27 January 2011

penyamar vitiligo

vitiligo? iyer, aku salah sorang mangsa.. dulu aku dah cerita pasal vitiligo ni. korang selak la balik all about vitiligo kalau nak tau/lupa..

masa otw balik kuliah tadi, aku jumpa anak dara tepi longkang nangis. katanya sangat malu sebab beliau mangsa macam aku jugak. aku faham jiwa seorang gadis comel macam aku jugak ni. aku tau sekarang gadis ni mengalami tekanan jiwa stage 5 macam aku jugak dulu-dulu. disebabkan aku nak berak cepat sangat time tu, 10 saat je aku pujuk:

" dik, ini link blog akak. bukak+baca. kalau adik baik hati, follow skali tau!”

ok, is0-isi kat bawah ni khas untuk gadis tue
tajuk: merujuk perkara di atas
objektif: menyamarkan tompok putih
bahan/material: bedak muka mahal, concealer 
(rujuk gambar di bawah)DSC02104*concealer boleh dibeli @ Watsons berdekatan. hanya RM8!! tapi kena sesuaikan dengan kaler muka korang la

prosedur:
1. bersihkan muka dengan pembersih muka + air yang bersih
2. pakai foundation. (step ni boleh skip kalau tak de foundation)
3. tempek concealer di bahagian putih tue (rujuk gambar dibawah)DSC02101

4. tempek bedak muka mahal  sampai rasa dah cun

hasil: tadaaa! korang dah cun macam aku!
nota: gambar dibawah tiada unsur edit-mengedit
asdkonklusi: jangan cepat tension. setiap penyakit ada ubatnya. p/s: doakan aku sembuh dari penyakit ni

25 January 2011

Be urSelf Contest

contest_1
pesan tuan punya contest: “pic korg posing ngan cara korang. BE Urself. Minimum pic: 1 dan Maximum pic: 3”
DSC01310
ALWAYS BE MYSELF…. with my family
2 pasang kaki gedabak berjaya dirakamkan @ Cameron Highland. Hari Keluarga Felcra Berhad! turut ada dalam gambar nih adalah staf-staf Abah.. betul! mereka-mereka ada kat belakang pintu tuh…
jangan tertipu dengan gambar, iya! di sebelah aku itu adalah adik aku yang no.3. bukan Farid Kamil. aku ulang, bukan Farid Kamil.
- aku seorang anak perempuan yang malas tapi rajin, tak suka memasak tapi tetap memasak, tak suka mak berleter tapi hari-hari wajib untuk mak berleter
- aku seorang kakak yang garang tapi amat sayang adik-adikku
-aku seorang adik yang lemah lembut tapi  kasar dengan abangku

Image703
ALWAYS BE MYSELF…. with Ryu Watanabe
kenangan time boleh lunch sama-sama dengan Ryu Watanabe. yeah! it’s me! gambar haram nih.. gambar ni diambil tanpa kebenaran. sambil tunggu kehadiran nasi ayam, sambil dengar leteran beliau. sekali lagi, jangan tertipu dengan gambar! tangan aku sedang menutup telinga, bukan menopang kepala.
- aku suka belahak kuat-kuat lepas makan
- aku suka gelak kuat-kuat
- aku suka lempang Ryu Watanabe. Ryu Watanabe pun suka lempang aku.. sweet kan? kami ada persamaan!

0526
ALWAYS BE MYSELF…. with L.I.S.A
rindunya kat hangpa (T_T)
sempat lagi posing @ USM hostel sementara tunggu lif. kebenarannya, kami tertinggal beberapa lif sebab nak dapatkan shot terbaik. kamera duk atas tebing sebab tak ada manusia wujud ketika tu selain kami ber4. kenangan sebelum ‘kemalangan ngeri’ berlaku di Batu Feringgi. oh ya, kami menginap secara haram 1 malam kat bilik Sulhi time nih.
- aku paling cun antara 3 orang gadis cun ni
- aku paling selebeh + lalai antara 3 orang gadis selebeh + lalai ni
-kita sahabat sejati. kan LISA?

keterangan lanjut: hubungi  INTAN HAIRANI
KEPADA: cik sulhi dah buat dah… cik alya, cik lynn, cik iylia, cik paen…. kalau nak hadiah jum join.. hahaha

24 January 2011

hari ni baru aku sedar

1. Dr. Halimatun bukan seorang wanita yang kejam terhadap student-studentnya. beliau seorang wanita yang sangat baik sebab beliau pujuk aku time aku nangis kat luar lecture hall tadi macam mak pujuk anak! thanx Dr!!!

