30 April 2011

bila perempuan mencar*t

"gila ar minah tuh.. sumpah perangai macam babi puki mak ayam!"

opps!!! mintak maaf tak sempat nak censored perkataan kat atas..
AMARAN! entri ini perihal adab dan tatasusila.. aku fokuskan di sini kepada mereka yang dilahirkan sebagai makhluk Allah yang bernama gadis/wanita/perempuan.. tapi, kaum Adam pun sama ja, take note!
sepotong ayat amarah berkaler merah kat atas tuh aku petik dari mulut seorang minah yang berada dalam gerabak LRT yang sama dengan aku... muka dah cantik, baju kurung dah lawa tapi marah lempias tak kena tempat.. 1 gerabak dengar, beb! makcik sebelah aku mengucap panjang! aku sengih jer...

habis puas ke dapat maki macam tu bila marah kat someone?? aku tak nafi, aku pun pernah jer sebut perkataan yang tak berapa nak elok bila aku marah, tapi tak perlu la nak bagi 1 Malaysia dengar.. 

memang time maki hamun kita akan rasa 'UP' kan? memang rasa 'GAH' kan? kan? betui dak?
tapi kita rasa 'GAH'/'UP' tak bila mana pada satu hari.....
boipren: mak, ni la calon menantu mak yang Along SELALU CERITA tu...
gulrpren: assalamualaikum, makcik.. makcik sihat?? (tunduk, senyum, salam cium tangan bagai)
makcik: yang ni nak jadi menantu aku?? BOLEH BLAH! dia ni la budak yang mencarut dalam LRT yang mak SELALU CERITA tu!

kwang! kwang! kwang!

siapa tak pegi book fair lagi?? esok last!

esok 1 Mei: hari last book fair di PWTC (Putra World Trade Centre), KL. aku dah pegi! cerita dah nak basi, bau ashem dah, tapi aku nak story sebab siapa yang tak pegi memang rugi...!!!
  
banyak novel baru buat pelancaran! 2 minah yang pakai selendang tue bukan novelis, k! yang tudung hijau tuh, bakal... hahahahaha

esok 1 Mei mak bapak korang cuti ajak lerr reramai riuhkan PWTC nuh... tak rugi kaki anda melecet berjalan dalam tuh sebab memang berbaloi! nasihat aku kepada kaum sejenis, please jangan pakai high heels kalau anda sayang kaki, ok!!!

aku pegi.. emmmm, lepas test AYAM haritu... bukan AYAM AYEEM tuh.. ni betul-betul exam ayam... disebabkan frust sebab soalan yang di'spot' tak masuk, lepas keluar exam hall jer terus aku and the geng merempit.. fiuuuuuuuu! merempit pegi PWTC! okey, separuh jalan jer sebab hari nak hujan, so kami decide tinggalkan moto kesayangan + naik LRT dari Sg. Besi...
geng rempit
sampai-sampai jer kedai 1st kitorang singgah, KARANGKRAF!! diskaun novel, pergh... terbaik! berbaloi-baloi! aku amek kesempatan merangkul 2 bijik novel RAM yang baru.. dah lama aku tunggu.. hoh! minggu ni aku tido lena bermimpikan Laksamana Sunan...!
2 novel yang aku beli

ada banyak lagi kedai-kedai yang ada... sampai lenguh jalan! dari buku ilmiah, novel, majalah, buku untuk budak-budak sekolah sampai lah komik dan manga... aku siap dapat autograf kartunis Ujang! bukan buku je...
macam-macam lagi dijual.. aku teruja tengok menatang nih.. wujud lagi rupanya lego! Lego ni mainan abang aku, padel masa skola rendah dulu.. memang sakan gila dia main.. gara-gara pindah rumah, habes Lego beliau hilang..!tak tau Lego tu apa???
ni haaaa LEgo!!!
kalau nak tau kat sini la aku terkena dengan mamat direct seller tuh! cis!
so, siapa yang tak pegi lagi, esok last!!!!

ingat! kalau mana-mana mamat direct seller/MLM ajak duduk table talk, JANGAN sekali-kali duduk kalau anda tak berminat! hehehehe...

28 April 2011

ini dah lebih! apesal libatkan mak bapak pulak ni!

sorang mamat berpakaian kemas dengan tie merah dan beberapa batang pen di tangannya mula menarik perhatianku dengan kata-kata manis.. dengan lemah lembut dan sopan santun aku menolak dengan alasan aku belum solat Zohor.. puas menolak, at last mamat ni ambil alih barang-barang yang aku pegang duduk di 1 meja.. nak tak nak, aku labuhkan diri jugak kat situ...

mamat: bla..bla..bla. belajar Bahasa Inggeris bla..bla..bla.. 60% graduan menganggur.. bla..bla..bla..
------------5 minit berlalu------------
aku: tak pelah bang, saya memang taknak.. saya dah tau pasal product ni...
mamat: bla..bla..bla.. kalau ada degree pun tak cukup.. bla..bla..bla. hidup ni kena berusaha.. bla..bla..bla.. ok sekarang abang nak uji adik punya English Level... 

