order to cover her mistake.. dengan kawan sendiri pulak tuh! erkh! 
perlulah anda perasan di sini bahawa ayat aku ditujukan khas kepada HER sebab masalah ni selalu terjadi pada kaum Hawa jer..

sekian

04 December 2011

budak lepas SPM leh buat partime kat sini ker?

masa: 9.50pm
tempat: Restoren steamboat MAEPS, Serdang

abang hensem: dik, nak tanya sikit boleh?

aku: ye, bang. orang hensem cam abang nak tanya banyak pun takpe..

abang hensem: dik buat partime kat sini kan? sejam tokey bayar berapa?

aku: haah, sejam RM5.. kenapa? nak buat partime kat sini jugak ke?

abang hensem: takla, adik abang ni haa... budak lepas SPM diterima ke?

aku: lah.. boleh jer.. tu budak kat hujung sana tu pun baru lepas SPM jugak...

abang hensem: eh, awak?

aku: kenapa?

abang hensem: umur berapa sebenarnya?

aku: laaa... saya dah tua.. 21 tahun dah... saya student UPM..

abang hensem: laaa... sebaya la kita! aku pun student UPM jugak laaa...

aku: =.=' apesal la aku leh panggil mamat ni abang <---- dalam hati
aku yang nampak muda or abang ni yang nampak tua??? hahahahahahahahaha

03 December 2011

mangsa aku.. keh keh keh

dah jadi tebiat aku kat sini suka kenen-kenenkan muka orang dengan kartun.. dah ramai kat UPM nih yang jadi mangsa aku.. especeli member-member aku laaa... nak tengok??

yang jadi mangsa aku ni semua member-member seperjuangan... kalau korang kata tak sama, itu maknanya mata korang takde seni la tuh~

 darwis dengan papa simpson!!

 Daus dengan brainy!!

Shawn dengan minion!! 

tuan Amir dengan yogi bear!!

keh keh keh.. ramai lagi sebenarnya jadi mangsa.. tapi kang upload banyak-banyak berat pulak entri kali nih.. ni la hobi aku time masa kosong... mengenakan orang~

weh, cukup-cukuplah gelak kat orang tuh..

"korean giveaway"


makin jauh aku pergi dengan join giveaway nih... harap-harap ada tuah lagi kali nih... hehe.. jom ramai-ramai join...! nak join cubit siket banner atas nih...

tak rugi pun kalau join... leh mesra-mesra dengan tuan punya contest... untung badan, tersenarai dalam orang-orang bertuah... tak merasa pergi korea pun, dapat ole-ole pun orite!!! ^^
hadiah giveaway haritu dah on the way.. giveaway mana? nanti.. nanti.. tunggu hadiah sampai dulu baru aku update... kihkihkih....


dengan bangganya nak bentang karpet merah kat bebudak nih:
expired date: 18 Dis 2011

"My 1st GA : Ole Ole Dari Bandung"



phewwwww... giveaway lagi!!! untung badan dapat jugak merasa 'ghete' dari seberang... keh keh keh 
*ghete = harta

dengan bangganya nak bentang karpet merah kat bebudak nih:
expired date: 31 Dis 2011