2. ‘lol’ is stand for Laugh out Loud! itu pun lepas gi baca blog anak uncle usop

3. lepas merempit UPM-KajangUPM, baru realise moto aku ada taik burung

4. mangga solex yang mahal aku letak dalam raga moto hilang. cis! sapa yang kebas nih!

5. esok hari Selasa.. report tak siap lagi!!!!

Contest " If I Have RM100~ "

hari nih aku jenjalan pergi blog orang mesti jumpa contest.. memang tengah mood baek punya sekarang sebab tuh aku join.. hehehe…

l

IF I HAVE RM1OO, I will give RM1 to each my followers!!! ok tak?? hahaha…. tapi nanti aku disqualified pulak untuk contest nih sebab syarat contest nih:

kena Upload pic barang aku teringin tuh. so aku tarik balek kata-kata aku tadi ea! hahaha…

kalau aku ada RM100, aku nak shopping cardigan banyak-banyak! sebab sekarang nih aku makin malas nak iron blouse bagai macam dulu-dulu..
tambah-tambah time nak cepat just sarung cardigan je kalau time tuh tengah pakai tshet lengan pendek.. lagi satu, takyah beli tshet lengan panjang mahal-mahal da.. beli tshet RM5 banyak-banyak then suit jer dengan cardigan.. wah! kantoi lak beli tshet RM5!!! hahaha

dsfdgersg

keterangan lanjut: hubungi  aunimiyukie 
KEPADA: cik alya, cik lynn, cik iylia, cik sulhi, cik paen…. kalau nak hadiah jum join.. hahahaha

FARA FIRST GIVEAWAY!!!!!

16122010253
1) dah kompem-kompem kena jadi follower cik fara yang comel ni… <----- tengah bodek.. haha
2) letak banner contest nih dalam entri+sidebar.. 
3) pic yang  dipertaruhkan haruslah mempunyai simbol "peace"... aku pertaruhkan pic nih sebab dalam banyak-banyak pic, pic adik-adik aku ni yang paling comey ‘peace’nye.. buleyh kan cik fara? tak semestinya pic sendiri kan? hehehe
1_864460197l
4) pic yang dipilih akan dinilai berdasarkan korang punya kreatif... edit segala bagai dibenarkan.
maklumat lanjut: KAT SINI
KEPADA: cik alya, cik lynn, cik iylia, cik sulhi, cik paen…. kalau nak hadiah jum join.. hahahaha

22 January 2011

anak yang istimewa

“nama saya Haikal. saya sakit mata. saya asal Baling, Kedah. saya suka duduk kampung. tapi satu je tak best. orang bandar kalau mati masuk suratkhabar, tapi orang kampung tak pun”

DSC02086

hahaha… seryes aku gelak pecah perut bila dengar budak ni cakap camtuh.. Haikal nih pemalu sket daripada 2 orang budak yang sakit mata tapi hyperactive. tak larat da nak jaga. atlast lepak dengan Haikal je….
Alhamdulillah, selesai sudah Program Tunas Kasih bersama anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah pagi tadi.. apa yang dirancang sumanya berjalan dengan baik.. harap lepas nih program mingguan yang akan menyusul dpt dilaksana… *ayat skema dari setiausaha agong program*

alya da hampir-hampir menitis air mata dah bila Haikal cakap sumthing.. nak tau? tunggu cerita dari alya plakkk~

bukan comel, cantik+hensem sangat budak-budak nih. seryes! aku sempat kenal beberapa orang je hari ni sebab aku kena jaga budak sakit mata. kena kuaratin dengan budak-budak lain yang tengah main game. harap-harap aku + alya sakit mata jugak.. leh ponteng kelas! hahahaha

sempat g terjah kejap tengok budak-budak yang lainDSC02090

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Northern india cuisine

“Letti Soup”DSC02063”Hydrebadi Vegetable with chicken Masala and cucmber Haita”DSC02069”Sweet mango Lassi”DSC02070

amacam? terliur tak? ingat cik lynn sorang je ke leh masak benda-benda macam nih? aku pun boleh tau! hahaha.. takla, ini special lunch dekat Dewan Bouqet UPM.. sebenarnya ada Appertizer, tapi time tuh tengah kebulur gila kan, tak sempat nak snap pin enchek perut dah sebat.