1 minit berlalu. aku berjaya speaking tapi tak la bagus sangat. so mamat ni tak puas hati... aku dah tolak banyak kali tapi mamat ni berusaha jugak promote.. tanpa sedar senyuman aku dah pudar...

mamat: bla..bla..bla.. sekarang abang nak tanya salah siapa adik tak pandai cakap BI?
aku: tak de salah sapa2 pon...
mamat: salah mak ayah adik sebab kat rumah tak speaking BI!!!
aku: WTF!!!! APEHAL LU BRO LIBATKAN PARENTS GUA? MEMANG PARENTS GUA TAK SPEAKING BI SEBAB PARENTS GUA GUNA LUGHATUL JANNAH KAT RUMAH!

okey, ayat HURUF BESAR di atas cuma terluah dalam hati jer sebab aku masih bersabar.. tapi yang tak boleh bersabar air mata aku.. air mata aku jatuh on da spot! aku menangis sebab aku tengah tahan marah.. mamat ni dah lebih.. aku anggap dia dah hina parents aku....

untuk lu si mamat (tak tau nama),
gua dah cakap gua tak nak dari awal lagi.. gua tolak dengan penuh berhemah, sopan santun.. tapi lu paksa jugak.. takpe la, gua duduk jugak tadah telinga, tapi table talk lu dah lebih sangat, bro.. mintak maaf la gua panggil manager lu tadi.. gua cuma guna hak gua sebagai customer.. gua tau etika table talk.. kalau lu kena buang kerja sebab aduan gua tadi, 2 perkataan je yang gua nak cakap:
PADAN MUKA!!

okey, tak nak guna 'gua-lu' dah.. haih!
buat semua peniaga khususnya direct selling, kalau dah customer tak minat tak payah lah nak memaksa sangat.. serius annoying!! lagi satu, pasal mak bapak jangan la libatkan dalam bisnes.. naseb baik mamat tu buat kat aku, kalau orang lain aku rasa dah makan penampar kot....

mari mengenal burung puyuh!

 
otak burung unta lebih kecik dari matanya,
telur burung puyuh pula 8% dari berat badannya!
sapa tak tau beza jantan betina burung puyuh angkat tangan macam sayeerrr...
aku nak perturun ilmu aku mengenal jantan betina burung puyuh! dah ready??

normally burung puyuh betina lebih berat sedikit dari burung puyuh jantan..
burung puyuh betina: tengkuk + dada warna perang kekuningan dan ada tompok-tompok hitam
burung puyuh jantan: tengkuk + dada rusty brown sikit.. takde tompok-tompok

ce tengok kat bawah ni... yang kiri jantankah? yang kanan betinakah?
okey.. aku dah bagi jawapan kat situ.. clear tak??? boleh nampak kan beza jantan betina???

ce tengok kat bawah ni pulak... yang kiri jantankah? yang kanan betinakah?
okey, yang ni aku tak nak bagi jawapan.. hahahahaha

!!!!pukul 8.30am: exam Sains Poultry!!!!
poultry: perihal ayam, itik, burung, telur ayam, telur itik dan yang seangkatan dengannya

27 April 2011

lawan KICAP loki

lokey,
entri ni khas aku buat sebab nak tunjuk champion kicap betul-betul punya champion!
kicap ABC no.2 bro!
sapa-sapa nak tengok kicap enchek loki klik laju-laju kat SINI
sekarang tibalah masanya aku munculkan kicap champion:
KICAP CAP LEMBU BERLAGA
penat aku pusing 1 Selangor memang tak jumpa kicap nih.. haih! kempunan.. dah lama tak makan kicap nih.. (tanda-tanda homsick melanda)

26 April 2011

dalam kotak pensil budak sekolah rendah

time aku shopping stationary untuk exam, sempat laa aku snap kewujudan alat-alat tulis zaman aku sekolah rendah dulu.. aku teruja sebab dah lama tak nampak.. rasanya budak zaman sekarang tak pandang pensil macam ni:
pensil pelengkapnya mesti la pemadam.. dulu kalau sapa-sapa ada pemadam macam ni memang mewah laa.. dia paling eksyen.. pemadam dia paling canggih.. pemadam yang macam pensil tip-tip tuh.. pemadam nih leh refill ubat dia.. aku rasa aku tak pernah beli pemadam macam ni sebab aku suka pemadam yang warna hijau, merah, kuning yang macam lutsinar sikit tuh.. alaaa, yang ada bau wangi gila tuh.. rasa macam nak gigit-makan pemadam tuh.. tapi sekarang dah takdak.. =.=' lagu 1 pemadam yang dapat free dalam keropok.. nama keropok tuh tak ingat laa.. tapi pemadamnya macam-macam bentuk binatang..
sekarang aku tengah guna pembaris nih! kawan aku tegur time exam tadi, nak pinjam pembaris.. bila aku pass dia tergelak sorang-sorang.. lepas exam dia jerit, ayuu!! aku nak pembaris macam ni jugakk!!! hahahaha
comel kan? comel kan? aku jumpa 1 dalam 10000 pembaris kat Giant semalam.. aku amek cepat-cepat sebab sebelah aku ada sorang budak tengah pilih pembaris jugakk!!!

6 setengah! 6 setengah!

6 setengah JAM lagi aku nak masuk dewan exam!!!
ABAH, MAK... doakan Siti...
FADEL, AKIM, NADIAH.. doakan aku...
JIHAH, EMAN.. doakan kak Siti..
ABANG.. doakan Ayu...
LISA.. doakan aku.. gudluck untuk hangpa jugak, k!
kawan-kawan yang lain... doakan Ayu.... buat yang terbaik, k semua!

