28 November 2011

tak perlu takut pada anjing!

kenapa perlu takut pada anjing?? ergh, apesal cam skema jer intro??

ramai yang takut dengan anjing ni bukan sebab dia takut kena samak bagai, tapi majoriti aku tanya takut sebab risau kalau-kalau anjing tu gigit...
tau tak anjing (dan haiwan-haiwan lain) ada deria special yang manusia takde.. mereka boleh menghidu ketakutan!!! ergh, ayat skema lagi... tak tau sebab apa...

macam mana?
tahukah anda manusia menghasilkan sejenis hormon iaitu cortisol apabila didalam ketakutan? iyer! dan mereka seperti yang telah dimaklumkan di atas boleh menghidu hormon ini seterusnya mengetahui yang kita sedang ketakutan... ergh, terimalah entri yang skema ni sebab aku tak pandai buat ayat sempoi bila nak mengajar orang... sekian.

so, lepas ni kalau anda-anda terserempak dengan anjing, jangan gelabah.. dan jangan sekali-kali lari! kalau lari, dia kejar... seryes!!! apa yang perlu korang buat, cool-relax-buat-buat-tak-nampak. ok?

bagi sesiapa punya keyakinan yang jitu-utuh-tinggi, kalau time tu korang tengah makan tiba-tiba ada anjing approach, bagi la sikit kat dia.. macam kucing jugak la.. bezanya kucing bukan najis berat macam anjing... tapi kucing pun korang buat tak tau jer bila dia mengiau mintak makan.. inikan anjing kan.....? 
haih, cuba korang fikir kucing/anjing tu ada anak yang ramai dan dia perlukan tenaga dari makanan untuk terus menyusu anak-anak dia.. tak ke syahdu??

seryes seronok bekerja dengan anjing.. anjing sangat pandai-beremosi-nakal... pengalaman berdua-duaan dengan anjing dalam masa 3 jam minggu lepas memang tak boleh lupa.. sebenarnya banyak gambar aku dan Elf (nama anjing).. tapi risau pulak nak upload.. kang tak pasal-pasal aku jadi isu semasa macam kes sebelum ni... kehkehkeh....

lepas ni aku cita pasal kuda plak.. kuda pun salah seekor haiwan yang sangat bijak! kenapa? nantikan entri selepas ini... ergh, ayat skema lagi....
treat dog as your friend instead of dog

3 comments:

Azzah said...

penakut ngan anjing tapi takut jugak nak lari bila dia ada.selalunya tenung dia lama2 and then mesti dia lari..:)

Zulfikar Hazri said...

aku selalu try tak lari... dan jarang aku lari masa anjing kejar..


tapi takut tu memang la takut jugak...

aku suka lah entry2 kau pasal ni.. leh tambah ilmu...

nanti upload la gambar anjing tu!

iyou said...

azzah: good job!!!

Zulfikar hazri: nanti aku tgk pic mana yg x kontroversi sgt, aku upload gambar Elf tu ea^^

cuba sedaya upaya utk beri ilmu yg bermanfaat sbg bekalan hari hdpn ^^