free? toilet pun da 50$ sekarang.. mesti la bayar! tapi dapat student price, memang puas hati! perfect! sekali sekala leh la semata-mata nak melayan enchek perut yang dah berkhidmat 20 tahun untuk aku.

one of my fren yang ambek kos lebih kurang macam cik lynn kita tuh yang jemput.. bukan sehari je.. sapa nak makan hebat macam makan kat hotel 5 bintang, meh le reramai datang UPM. kalau tak silap hari Rabu minggu depan themenya Italian Food!

nak jugak interprem! hahahaDSC02068

wd

kedai mamak no.1

alaa.. cute la tuh wat muka seposen tuh! haha.. sumpah sedap menatang nih!
sedapnyer!!!!

alya da tak sesabar da nak ganyang capattiDSC02083

tetap ayu even kat kedai mamak.. ceh!
DSC02085

muka-muka puas dapat merempit g kedai mamak berhampiran.. malam je, kompem lapar pastuh mengidam macam-macam.. bukan makan roti tangan mat berbulu ni je, siap dengan kepak+pedal madu lagi!!
seryes ilang sesaat tension yang melanda diri... thanx to Alya, my dearest partner!!!

buat loki, see! aku x tipu la aku lepak dengan alya!!! hahaha
-kami makan roti ala india ni tepi meja mat-mat indon yang order segelas air je
- tengah makan tetiba ada orang jerit marah-marah! siap dengan bunyik ketuk meja! rupanya team Qatar dapat rogol gol team Jepun
- well, ice kacang spesel durian belanda tuh kami kongsi!!! baru betul-betul ukhuwah! hehe... padahal tak larat nak ngabehkan

18 January 2011

bodohkah aku?

topik ni bertemakan kawan.. aku suka cakap pasal kawan kan? kat sini aku nak bagi 3 golongan... renung dalam-dalam.. jangan tuding jari, cuba jujur diri sendiri... kita tergolong dalam golongan mana....

1. bila kawan buat jahat kat kita, kita balas 2x ganda jahat kat dia balik.

2. bila kawan buat jahat kat kita, ah! lantak la... malas la aku nak layan kau lagi

3. bila kawan buat jahat kat kita, ofcoz kita rasa marah, kan? manusia biasa tak boleh lari daripada marah. tapi lepas marah hilang, kita dah boleh berfikir secara rasional.. kita maafkan kawan kita tu.. tak perlu masam muka.. tak perlu membenci... tak perlu mencaci...

seorang saudari gelakkan aku lalu berkata: "bodohnya ko biar orang buat jahat kat ko!"
bodohkan aku kalau aku cuba menjadi orang dalam golongan ke-3???
jauh dalam hati aku: kau sebenarnya yang bodoh, wahai saudari!

Program Tunas Kasih

ptk

patik membawa amanah sebagai setiusaha diraja dengan ini mengumumkan perubahan pada tempat untuk geng-geng patik menghulurkan bantuan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. hatta dahulunya Rumah Anak Yatim Darul Izzah arakian kini adalah Kompleks Kebajikan Rukaiyah.

dengan besar hatinya, jika ada sesiapa yang besar hati ingin menghulurkan sumbangan, boleh la menghubungi bendahari agong patik.

AIN: 0134425614

perasmian akan berlangsung pada 22 Januari ini. tetapi kepada yang tidak berkesempatan, usah berduka kerana program ini berterusan sehingga infiniti masanya. jika ada masalah atau pertanyaan, langsungkan soalan itu di kotak pertanyaan di bawah.

terima lah kasihku

16 January 2011

“aku suka kaki ayu’’

lipo

kehadapan ayu yang comel kakinya, I will sing a song special for you, ayu!
“ayuuuuuuuuuuuuuu~
aku suka kaki ayu…..
walaupun kau tak suka aku…..
aku tetap mencari kakimu……
terima kasehhhhh!!! I love you, kaki ayu!!!”