8.30am-10.30am : animal reproduction
8.30pm-10.30pm : principle of economy

25 April 2011

Asma Allah - Sami Yusuf

mula-mula aku dengar lagu ni aku tak perasan lagu apa.. bila dengar betul-betul sampai habes, aku ketagih dengar lagu ni.. sampai hari ni aku ulang-ulang lagu ni sampai roomate aku tanya kenapa dengan aku dengar 1 lagu jer..
aku jawab dengar lagu ni sambil study tak macam dengar lagu lain..

baru tau kewujudan lagu ni dari blog enchek Bez Amin
thanx enchek Bez Amin

24 April 2011

doakan maisyarah!!


Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan,tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, selamatkanlah Siti Maisyarah Binti Zainuddin
aku memohon kepadaMu Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih,
sembuhkanlah Siti Maisyarah Binti Zainuddin

Siti Maisyarah Binti Zainuddin,even tak tau keadaan sebenar, moga hang tetap tabah dan sabar..
insyaAllah, semua akan jadi seperti biasa balik..
kuatkan semangat..
aku dari jauh doakan yang terbaik untuk hang..

p/s:
Siti Maisyarah Binti Zainuddin, 1 sekolah, 1 dorm, 1 katil dengan aku 1 masa dulu :'(


UPDATE
 Siti Maisyarah Binti Zainuddin dah mula sedar.. alhamdulillah! tapi sedih bila dapat tau Mai punya injured serius.. patah tengkuk + retak tulang pipi.. still tak boleh bercakap, just guna isyarat tangan jer.. kemalangan still tak tau apa punca.. Mai pun tak boleh nak bercerita lagi.. tak ada saksi.. mungkin langgar lari.. kawan dia still koma..

doakan yang terbaik untuk mai!

masalah gigi lagi

about 3 years ago aku terpaksa let go 1 gigi geraham aku... semuanya gara-gara makan kacang berangan diluar kawalan hingga menyebabkan gigi geraham tu pecah dan tak boleh diselamatkan lagi...

lama-lama aku noticed yang lubang gigi geraham aku dah tak der.. means gigi-gigi lain dah bergerak cover lubang gigi geraham yang telah dicabut dulu.. lubang tuh tak dicover sepenuhnya, ada jarang sikit laa.. aku assume itu normal dan biar jer masa berlalu..
tiba-tiba!
baru-baru ni aku perasan ada ketulan timbul dalam mulut... kat gusi, berhampiran dengan tapak gigi geraham yang dicabut dulu.. aku risau jugak, tapi tak sakit.. tak rasa apa-apa.. disebabkan tak rasa apa-apa dan ditambah pulak dengan ke'busy'an aku sebagai student yang rajin + partimer yang berdedikasi, aku asyik tangguh je nak jumpa dentist..

at last baru tau ketulan tu sebenarnya gigi.. wo! aku terkejut sebab lepas 3 tahun baru nak tumbuh gigi! aku mati-mati ingat geraham yang aku cabut dulu gigi kekal.. kalau tak, masakan tumbuh lagi 1 gigi kat tempat yang sama, betul tak?
macam ni la keadaanyerrrrr
tapi masalah sekarang, kan aku cakap gigi-gigi lain bergerak tadi?
ada sape-sape yang pernah mengalami masalah yang sama macam aku tak???

food safety class

ingat kerja partime suka suki ni just dapat duit ker??
see!! dapat kursus free, maa!! kalau pergi sendiri kursus ni RM50 1 kepala.. tapi alhamdulillah aku pegi under McD.. bawak diri je...

kursus pengendalian makanan ni diwajibkan kepada semua pengendali makanan.. ada akta okey! termaktub dalam undang-undang barangsiapa yang mengendali makanan diwajibkan lulus kursus ni... LULUS? iyer la, lepas dengar kuliah 3 jam, kena jawab soalan exam!
 
soalan yang diberi ikut range kelulusan... maksudnya soalan utk mereka lepasan SPM dan PMR lain dengan soalan utk mereka yang ada diploma dan degree.. kiranya aku dapat soalan yang paling susah la hari tuh.. majoriti crew McD lain semua lepasan SPM.. aku yang paling tua kat situh! tapi kacang cap ibu jari je soalan dia... alhamdulillah, dapat A lagi aku...

bukan tu jer, dapat sijil dari Kementerian Kesihatan.. nanti kalau aku nak bukak Medan Ikan Bakar Ayu ker, tak de la susah-susah pegi kursus dah.. aku dah ada certificate!

part paling best dalam kelas tuh bila semua orang terkejut aku cakap umur aku 21 tahun.. diorang ingat aku sama macam diorang baru lepas SPM..

p/s: aku teringin nak tengok macam mana muka aku kalau tengah 'kembang'.. hahahahahahahahaha....

gigi bongsu baru nak muncul

4 hari tinggalkan blog.. bukan sengaja, selalu jer bukak blog tapi tak tau masalah apa tak boleh nak log in masuk.. so tak dapat la nak buat entri baru.. guna Windows Live Writer pun tak dapat nak psot satu benda.. haih! agak tension.. banyak benda terlepas..

dah masuk 2 hari demam tak macam nak demam disebabkan gigi bongsu yang segan-segan nak munculkan diri... dalam study week jugak dia nak muncul.. terasa macam nak cabot semua gigi yang ada.. gigi bongsu bahagian rahang kiri je yang nak tumbuh, tapi sakitnya 1 badan! urat kepala macam kena tarik-tarik jer.. 

apa yang aku boleh buat untuk kurangkan rasa sakit makan panadol.. tapi sampai bila nak telan dadah tu jer memanjang.. tak nak rasa sakit sangat, tidor je la.. tak pun rasa tak tahan sangat aku kumur dengan air garam.. tahan la sikit sakit dia..

