28 February 2011

30-days challenge: #day 12

Q - How you found out about blog and why you made one
zaman kat matrikulasi dulu dah tau pasal blog ni dari ustazah tapi tak tau pulak blog ni boleh buh macam-macam. ingatkan blog ni fokus as 'bahan ilmiah' je.. haha... terbayang blog ni macam jurnal...

bila masuk U, baru la kenal dan bercinta dengan Blogger ni.. itu pun amek semangat nak buat blog dari my besfren, cik iyila. tengok blog dia chomel, lastly, aku decide to make one! lagi satu sebab, kat U ada wifi! senang nak hupdate.. hahahaha...

kenapa buat? nak kata melatih buat karangan, ada kot. train myself speaking in the way of writing, emmm... boleh la kadang-kadang.. banyak tujuan, tapi nak list kat sini macam susah ja.. lagipun banyak benda sulit! hahaha.. takde la, blog ni mengisahkan kisah aku selagi mana aku hidup. ilmu yang tak seberapa, pengalaman yang aku ada, suma aku kongsi =)

masih dalam wad

curi ambek pic report doc dalam wad
i'm back! setelah buat percaturan dalam 30 minit, maka aku balik kampung sehelai sepinggang jumaat lepas. turun bas je, my big bro jemput then terus pi Hospital Taiping, wad D6 katil 13. hasilnya, pic di atas.

cerita abah:
"..dah 9 tahun mak hang ni bergantung dengan ubat hospital. then bulan lepas ada doc Homeopathy buat rawatan untok orang kampong. doc tuh cakap ubat hospital buat badan mak hang 'manja'. asyik ambek insulin dari luaq ja. so, ubat homeopathy nih macam nak 'latih' organ mak hang function normally. tapi mak hang tak mampu.. dat's why paras gula naik mencacak.."

p/s: siti mintak maaf sebab dapat jenguk mak untuk 3 hari 2 malam ja.. siti doakan mak cepat sembuh + cepat keluar dari wad. aiman dah kurus sebab seminggu tak makan masakan mak! =')

27 February 2011

30-days challenge: #day 11

Q - Another picture of you and your friends
Sekolah Bestari untuk anak-anak pegawai Felcra
Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir
 pic lama ni.. winduuu sangat-sangat dengan warga Lekir. 
tak nampak aku mana 1? pandai-pandai la cari.. pic ni kenangan zaman aku duk hostel kat Sitiawan, Perak. masa ni aku baru darjah 5. kecik-kecik dah dok hostel.. baik kan aku? hakhakhak

24 February 2011

mak saya masuk hospital

tett tett! tett tett! nama 'Padel' terpampang kat skrin handphine cikai aku
" ct, mak masuk spital. gula mak naik 5kg "

time nih la keluaq lagu ummiku sayang dalam kepala.. waa... rasa nak balik sekarang jugak!!! abang aku cakap jangan risau, mak dah ok.. cuma kena tahan kat wad lagi la..

mak ada kencing manis... dulu tak ada, tapi start mak mengandung adik aku no.4, terus wujud kencing manis. adik aku tu terpaksa pakai spek power 1000 untuk dua-dua belah mata since umur dia 5 tahun kesan kencing manis ni!
info: diabetes semasa hamil
mak! rindu sangat kat mak!
anak-anak dara Pak Cik Mat.. yang baju biru tu the one yang kena pakai spek power 1000.
now she's 16years old already!
doakan mak aku sembuh and cepat-cepat keluar dari wad ye!

30-days challenge: #day 10

Day 10 - Songs you listen to when you're happy, sad, bored, mad
happy - ofcoz akan dengar lagu-lagu feveret! 
Warna-warna cinta-Brothers
permataku-Mirwana
 Andai-Amy Mastura+Anuar Zain
Melihat Bintang-Hafiz Hamidun
banyak lagu lagu-lagu feveret... tak larat nak list

sad - kalau sedih sebab kawan, lagu Sahabat Sejati-UNIC
kalau rindu family, lagu Aku Merindumu-Devotees

Bored - selalunya aku akan bukak lagu-lagu Hindustan laa.. hahaha

mad - bukak lagu-lagu kumpulan Hijjaz sebab semua lagu-lagu dia akan wat hati aku yang tengah marah jadi lembut.. suara dia Ustaz Munif sedap!!!

lagu bahasa omputih memang aku jarang dengar.. tak boleh nak layan la.. huhu

[1] hadiah dah sampai!!!