-lagu kebangsaan lipas di kawasan Serdang, Selangor. mereka sentiasa bersiap siaga untuk tidak melepaskan peluang untuk mencuri masuk ke dalam seluar seorang gadis comel. jadi, kepada gadis-gadis comel sahaja. berhati-hati apabila berada di kawasan Serdang, Selangor!

cerita lipas lama

14 January 2011

bila nak berakhir penderitaan ni?

PADA satu-satu ketika dalam hidup mereka, ramai wanita yang mengalami infeksi atau jangkitan pundi kencing. (aku lah tu!)Dalam kebanyakan kes, ia tidak serius dan pulih dengan rawatan. (alhamdulillah)

kebanyakan infeksi bermula dari bahagian bawah di mana kuman memasuki uretra dan terus ke pundi kencing. Infeksi pundi kencing dinamakan sistitis. Kadangkala uretra juga boleh dijangkiti, ini dinamakan uretritis. Kuman akan terus mara ke buah pinggang dan infeksi pada organ ini dinamakan pielonefritis. Wanita senang dijangkiti disebabkan oleh uretra mereka yang pendek sekali gus membolehkan kuman mara ke buah pinggang dengan senang dan cepat (oh! begitu! patutlaa)

Sekiranya kehadiran bakteria menjadi serius, pesakit akan mengalami keadaan seperti:
- Sakit di bahagian belakang serta sisi badan
- Terketar-ketar
- Demam
- Rasa mual
- Muntah
(memang pun!!!! sangat penat dan sakit belakang sekarang!!!)

macam nih kot keadaan aku sekarang

Sekiranya doktor merawat anda dengan antibiotik, pastikan ubat tersebut dimakan dengan betul. Anda juga harus tahu jenis dan nama ubat yang diberikan untuk rawatan.
(hehehe…. okey, dah dapat antibiotik dah tadi! Nyah-Nyah)

sumber: utusan.com.my

13 January 2011

aku tak pandai jaga laki???

tiap-tiap 2-3 bulan wajib aku spend RM untuk laki aku.. kadang-kadang sampai beratus-ratus..  dah la aku tak tau sangat benda apa yang laki aku tu perlu tiap kali nak pakai duit.. tau-tau ja dah keluar berkeping2 kertas biru dari dompet…
sayang katakan.. lagipun tiap-tiap hari dia berkhidmat untuk aku.. kalau aku tak jaga laki aku, sapa lagi nak jagakan? ohooo! tak sanggup bagi kat janda hangat… apatah lagi anak dara..
sian laki aku tadi masuk wad.. doktor yang rawat dia tadi kasar betoi! dah la kutuk aku tak pandai jaga laki! rasa nak lempang ja itu apek!
DSC02052

yang kaler biru tu la laki aku.. hehehe

BLOGGER GEGARKAN 'U'

dah kali ke 2 dah ni buat entri macam ni.. hehe.. tapi tak pa, ni khas untuk Enchek Ben Ashaari pulak

Belajar mana = Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Jurusan = Sains Haiwan
Tahun =2

Asal mana = lahir @ Pahang (kampung mak), stay sekarang @ Selama, Perak. adil kan? hehehe
Umur = 20. tak masuk 21 lagi =)

Kenapa amik jurusan ni = sebab tak layak dapat veterinar.. hahaha... takdelah, sebab dalam jurusan nih ada 2 benda yang aku minat + nak buat 1 hari nanti : binatang + bisnes

Cita cita = isteri yang solehah. hahaha... mestilah seorang bisneswoman! insyaAllah kalau ada rezeki sebab aku tak minat kerja makan gaji. tapi tengok keadaan, kalau si suami cakap kerja cikgu la senang, so isteri yang solehah ni akan kerja cikgu la.. hahaha 

aku nak baby jugakkk!

kepada yang berkenaan, sila hayati tajuk diatas dengan baik… hahahaha…hampeh!


petang tadi aku sempat melawat jiran sebelah bilik memerangkap senior aku @ Hospital Serdang. Beliau dengan jayanya selamat melahirkan sebayi = seorang bayi yang comel bernama Muhammad Ammar! Tahniah, Kak Za!

dan di kesempatan itu, aku sempat membuktikan yang aku dah layak memiliki sebayi…! see!!!
-abaikan flash bengong kat tengah2 gambar tuh-