bila la nak berakhir rasa sakit nih =.='
Every tooth in a man's head is more valuable than a diamond. ~Miguel de Cervantes

20 April 2011

mas kahwin ikut negeri

lepas punch out kerja petang tadi, aku join budak-budak McD yang lain melepak.. sembang punya sembang, keluar bab mas kahwin.. aku memang suka bab-bab kahwin nih! hahaha

semua pakat bagitau mas kahwin ikut negeri.. paling murah aku dengar negeri Pahang tadi.. tak ingat, tapi dalam RM20.00 lebih-lebih la... aku ingat benda ni macam adat ikut negeri, tapi bila aku search, jumpa benda ni:
Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri (2010)
klik untuk tumbesaran yang baik



errr, ada yang leh bagitau tak nilai mas kahwin nih valid/betul-betul dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama? masih diguna pakai ker???

kalau tengok balik pengertian mas kahwin:
pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ".
(Surah An-Nisaa' - Ayat 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari)
so, kalau tengok balik dari hadis kat atas ni, maskahwin boleh jadi apa-apa jer asalkan benda tuh berguna dan berfaedah samada dalam bentuk duit, barang atau pape je la yang berfaedah.

aku pernah dengar 1 cerita kat masjid matrik dulu pasal mas kahwin. zaman Rasulullah s.a.w dulu, ada sorang pemuda nak kahwin tapi tak dak harta langsung yang leh dijadikan mas kahwin. then, baginda
Rasulullah s.a.w. tanya laki tuh ada hafal ayat Al-Quran tak?
laki itu jawab dia hafaz beberapa surah.
at last Rasulullah s.a.w. kahwinkan laki tuh dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

so, nampak tak ke'fleksible'an mas kahwin?? tak semestinya duit macam kita pakai sekarang sampai ada nilai ikut negeri.. ada anak dara gred ABC lak tuh.. hahaha.. tapi tak tau la kan ada undang-undang yang digunapakai.. aku mmg tak update langsung pasai undang-undang nih =.='
 
kalau ada info, boleh kongsi-kongsi naaaa~

18 April 2011

'superman' versi perempuan muncul bertubi-tubi

1 kumpulan gadis lalu depan Desert Centre McD tadi .. aku perhati je diorang.. comey sorang-sorang! then aku perasan aBANGLA yang tengah mop lantai depan aku tadi dah stop kejenyer.. bila aku tegur, aBANGLA tu cakap: "syok la keje sini.. dapat tengok macam-macam."DAMN!!! gadis-gadis tadi pakai legging sumanya!!

kenapa aku cakap superman?
Legging ni dah lama wujud sebenarnya.. aku pun ada banyak helai.. tapi! aku pakai kat dalam.. maklumlah, aku kan 'minah rempit'.. nak naik moto pakai baju kurung pegi kuliah tak praktikal kalau pakai kain dalam.. tetap terselak menampakkan tuttt!!! so, aku pakai legging menggantikan kain dalam...

TAPI!! fesyen sekarang legging nih pakai kat luar pulakk.. sebab tu aku cakap 'superman' versi perempuan dah muncul.. ramaiiii gilaaa yang suka pakai legging sekarang.. yang gila fesyen tu tak leh cakap apa la kan.. ni aku tengok ada jugak makcik-makcik jogging pakai legging.. aih! tak tau la macam mana aku nak describe betapa huduh mereka disitu.. mintak maap yer kalau ada yang terasa.. tapi memang huduh.. INI SERIUSS~

fesyen ni siap masuk paper lagi.. promote fesyen SENDAT!! lerrr, ni negara Islam ke ape nih? ketandusan idea sangat ke wartawan nak buat entri fesyen.. dah habeh pikior dah ke fesyen designer kat Malaysia neh?
dan yang paling penting kat sini, dah habis cara sangat ke nak CANTIK wahai MUSLIMAT yang pakai legging nih??
credit to: BLOG ANTI-LEGGING
cantik ker pakai legging? cantik la sangat sampai nampak line spender yang korang pakai kan... yang tak pakai spender tuh, haih! tak mau cakap la macam mana 'keindahan' dia...

aku tak cakap aku sempurna dalam tutup aurat nih.. tapi hari ke hari kita kena berusaha ntuk menjadi lebih baik.. bukan berusaha pilih fesyen yang makin lama makin gila.. cantik itu subjektif.. nak berfesyen, berpada-pada okey! peace!^^

17 April 2011

yong tau foo johor

semalam aku pegi MARDI, Johor. pergi melawat 'saudara-saudara' aku yang kurang kasih sayang kat sana.. on the way balek UPM, kitorang request singgah kat Ayer Hitam.. baru aku tau kat sini tempat orang shopping kerepek! banyak giler kerepek... murah, berbaloi-baloi... banyak jugak aku borong kerepek untuk jadi peneman aku study week ni.. first time aku jumpa kerepek perisa coklat.. sedap!
comey + sedap kerepek coklat! perak sebab tak pernah jumpa.. hahaha

sebelum shopping kerepek, aku+member2 len singgah makan.. disebabkan perak jugak tak pernah makan yong tau foo johor, aku batalkan niat makan nasi
ni la yong tau foo Johor.. diorang makan dengan sup!!! sedap!!!
siapa 'saudara-saudara' aku yang kurang kasih sayang kat MARDI, Johor???
ni haaa.... gedabak-gedabak.. sihat sumanya.. baru sampai dari South Africa neh
dapat tangkap anak kambing yang tomei!!

macam mana nak buat kotak dalam entri?