Thanks a lot auni_miyukie a.k.a Cik Senun!!!!!!
hadiah contest If I Have RM100 dah sampai! panas lagi ni! baru amek tadi kat kaunter kolej.
even aku menang saguhati je, tapi teruja sangat dapat 1st present dari kawan blog!
nak tengok hadiah ape?
pakcik kerani: pakwe pos hadiah ke ni?
aku: aah, pakwe........... hahahaha
see! comel! suka sangat!  
terus aku guna untuk hias atas meja stadi aku.. meja stadi aku kena cantik+kemas+attractive
baru ada semangat nak stadi.. hehehe

23 February 2011

korban hari ini

hari ni macam biasa setiap hari Rabu wajib jenguk anak-anak.. sedih!!! hari ni kena korbankan seekor lagi anak ayam sebab beliau sakit.. takpa-takpa, minggu depan ada sesi vaksinasi lagi...
see! sedey~
hari ni anak-anak suma makin membesar.. berat average dah cecah 450g.. tak sabar nak tunggu diorang ni besar.. geram tengok peha anak-anak ayam ni!
diorang da x makan dalam bekas plastik da. diorang da besar. so, bekas makanan pun kena besar jugak

30-days challenge: #day 9

Q - Something you're proud of in the past few days
ada 1 kejadian yang buat aku TERsangat bangga baru-baru ni! tapi bukan masanya untuk aku cita sekarang.. hehehe.. emm, so sekarang yang aku boleh bagitau, aku berjaya keluaq dari kepompong diri aku sendiri..

daripada sekolah sampai lah aku masuk U, aku tak dapat rasa berdikari yang betul-betul kaw! sampai lah aku tekad nak buat partime kt MCD. sorang-sorang! itu yang aku bangga! sebelum ni aku sentiasa bergantung kat kengkawan sebab aku ni suka buat perangai malu tak bertempat.. bila dah sengsorang partime, takde geng.. baru la rasa ada yakin sikit nak berdepan dengan orang ramai/masyarakat...
aku harap skill komunikasi aku terus berkilat since aku buat partime ni

22 February 2011

3 idiots

sapa tak tengok lagi movie ni angkat kaki cepat!!!! waaaa, ramainyer!!!
terbaik dari ladang!!!! okey, aku bagitau siap-siap, ni hindustan punya cita... tapi! tak sama macam suma cita hindustan yang korang tengok sebelum nih golek-golek atas padang, tukaq baju 4,5 pasang dalam 1 lagu... aku kasi 6/5 bintang!!! sebab aku suka sangat isi penting yang cita ni nak sampaikan... kalau nak compare cita 3 Idiots dengan Slumdog Millionare, 3 Idiots LAGI BEST!!

cita nih buat aku menangis + senyum + gelak sakit perut!!! cita nih complete bagi pengajaran life as a student, a good friend, a soleh son, and ada selit-selit jugak as a lover yang setia... ada 1 benda dalam hidup ni cuba dibetulkan melalui filem ni.. malas la nak cita panjang-panjang... nak tau, korang tengok sendiri!!!

30-days challenge: #day 8

Q - Short term goals for this month and why
ayat skema: berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan yang memerlukan komitmen yang tinggi sebagai mahasiswi dan kuli MCD

why?
ya la, 1st try aku buat partime sambil study.. tak tau la setakat mana kemampuan aku. aku harap aku boleh control life aku.. lagipun takde la letih sangat pun kerja.. bukan kerja fulltime.. cuma kena korbankan masa tidor siket la kalau ada assignment ke hape kan..
aku kerja nih pun sbb nak buat saving untuk kawen.. betol laa!! ingat aku maen-maen ke?? nak kawen awal kena la kumpul duit sama-sama.. hehehe... lagipun kalau nak harap duit PTPTipu mana cukup.. yuran saja dah RM2000 lebih setiap semester. iyer! yuran UPM paling mahal ye, anak-anak sekalian... so, tinggal berapa kerat ja la PTPTipu... nak buat camna, JPA tolak lamaran aku.. redho ja laa...

emmmm, doakan aku yek!

as mcd trainee

hari nih hari pertama mula kerja kat MCD, Mines... untuk 2 hari pertama, aku kerja 4 jam untuk belajar benda-benda asas. minggu depan barulah aku didaftarkan secara sah as crew MCD..

