21 December 2011

hargailah susu yang mahal itu

tahu tak self-sufficiency untuk susu negara kita cuma 4% SAHAJA? maknanya, 96% susu DIIMPORT! tak hairan lah jika harga susu tidak kira susu bayi, susu kotak dan sebagainya di pasaraya dan kedai-kedai pilihan agak mahal ditambah pula dengan cukai yang pelbagai... erkh, macam karangan SPM jer...
eh! aku nak cerita pasal susu lembu, bukan susu manusia, kambing, babi, kuda atau kuceng..

aku taknak cerita kenapa kita tak boleh menghasilkan susu yang banyak macam negara-negara lain seperti New Zealand.. aku boleh cerita bab ni dalam next entri.. apa yang aku nak tekankan kat sini, kerja-kerja di ladang tenusu tak semudah apa yang pernah terlintas di fikiran korang...

bayangkan pukul 3pagi dah bersiap-siap untuk pergi ladang! kenapa pukul 3 pagi? untuk memudahkan korang faham, masa ni paling efektif untuk mendapatkan susu yang berkuantiti dan berkualiti.. kitaran seterusnya, pukul 3petang pulak.. yup! 2 kali sehari setiap hari susu WAJIB DIPERAH sampailah lembu tu dah tak keluarkan susu yakni bersedia untuk bunting lagi!


pengalaman 5 hari memerah susu lembu adalah pengalaman paling BEST & TAK TERNILAI yang pernah aku dapat.. memang tak akan dapat dah peluang macam ni unless kalau aku bekerja dalam dairy industry nanti.. tapi agak mustahil disitu sebab aku dah beralih ke bidang ternakan yang lain... dan pengalaman ni jugak buat aku jadi GILA seminggu sebab tak cukup tidur..

rutin apa yang aku buat kat ladang tenusu dalam 5 hari

rakan seperjuangan. siap untuk bertugas!

kerja utama: perah susu. seronok!
tapi kalau dapat lembu yang banyak kerenah,  nakal.. grrrr, sabar je laa..

habis perah, susu dikumpulkan. sekali perah, full tanker tuh.. maknanya sehari akan dapat 2 full tanker.. oh! itu uncle yang banyak mengajar! 

bagi anak lembu minum susu.. anak lembu minum susu gelojoh & ganas!

bagi makan & minum untuk anak lembu yang membesar sekali gus cuci kandang

lastly, sesi ambil susu free untuk upah memerah ^^ rasa dia sama jer macam susu dalam kotak yang korang selalu beli.. tapi yang ni, takde campur apa-apa.. memang fresh! 

ada yang tak tahu ke lembu hanya boleh keluarkan susu apabila beranak? macam manusia jugak laa konsepnya.. maka, macam mana kita nak bagi lembu-lembu kita sentiasa beranak dan menghasilkan susu? itu rahsia penternak berjaya.. ^^ hehehe...

dan ada juga ke yang tak tahu susu lembu WAJIB diperah SETIAP HARI? kalau tak perah, lembu tersebut akan sakit... sekali lagi macam manusia jugak konsepnya..

kantung susu lembu sebelum & selepas diperah

hebatkan makhluk ciptaan Allah?

12 comments:

  1. 4%?itu mengejutkan.

    aaa bestnye aktvt korang...nak join!hu3

    ReplyDelete
  2. weh, aku jmpa 1 area pntrnakkn kt sni...tp xda la dkt sgt ngn k.kerian...serius..AKU TINGAT KAT HANG!! ada lembu, kuda, ayam, itik suma...

    ReplyDelete
  3. aleen aiden: yup! 4% shj.. sebab masalah utama industri tenusu kat negara kita ni disebabkan kelembapan udara yang tinggi ^^

    CIK LYNN: wa... kat mana tu? ladang tu kerajaan pny ke private?

    ReplyDelete
  4. http://wanwidget.com/
    saya x pernah pon perah susu lembu

    ReplyDelete
  5. wahh..
    mmg info yang menarik..
    best gadis suke..=)

    ReplyDelete
  6. Susu segar yang diperah di upm tu dijual untuk org luar tak? kalau ye, mcm mana nak beli? tq..

    ReplyDelete
  7. Wan85 : takpe, perjalan hidup masih panjang.. peluang sentiasa ada.. kita jer perlu mencari^^

    Gadis : thanx! ^^

    Pida : thanx pida sebab berminat! jawapan untuk pida iyou jawab di entri terkini blog pida^^

    ReplyDelete
  8. kt area gunong...jauh gk la ngn k.krian...xsure la krjaan or ngeri...tp nma tmpat tu cm ada tengku apa nth...xsmpat tgk nma dia...huhhu

    ReplyDelete
  9. apsal panggil kantung susu tak dipanggil tetek lembu?

    ReplyDelete
  10. hahaha... lawak la ko nih...
    sebab kita tak panggil tetek lembu BREAST dlm bhs BI!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...