kotak dalam entri
 meh sini nak kabor macam mana nak buat.. senang jer, yang penting kena rajin + jangan pening dengan kod-kod yang pelik.. jom belajar!


step 1. dekat dashboard pegi ke layout ==> Edit HTML ==> tick Expand Widget Templates

step 2.then ctrol + f , cari
]]></b:skin>

 step 3. copy kod kat bawah ni, pastu paste sebelum/atas kod step 2 tadi
blockquote {
    margin: 10px 10px 10px 20px;
    padding: 10px 15px 10px 15px;
    line-height: 1.6em;
    color: #000000;

    background: #e0ffff;

    border: 2px solid #4aa02c;
    border-left: 20px solid #4aa02c
    }
 step 4. okey, sekarang kita belajar sikit
background: #FFCCFF; (ni background belakang warna oren) korang boleh ubah. contoh nak tukar color hitam tukar lah kepada #000000. nak color lain, sini ada kod2 color


Border: 2px solid #ff0d62; 2px ketebalan border. korang boleh increase nilai dia kalau nak border lebih tebal. color dia pun leh tukar kod macam background tadi

solid adalah garisan lurus. contoh ___________
dotted adalah garisan titik² contoh .........................
dashed adalah garisan putus² contoh _ _ _ _ _ _ _
 step 5. dah siap edit. save

step 6. pergi new post > taip la sumthing then highlite semua tu, click simbol kat bawah ni

tinggg!!!! ce preview! jadik tak?? selamat mencuba!

16 April 2011

najwa latif!!! awesome!!!!

ingat lagi tak entri siapa pandai main gitar bulan lepas???
sebelum ni aku selalu 'melilau' tapi tak pernah terjumpa pulak awek cun ni...
tiba-tiba baru-baru ni aku terJUMPA najwa latif..
superb!! awesome!!
okey, aku terjumpa kat YOUTUBE je.. huhuhu..
futher info bout her.. find on:
  • and ofcoz youtube. search for najwalatif. dengar lah sendiri 
  • senyuman beliau sangat manis... aku sangat-sangat suka tengok
pandai main gitar + suara sedap + muka comel... geram gila aku dengan budak nih.. hahaha... FYI, she's 16years old!!!!! budak pandai pulak tuh..
aku dah tengok semua video beliau.. semua aku suka.. tapi yang paling aku suka:

I did rectal palpation!!!

pengalaman pertama memasukkan tangan dengan sengaja ke dalam dubur lembu... err, dubur..???  =.=' okey, lebih tepat lagi rectum...

'rectal palpation' adalah salah satu pregnancy test yang dilakukan pada lembu.. boleh agak berapa bulan beliau bunting.. ada la tanda-tanda dia.. ianya cara yang paling cepat tanpa memerlukan kos!! tapi yang paling penting kena ada skill! macam mana? kena selalu praktis! practise may perfect kan?
muka tak boleh blah.. hahahaha
3 ekor lembu jadi 'mangsa' aku hari tu
dulu aku pikir tak sakit ker lembu tersebut bila tangan masuk kat dalam.. Prof cakap, lembu tak sakit, dia cuma rasa tak selesa SAHAJA.. macam kita jugak la Doktor sumbat ubat demam dulu-dulu dalam punggung, kita rasa tak selesa kan? unless kalau tangan yang masuk tuh ganas sampai buat rectum lembu luka, memang la lembu tu sakit.. so, aktiviti ni dilakukan dengan penuh sopan santun dan lemah lembut.. jangan risau, rectal palpation jugak tak merosakkan fetus (anak dalam kandungan) sebab tangan masuk dalam rectum, bukan dalam rahim lembu.. dan lagi skali sopan santun dan lemah lembut amat diperlukan di sini...

mula-mula nak masukkan tangan seriau jugak aku.. tapi dengan sokongan dan bimbingan Dr. Halimatun, I did it! dah masuk dalam tuh, aku kena guna segala ilmu yang dah aku belajar untuk IMAGINE, RABA, RASA dan CARI segala benda dalam tuh as tanda-tanda lembu mengandung..
celup tangan dalam gel yang bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan aktiviti 'meliwat lembu'
apa aku rasa bila tangan dalam rectum lembu:
- tahik lembu fresh dalam tu.. hahaha
- panas weh dalam rectum lembu! hahaha.. tak panas sangat.. tapi panas la jugak =.='
- bila tangan aku masuk, lembu tu kemut-kemut.. tangan aku dapat massage free.. hahaha

- susah sebenarnya nak cari tanda-tanda ibu mengandung.. experience tu penting! susah sebab tangan kena MEREDAH TAHIK dalam rectum tuh.. kena imagine, kat mana uterus, kat mana fetus, kat mana 'horn'..
tanda-tanda lembu mengandung yang dapat rasa pada hari ke 110
- sambil tangan aku explore, aku describe apa aku rasa dekat Prof.. then lastly, aku dapat rasa uterus!!! sangat teruja sebab kawan-kawan aku buat, ramai tak dapat rasa apa-apa dalam tuh melainkan tahik semata-mata.. hahaha
aku bagi pic ni sebab nak bagi korang paham.. paham tak macam mana aku leh dapat rasa uterus?saluran dia lain-lain tapi bertindih.. so kena meraba-raba la dalam tuh cari cervix, uterus, horn...
-dah puas meraba rectum lembu, keluar je tangan aku kebas.. haha.. betapa kuatnya contraction musle rectum lembu nih..
mangsa-mangsa liwat.. hahahahaha

15 April 2011

ada 1 benda pelik kat Malaysia bagi 'mereka'

kebetulan petang tadi tak ramai customer.. tengah best layan baby comel, tetiba mak dia datang then duduk kat meja paling dekat dengan Desert Centre McD.. lepas berkenalan serba sikit, tau lah aku beliau dari Iran.. nama beliau Kadeeja.. ibu muda, dan memang sangat cantik orangnya.. kalah Lisa Surihani.. err, sorry Kak Lisa! hahahaha... apesal dengan Lisa Surihani jugak aku nak banding.. haih!