hari 1st manager letak aku kat DC ( dessert corner ). korang ingat senang ke putaq-putaq aiskrem MCD tuh? susah woooo! so korang jangan komplen-komplen ea kalau dapat ais krim yang rupa tak sehebat gambor iklan.. baru aku dapat merasa tadi penat orang yang membuatnya..
suma aiskrem-aiskrem ni aku kena buat tadi..
tersangat lah konpius utk hafal topping yang ada... sabor je la
thanx a lot kat akak minachi yang sentiasa sabar ajar aku cara putaq aiskrem tadi. banyak kali aku buat tak jadi.. pastuh ada yang salah bubuh topping la.. adoi la~ gabra punya pasal.. aiskrem-aiskrem yang tak jadi suma masuk dalam mulut tong sampah! nak nangis aku tengok.. sangat membazir! nak makan sendiri pun tak boleh.. 60% jugak la tong sampah tu berisi dengan aiskrem yang tak jadi diputaq.. nak amek gambar tak boleh, hp+dompet suma manager pegang siap-siap.. habes kerja baru leh tuntut.. makanya tak dapat la nak tengok aku beruniform MCD, ye dak? hahahaha

30-days challenge: #day 7

Q - A picture of someone/something that has a big impact on you
OFCOZ MAK + ABAH!
sentiasa ada kat mana-mana gambar ni... dalam dompet, atas meja study, dalam seat moto, ect


pic ni pun! hehehehe

21 February 2011

Faceblog!!!!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

20 February 2011

30-days challenge: #day 6

Q - Favorite superhero and why?
errrrrrr... mesti korang kutuk aku habeh-habeh bila tau sapa fav superhero aku.. okey2, aku tunjuk.. It's him!
awww! kaki aku leh lembik kalau dia senyum depan mata aku macam ni!
gelak la puas-puas! wekkk! nak buat macam mana... aku suka lakonan beliau... bagi la watak apa-apa pun kompem menjadi! dan lagi satu fakta, suma filem dia meletup. cuba bagitaw aku filem apa yang tak boring bila SRK jadi hero???

1st time aku terjebak dalam dunia Hindustani nih masatu aku Darjah 3! aku ingat lagi, Kuch Kuch Hota Hai cita paling awal aku tengok. lepastuh Dil To Pagel Hai... kalau nak list semua filem dia panjang lebar entri kali nih... tak pa la, laen kali aku cita pasal filem-filem dia...

aah! Datuk SRK ada kat Melaka sekarang! shooting Filem Don 2... dengar kata aktor ganteng Malaysia pun dijemput berlakon jugak dalam filem nih... nak tau sapa, tunggu filem Don 2!!!

p/s: kalau la boleh pi Melaka sekarang~

19 February 2011

mintak izin sepak mulut kau boleh?

memang HARRRRRrus lah aku marah, kan!!! sembuq asap durjana tuh depan muka orang.. kalau nak mati sangat-sangat pun PI MATI SORANG-SORANG cukup la... jangan nak seret aku..

abah pun isap rokok jugak, tapi tak pernah dia isap depan anak-anak dia
duwey pun isap rokok jugak tapi tak pernah isap rokok depan aku

30-days challenge: #day 5

Q - A picture of somewhere you've been to
 Pantai Apa Tak Tau Nama Dia, Port Dickson.. di kala bulan tolong muntahkan cahaya matahari, madah-madah sumbang sang arjuna turut kedengaran! pergh! ingat aku kutu rayau ke senang-senang lepak tepi pantai tetengah malam?

ni aktiviti tidur paling bajet = tangan ke daada, mata ke atas. eh! bukan.. tidur berlapikkan bumi, berbubungkan langit! aku tidur dengan family aku la! ni semua cadangan gila abah.. tapi best! 1st time dapat tidur kt tepi pantai macam tuh.. bentang tikaq ja, krroooohhh sumanya....

bukan tidur lama pun, ni sebab ada 3 jam ja lagi nak subuh.. time nih baru lepas hantar Fadhil kt KLIA bulan 12 hari tu.. lepastuh, nak menyinggah rumah makcik kat Port Dickson, alih-alih sampai awal pulak.. segan la nak pi ketuk rumah orang pagi-pagi buta... makanya berkampung lah kami 3 kereta kat tepi pantai indah ciptaan Allah dicemari dengan monyet-monyet yang sedang berasmaradana...
ni la antara orang-orang yang berkampung bersama aku. ni kat KLIA. tak sampai 3 bulan Fadhil kat Mesir, ada rusuhan pulak... sekarang beliau masih di rumahku syurgaku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...