12 January 2011

saya pelajar UPM

kenapa tetiba ada post macam nih? hahaha.. yang mana rajen, sila la pergi ke SINI!
sentap! sangat-sangat sentap bila cik paen memerangkap penolong cek result dulu. ingat lagi masa tu dalam kereta on the way nak bercuti bersama L I S A! sangat sentap sebab aku dapat buat ijazah dalam bidang yang aku minat ---> Sains Haiwan. bukan Vet, tapi lebih cenderong ke arah ternakan iaitu fokus pada haiwan domestik!
tanggal 27 Jun 2009 aku selamat dipenjarakan @ Universiti Putra Malaysia / UPM, Serdang, Selangor. sekarang baru semester 4 yakni tahun ke 2. 2 years to go! chaiyok! doakan aku grad dengan scroll 1st class honour k!
sad

pengalaman (untuk belajar):
1. daripada kambeng hidop
2. kami ‘bunuh’ dia
3. kami ‘siat-siat’ dia
4. sampai dah tak dak rupa kambeng!

bersama kosmate yang gila-gila melancong ke ganu!
sebelum ni memang tak pernah dengar pun pasal PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan). seryes banyak pengalaman! kat sini lah aku belajar bergaul dengan orang yang berpangkat, belajar banyak peel manusia, belajar untuk kerjasama+hormat menghormati. dan dah semestinyalah aku belajar ilmu medan perang.
bila aku jadi askar, aku boleh buat apa saja yang orang awam boleh buat. tapi orang awam tak boleh buat apa yang aku buat masa aku jadi askar! amacam? jeles tak? hehehe.... tunggula lagi setahun, insyaAllah 1 paku (as Left. Muda) akan tersemat kat bahu ni dengan watikah daripada Yang dipertuan Agong!
macam-macam kami belajar as a reserve officer!
*maaf, tak dapat nak upload pic yang gempak sket.
dah kena warning tak boleh terlalu expose. rahsia negara!*


p/s: untuk adik-adik yang masih bersekolah, blog pilihan malaysia ada banyak lagi cerita-cerita yang BEST daripada student IPTA lain. buat semangat untuk exam! =)

10 January 2011

contohi AYAM KAMPUNG

Berita Harian hari ni: seorang gadis mengaku melahirkan bayi tidak cukup bulan (kompem luar nikah) tapi janin didakwa terjatuh terus dalam lubang jamban. pastu jamban tuh dah di’flash’. boleh bayang tak apa jadi kat janin tuh? sadis~
polis agak-agak gadis ni tipu. maybe janin tu dibuang dalam sungai belakang rumah. tapi sampai sekarang tak jumpa apa-apa bukti dalam loji taik mahupun dalam sungai.

tau tak ayam kampung sangat berbeza daripada ayam komersial. ayam kampung sangat-sangat sayang anak-anaknya.

cuba la pi kacau mana-mana anak ayam kampung kompem kena ligan* dengan maknya.. tambah pulak time mengeram telur. garang extravaganza.. tak caya lagi? try la kacau ayam mengeram telur kat belakang rumah jiran korang.. bukan ibu ayam je, ayam jantan pun akan sama-sama guard ibu ayam yang tengah mengeram!
tu ayam kampung la..

apa tengok-tengok?!

tapi kalau ayam komersial… adoi~
kita amek telur depan mata ibu ayam dia bolayan je.. memang tak heran apatah lagi nak marah/ligan*/patuk korang.. kalau nak lagi kejam amik telur then pecahkan depan mata ibu ayam tu. kompem ayam tuh buat bodoh je..

maka the moral of the story, contohilah Ayam Kampung. jangan tau buat anak je, tapi tak sayang anak macam ayam komersial.