Kadeeja: are you married??
aku: err... not yet.. aku tersenyum kambing disituh!
Kadeeja: you're frenly with my kid.. my kid doesn't treat others like you..
aku hanya mampu gelak jer time tuh.. speechless! wahahahahahahahahaha.. kembang gila aku kat situ!
Kadeeja: have you been Bazaar there??
sambil menuding jarinya yang cantik molek ke arah Timur. Bazaar yang dimaksudkan adalah Bazar Larut Malam atau lebih dikenali as downtown yang baru wujud depan The Mines beberapa minggu lalu...
aku: yup! why?
Kadeeja: I want to go there but it close.. when actually it starts?
aku: every nite bout 9pm-4am.. that's why we called it ''Midnite Bazar"
Kadeeja: what?? don't they sleep?? are there any customer coming late? I didn't understand why Malaysia have bazar system like this.. all activities must shut down after Maghrib.. in my country there is no open stall after 9pm.. its time to rest and sleep..
beliau geleng-geleng kepala.. sambil gelak sikit aku jawab..
aku: its normal here.. there's many midnite bazaar around KL..
Kadeeja: no! its not normal.. especially to you, a girl.. a girl must not going out from house at night.. its bad habit! 

akuc just senyum dan terdiam.. beliau sambung lagi..

Kadeeja: I know you are kind girl, I hope you wont go there anymore.. stay in your house till da sun rise, ok!

sambil tersenyum aku angguk-angguk.. dia tak tau aku keja kat Mcd tuh sampai kul 11pm.. huhuhu... rasa malu plak dia cakap keluar malam-malam tuh bad habit.. bila pikir balik memang betul.. tapi kita macam dah biasa.. em, harap ada rezeki jumpa Puan Kadeeja lagi lepas ni =)

13 April 2011

asingkan widget&entri dalam kotak

dua tiga kali nyahh aku tukar title untuk entri nih.. tak tau nak letak tajuk yang menarik dan paling senang korang paham.. atok aku penah cakap, a picture tells everything..
paham dah?? sebenarnya kalau aku tak letak gambar pun korang leh je tengok blog aku ni.. kemas kan?? walla, puji sendiri! so, macam mana nak kemaskan blog korang dengan mengasingkan setiap widget yang korang sayang tuh DAN setiap entri dalam kotak mereka masing-masing... meh sini nak kabor..

step 1: DESIGN > PAGE ELEMENT > EDIT HTML
sebelum buat apa-apa perubahan pada code HTML, better korang backup template blog takut-takut masa ber'eksperimen' dengan code yang pelik-pelik pastuh tak ingat, dahhhh! rosak blog korang.. bila dah ada backup, rasa rindu dengan template lama boleh guna balek, kan???

step 2: cari code kat bawah ni... nak senang, ctrl+F.. 'find' guna box yang muncul at da bottom of your screen
]]></b:skin>


step 3: dah jumpa kan? copy code kat bawah ni then paste atas/sebelum code dalam step 2 yang korang cari tadi...
.sidebar .widget {
background: #ffffff ;
border: 3px solid #FF0066;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 1.5em;
}
.main .widget {
background: #ffffff ;
border: 1px solid #CCCCCC;
border-bottom: 0px solid #CCCCCC;
margin:0 0 1.5em; padding:0 0 1.5em;
}
step 4: save template! ce preview apa jadi!

okey, sekarang masa untuk korang customize blog.. meh sini nak ajar apekah yang tersirat dalam coding yang pelik-pelik kat atas nuh.. senang nanti korang nak ubah pape...

.sidebar .widget { : ni la kotak gadget kt sidebar korang tu.
- kalau nak ubah warna latar belakang sidebar, tukar code yang warna biru tu
- kalau nak ubah warna border sidebar, tukar code yang warna hijau tu
- kalau nak adjust ketebalan border, adjust range 1-5 yang warna merah tu

.main .widget { : ni plak kotak untuk setiap entri
- kalau nak ubah warna latar belakang, tukar code yang warna oren tu
- kalau nak ubah warna border, tukar code yang warna ungu tu
- kalau nak adjust ketebalan border, adjust range 1-5 yang warna kelabu tu

faham tak? hehehe... kalau ada masalah pape, roger k!!! selamat mencuba! ^^

kerana mat lutfi

aku sula check kat nuff keyword apa readers refer dekat blog aku ni.. sejak dua tiga menjak ni gua prasan, eh! aku prasan keyword mat lutfi memang tak lepas dari blog aku.. aku rasa aku letak sekali je nama beliau hari tuh sekali dengan nama anwar hadi.. hahahaha...

tapi tak pe la, disebabkan ramai orang dok mencari mat lutfi ni, moh kita reramai pegi nonton video-video hasil titik peluh beliau... ni page mat lutfi @ youtube.. dalam page ni semua video dari #1 sampai latest punya..

