23 December 2011

BERAS DIBAKAR

aku tak pasti kenapa tempat ni dinamakan BERAS TERBAKAR.. suppose to be beras dibakar.. salah tatabahasaa tu..  kihkihkih...

ni laaa rupa beras terbakar
siapa perasan pinggan tuh dah jarang jumpa sekarang.. dulu-dulu kenduri kahwin pakai pinggan ni jer kat kampung.. sekarang mana ada dah.. pakai katering jer..
sebelum sampai Langkawi seryesly dalam kepala hotak aku dulu fikir BERAS TERBAKAR tu salah satu keajaiban/kekuasan Allah... rupa-rupanya sejarah! hahaha.. dah 21 tahun aku hidup kat Bumi Malaysia ni baru aku tau sejarah beras terbakar nih..


"Beras terbakat ini terletak di halaman rumah Ku Halim Ku Hassan, Mukim Padang Mat Sirat, 17km dari Pekan Kuah. Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua angkatan Langkawi terasa akan kalah ditangan Siam. Beliau dengan segera mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau dibakar. Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu dibakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi. Dari peristiwa ini hingga sekarang masih terdapat kesa beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas dihadapan rumah Ku Halim Ku Hassan"

rumah Ku Halim Ku Hassan. cantik! aku suka!
tapak beras terbakar... tapi yang sedihnya ada pulak manusia yang memuja tempat bersejarah ni.. banyak betul syiling dalam tuh! harap-harap bukan Orang Islam yang buat.. 


3 comments:

Fiza said...

pernah tgk beras terbakar, igtkan berasnye satu guni, buat suspen jer..

محمد رازيق said...

tq for da info :) free2 jmput singgah blog.

::CIK LYNN:: said...

aku pnah tgk bras ni dtabur kt tmpat mna nth...ada org kta, diorg bakar ja bras tu ntk gnti bras yg lma...