*ligan = kejar (loghat utara)

suma orang tgk AJL

ramainya orang berkumpul kat bilik tv. sebab tgk AJL. aku? tak minat~ hahaha

life aku kat U tanpa tv. yang ada just movie + wayang. tak dak hati nak tgk cerita episod tiap2 hari.. bukan sebab bilik tv jauh, tapi memang dah tak minat. tambah pulak anugerah bagai.. artis pun aku dah tak amek pusing. artis baru ke, lagu baru ke.. jangan tanya. bkn my pro..

kalau kat rumah pun aku tengok drama + movie je. dah tak layan cerita yang episod-episod, rancangan yang aku tak tau hujung pangkal bla bla bla.. paling aku tak suka melodi.. mitak maap~ hehehe

pernah dengar nasyid ni?
“ berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..”
sambungannya aku tak pasti sangat. tapi kalau hiburan tu dah melalaikan….? heermmmm~

countdown: 2 minggu lagi aku akan bersama anak yatim Darul Izzah. tak sabar! =)

Sign board ke rumah anak yatim darul izzah

09 January 2011

sakinhani giveaway

syarat : 
ada blog & malaysian
follow blog sakinhani
buat entry bertajuk 'sakinhani giveaway'
copy banner dan tepek dlm entry & sidebar
(iyou buat slide kat bawah=)

p/s: sapa nak shawl free, join ler! hehehe

guna air kencing cuci gigi?

secara tak langsung tadi aku search ubat kencing tak lawas. jumpa extrabonanza info plak.. banyak lak tuh kegunaan air kencing..

1. Orang Rom dulu-dulu guna air kencing as agen peluntur untuk cuci baju + gigi!

2. Ada satu masa, air kencing orang guna untuk buat peluru!

3.  timePerang Dunia I, Jerman buat kajian banyak jenis gas beracun untuk kegunaan dalam perperangan. lepas serangan gas klorin Jerman pertama, pihak Berikat dibekalkan pad kapas yang dah direndam air kencing. Pad ni diorang letak kat muka sampai la askar-askar tadi dapat melepaskan diri dari asap beracun!
(erkh! memang askar sejati!)
sumber: wiki

contest jelingan manja

yeeehhha!! mari kita bercontest lagik!
syarat-syarat constest:
1. Buat entri pasal contest nie.
2. Follow blog Kalo rajin follow blog main sponsor skali! PrettyLensStore
3. Copy banner + dengan backlink.
4. Gambar contest anda. ikut tajuk tema ok??  “JELINGAN MANJA”
5.Gambar sendiri!
MAKLUMAT LANJUT: ziarah blog beliau =)

gambar aku yang mempunyai ciri-ciri jelingan manja.. hahaha
adios!
DSC00821

                                                                          eh! lagi satu!!

p/s: jangan tenung pic aku lama-lama taw! berdarah idung! hahaha

08 January 2011

Header Siapa Paling Cool


hahaha.. kali nih jom join contest banyak-banyak! tengah semangat ni! harap-harap ada mengena satu.
erkk! rasanya tak layak join contest nih tapi taram jugak! sebab aku rasa header aku paling cool! memang ‘cool’! hahaha


nak tag sape lagi ea?
nazalya
budak tingtong!
kak suzie
ilham
loki

GiveAway EdY : Awak Busuk!

aiyark~ aku kena tembak… anyway, thanx to my beloved new pren sejati, nazalya.. jelita kah aku? hahaha

haa! sapa yang busuk ja boleh join contest nih sebab hadiah dia perfume! so orang wangi jgn sibuk-sibuk kacau orang bushuk nak hadiah.. hahaha

then, aku nk tag 2 orang budak bushuk laen:
loki
paen

07 January 2011

kenapa perlu malu?

bab shopping aku tengok geng-geng selalu cakap pasal brand. barang branded kompem mahal.. bagi aku above RM50 mahal untuk sehelai t-shirt.. aku kedekut? memang! haha.. bab pilih kasut+baju+seluar aku akan cari yang paling murah boleh aku dapat tapi still cantik.. tapi bab makan, aku tak kesah =)

tshirt yang aku baru beli tadi. guess what? aku beli kat pasar malam!  RM10 je! DSC02038

sandal ni pun kat pasar malam tadi. jugak RM10! walaupun tak cantik mana, tapi boleh pakai untuk replace sandal aku yang baru putus petang tadi.DSC02036

at last, aku spent RM10 lagi untuk beli selimut yang dah lama aku nak. haritu aku tengok kat **** harga dia RM25. tapi ni aku dapat RM10DSC02037

tak perlu branded, asalkan boleh pakai =)

nak cantik? guna mayonis

sejak kebelakangan ni aku ketagih makan bun + mayonis. tak makan nasi sehari pun tak pe.
tadi kawan aku cakap mayonis wat kita gemuk. yeker? tapi lain pulak yang aku jumpa on the net!

mayonis leh jadi pelembab kulit! memang ada spa-spa yang guna mayonis untuk rawatan muka. cara dia, sapu sikit kat muka pastu urut pelan-pelan. agak-agak semut dah mula nak hurung, cepat-cepat bilas muka. mayonis nih percepatkan proses pelembapan kulit.

sumber rujukan: http://ismashahalam.net/v1/khasiat-mayonis-rawat-kecantikan/DSC02035

bun nih la aku selalu makan dengan mayonis. sedap!