yup! aku admire gila kat mat lutfi nih... aku jugak admire anwar hadi.. hahahaha

memang gila

Ya Rabbiiii!!! apa aku dah buat tadii... kalau kantoi tadi memang nayaa...
tak boleh tidor aku malam ni
aku dah buat keje YANG SANNGGGGAT GILAAAA tadii!!!! 
ala babe! tak boleh nak story kat sini..  memang tak boleh.. 

sorry buat korang bengang.. hahahahaha.. memang tak boleh story kat sini..
kena tunggu cerita panas ni jadi kenangan baru boleh story.. 
bila???
hari dimana segulung ijazah berada dalam tangan aku

!!ingatkan aku tau!!
aku story dengan pic as bukti nanti
aku simpan
=)

12 April 2011

tutorial tak menjadi: coding HTML dalam entri

dalam draft aku belambak-lambak entri tutorial yang aku tak publish... asal aku publish jer, coding-coding tuh hilang plak.. pernah alami masalah yang sama???
!!AKU ADA JALAN PENYELESAIANNYA!!
okey, macam iklan MLM
tu laa, dulu buang masa kat dalam toilet kan sebab tak nak duk dalam kelas.. kan dah terlepas tips-tips.. errr, ada ke korang amek subjek komputer SPM dulu?? ^^',

buat kengkawan yang baik hati nak kongsi tutorial blog atau dalam bahasa mudahnya tiru macam saya untuk mendapatkan blog chantek, meh sini nak kabor...
code HTML memang TAK LUT dalam 'posting box'. contohnyer, bila korang nak taip <underline> bila publish alih-alih jadi underline pulak... btol kan???

cara yang betul untuk buat entri tutorial senang jer..
step 1: buat rutin yang sama seperti korang menghasilkan entri baru
step 2: taip dulu suma-suma benda nak ditaipkan kecuali 'code HTML'
step 3: bukak laman sesawang ini yer, adik-adik
nanti ada kotak macam nih menjelma
step 4: 'copy paste' code HTML yang korang nak letak dalam entri KEDALAM kotak tuh
step 5: klik ENCODE
step 6: 'copy paste' balik perkataan-perkataan yang terhasil selepas 'encode' ke dalam entri korang tuh.. ce preview! ce preview! dah jadik kan!!! hoyeeee!!!
 lepas ni leh la publish tutorial yang berzaman 'bertapa' dalam draft nuh!!! hahahahahaha

KL drift ft. KL menjerit

dah termaktub dalam 'buku 555' 11 April 2011, 2PM hari yang dijanjikan untuk merempit ke tengah-tengah KL lagi skali. tapi kali ni alhamdulillah aku tak pegi merempit sorang.. rezeki dapat drift bersama cik paen.. cik paen as tukang tekan pedal, aku tukang tengok signbod.. hahaha...
aku tak drive sebab "P" untuk paen jerr.. hahahahahaha
25minit merempit UPM-Nilai campur 30minit U-turn sebab salah masuk higway, jodoh dan pertemuan menemukan lagi aku dan cik paen setelah beberapa tahun terpisah kat McD Nilai lepas cik paen habes kuliah.. dekat rupanya UPM-USIM nih.. tapi baru 1stime keluar bersameee..^^ lepas simpan moto aku kat rumah cik paen, kitorang start drift Nilai direct to HKL.. sesat 30saat, sebelum sampai HKL tapi tak sempat sesat sepenuhnya sebab alih-alih HKL kat sebelah kiri je.. thanx kat my Ryu Watanabe sebab tolong tadi!!!
 macam biasa.. tunggu turn nak dekat sejam nombor naik pastu 5 minit je jumpa doktor.. doctor said:
"rajin-rajin sapu ubat hoo.. benda ni memang lambat baik.."

lagi skali dapat gift dari HKL.. kali nih upgrade punya
setel keje-keje kat HKL, at last jemput hero kitorang hari ni... tadaaa! enchek loki! beliau hero segala-galanya hari ni.. tour guide pi KLCC, cameraman, hero welfare anjing, siap blanja Pizza Hut lagiii!! semoga rezeki ko melimpah ruah lepas ni enchek loki hehehe...
lepas makan, sesi bertukar-tukar 'info' sambil merehatkan minda sampai masuk maghrib.. sangat-sangat free kepala hotak nih tadi.. dah tak pikir pape dah... anyway, thanx a lot kepada mereka berdua ni yang menceriakan hari aku.. kalau tak memang tak tau la apa jadi dengan aku hari ni.. dah la KL hujan lebat nak mati tadi.. sayang korang!! Allah je mampu balas kebaikan korang! ^^
  • lepas ni nak plan baikk punya lepak dengan member-member yang lain!!! ^^
  •  kenapa aku pi HKL??? rawatan susulan dari all about vitiligo
  •  untuk yang masih mencari cara 'sorok vitiligo', klik sini penyamar vitiligo

10 April 2011

LEGA bila 2 member kembali ber'member'

aku sampai sekarang serba salah sebab aku macam punca ada jurang antara diorang nih.. AA aku define as bakal doktor, NS pulak bakal meletakkan diri 'dalam komuniti' ubat.. 2-2 orang nih aku kenal dah lama dah. sama-sama berjuang satu masa dulu, cuma sekarang terpisah bawak haluan masing-masing.. tapi, kami tetap KAWAN macam dulu.. aku bangga ada kawan macam AA + NS

baru-baru ni, bila konflik timbul, AA datang cari aku. sebagai seorang kawan yang sangat kenal perangai dua-dua orang ni, aku try bagi cadangan.. siap tolong AA lagi.. tapi hasilnya sebaliknya pulak.. aah! sudaahhh! hahaha.. apa ntah yang aku buat selama ni..

tapi lepas beberapa hari aku jadi orang tengah, eden torai bawak situasi back to normal, alhamdulillah... semuanya jadi macam biasa balik.. dah tak ada jurang.. dah kawan macam biasa.. dan aku pun dah tak dak rasa serba salah sangat.. semuanya bila masing-masing berfikir secara matang.. pergh! matang sangat la aku ni!
dalam hal ni, sekali lagi aku sedar, manusia ni rambut ja sama hitam, tapi hati dan fikrah masing-masing..

to both of them, kita semua kawan dari dulu dan sampai bila-bila.. jangan cepat melatah, k.. setiap masalah ada jalan penyelesaian.. hilang sahabat lagi pedih daripada hilang kekasih, kan? =)
KAWAN ibarat tangan dan mata
bila tangan sakit, mata menangis
bila mata menangis, tangan kesatkan air mata

09 April 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

Tarikh tutup 11.59PM, 23 April 2011

aku join contest lagi... oh yeah! disebabkan ada pic yang sesuai untuk contest ni, maka tangan aku pun gatai nak masuk..  thanx cik Alynaz sebab beliau yang ajak aku join contest ni dan beliau jugak telah menyumbangkan diri beliau sendiri untuk pic contest ni. hahaha.. so, aku pertaruhkan pic ini :


kitorang dalam restroom kat Bangi Golf Resort, tengah bersiap-siap lepas betungkus-lumus setting PA system untuk majlis malam tu.. sementara tunggu tetamu+member2 lain dari UPM, kitorang sempat berposing sakan dulu kat area BGR ni.. 

maklumat lanjut pasal contest ni, terjah tuan contest: xcyber

mereka memang rajin join contest (:

06 April 2011

today was a fairy tale

aku tak pernah minat lagu English macam aku minat lagu ni.. layan... =)
Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand and you picked me up at six
Today was a fairytale

Today was a fairytale

Today was a fairytale
I wore a dress
You wore a dark grey t-shirt
You told me I was pretty when I looked like a mess
Today was a fairytale
Time slows down whenever you're around

can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Today was a fairytale
You've got a smile that takes me to another planet
Every move you make everything you say is right
Today was a fairytale
 
Today was a fairytale
All that I can say is it's getting so much clearer
Nothing made sense until the time I saw your face
Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around
Yeah yeah

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around
I can feel my heart
It's beating in my chest
Did you feel it?
I can't put this down

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Prince nak promote header saya yang CANTIK!!! dan 'hensem'

1. 

2. 'putera' datang 'lamar' aku tetiba tadi (2.20am lebih kurang).. iyer! beliau datang sendiri kat aku.. haih! terharu! terharu! hahahaha.. mula-mula agak blurr, rupanya beliau buat segmen.. sekarang memang musim anugerah sana sini, kan? hehehe.. seperti yang terpacak kat atas, ni header aku.. aku rasa yang ni paling stylo dlm byk2 header...


3. tajuk entri mesti sama! tp aku gatal-gatal tangan jugak tambah "!!!!" tak pe kan??? hehehe... a

4. sebab kenapa enchek prince kena promote header aku.. sebab,  dalam banyak-banyak header, header ni paling lama nak terperoook kat dalam folder tak siap-siap dan paling yang aku sayang.. lagipun, enchek prince sendiri bentang karpet merah, ofcoz la aku sangat-sangat menghargainya!! =)

5. dah lama follow enchek prince ni.. sejak beliau bagi tutorial blog.. kan? kan? kan? hehe

6. aku join under katogeri 'perempuan'... opkoz lah! hehehe..

no.7 nih KIV.. ini tugas Enchek Prince kita.. hehe

8. DONE!!!

segmen ni bukak sampai malam esok je.. sangat-sangat terhad.. sapa nak join, 'misskol' enchek prince yer!
!ARIGATO GOZAIMASU, ENCHEK PRINCE!

02 April 2011

cabar diri sendiri: sendengkan air tin yang masih berisi

weekend kali ni blok kediaman aku ada karnival.. banyak aktiviti yang akan ada.. malam tadi, ada 1 aktiviti yang aku tak pernah jumpa dan memang best! tahniah kepada AJK yang menjayakan program ni...
air tin nih berdiri sendeng!!! gambar ni bukan gambar edit.. tin yang tengah sendeng ni tak dok orang pegang apatah lagi sandar dengan apa jua benda.. tin ni still dalam keadaan sempurna, tak dok kemek-kemek kat tapak.. dan, tin ni masih ada air dalamnya!! memang tin ni disendengkan begitu rupa.. macam mana nak buat??

pengadil pertandingan just bagi hint: 100ml.. masing-masing dok keluar teori sendiri tadi.. at last, memang betul.. minum air tin ni (kalau buang, sayang. so better minum) agak-agak air dalam tuh tinggal lebih kurang 100ml.. then, try sendengkan tin tuh macam pic nih, slow-slow lepaskan tangan.. tin akan berdiri sendeng!!

mesti boleh!!! try la, seronok!!

01 April 2011

30-days challenge: #day 30

Q- Who are you?
okey! the last Q for this segment!!! harap-harap Cekgu Sulhi bagi A! hahaha

I AM
  • a daughter 
  • an eldest sister
  • a friend
  • a student
  • a partner
  • a wife-to-be
I AM SITI NUUR HIDAYU BINTI MUHAMMAD
!never being others!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...