A: teka-teki

semalam ada 4 soalan cepumas!
hari nih nak kasi jawapan:

1. sorry, kotor siket. jawapannya TAIK.. hahahaha.. tengok balik soalan. betulkan? daging boleh potong apa? daging boleh ‘potong’ taik~

2. apa yang besar? TIPU besar la..

3. soalan nih mesti ramai pikir bukan-bukan. jawapan: ZIP seluar!

4. jantung!

06 January 2011

korea movie online!

image

especially untuk gadis-gadis yang memang gila dengan movie korea, boleh tonton sampai mati kat sini. suma ada. memang puas hati! x de buffer time. (bergantung pada kelajuan internet anda)

teka-teki

1. kalau pisau boleh potong daging, daging boleh potong apa?

2. situasi: kapal terbang langgar burung, kapal terbang terjunam dalam laut. bila jatuh dalam laut, ikan jerung makan kapal terbang tu. at last, ikan bilis makan jerung. agak-agak apa yang paling besar?

3. boleh naik, boleh turun. lokasi di bawah pusat. (jangan pikir negatif! hahaha)

4.kalau kita jalan, dia jalan. kalau kita berhenti, dia jalan. kalau dia berhenti, kita jalan. apa dia?

termalu sendiri

normally aku dengan megahnya merempit g kuliah. pandang sebelah mata je kat orang yang tengah tunggu bas. (bas UPM slalu ada masalah punctuality.

tapi hari ni aku merendahkan diri naik bas sebab hujan lebat! atoi~ masuk bas je suma pakat senyum-senyum sumbing. siap perli lagik.. padan muka aku! tapi pelik sangat ke kalau aku naik bas?
PA230121

ok aku tawu gambar x de kene mengena

Blog Aku, Bukan Privasi Lagi

blog ini! iyer~ blog i.y.o.u bukan lagi satu privasi. hahaha
sejarah blog pada asalnya private to my pren only. tapi bila dah maju setapak, i.y.o.u diumumkan untuk suma readers.
apa yang aku rasa, lalui, fikir, pendapat, ilmu yang tak seberapa iyou kongsi. titik! (tuan contest nih suh simple2 jer. hehe)

tiap-tiap contest wajib kena tag (aku tag org2 yang rajen nih):
- cik sulhi
- cik iylia
- cik paen
- cik lynn

daging lembu ke daging kerbau tua?

lepas nih akan ada lagi info-info yang best dan tak pernah kita tahu akan aku kongsi.. sebab semester nih aku dah mula fokus belajar bab-bab binatang ternakan yang ada kat Malaysia. so banyak jugak isu-isu panas yang aku rasa patut pengguna tahu.

ranking produk ternakan dalam Malaysia adalah seperti berikut:
1. Poultri: daging dan telur ayam, itik dan spesis2 yang sewaktu dengannya
2. Babi atau bahasa indahnya khinzir
3. Kambing
4. daging dan susu lembu

seperti yang anda-anda lihat ranking kat atas, daging lembu paling sikit dihasilkan. memang cukup-cukup makan. so untuk eksport ke luar negara negara kita tak dapat buat lagi. untuk mencukupkan lagi makanan kat Malaysia, negara kita import daging dari India. sebab dari sana yang paling murah. sebab apa murah? sebab yang murah tuh bukan daging lembu, tapi daging kerbau susu yang dah pencen~
(sumber: pensyarah aku. hehehe)
DSCN1719

so sebelum beli daging, especially kat market yang besar mcm Tesco cek betul-betul. adakah ianya sohih daging lembu? hehehe.. tapi tak kisah la kalau korang memang suka makan daging kerbau pencen.. =)