22 November 2011

sekitar FINAL SUKAN SEA 2011-BOLA SEPAK

aku tak mau cerita Malaysia dapat gol berapa sebab masing-masing dah updated kan.. kalau yang tak tengok live, leh tengok tb.. tak pun online.. kalau tak sempat tengok online, korang leh tau result kat facebook yang dah full dengan macam-macam gaya status.. kalau tak dak facebook pun korang leh dengar sorakan jiran-jiran...

main point aku kat sini SORAKAN JIRAN...
aku tak kata salah korang sokong Malaysia
aku tak pernah kata aku tak suka pasukan Malaysia
cuma aku nak tekankan sebagai rakyat Malaysia esp Muslim, kita diajar BERADAB setiap masa dimana-mana pun... 

nak bukak baju, nak cat muka, nak tepuk2 support nak apa segala benda yang korang buat tadi tanda sokong pasukan negara aku tak kisah pun... seribu kali tak kisah.. tapi consider laa orang sekeliling yakni diterjemahkan sebagai jiran korang ni bila nak bersorak:

JIRAN 1: kalau dah duduk 1 taman, bayangkan sepasang suami isteri yang penat bekerja di siang hari tersengguk-sengguk pujuk baby yang dari tadi nanges tak benti-benti tak boleh tido sebab dengar lolongan ngeri korang... 

JIRAN 2: bagi yang duduk dekat-dekat dengan area asrama sekolah, kesian lah kat budak-budak PMR & SPM.. histeria diorang dengar korang menjerit.. mana taknye, tiap kali selak buku melatah dua tiga minit sebab terkejut dengar korang menjerit..

JIRAN 3 YAKNI AKU penghuni asrama di sebuah ipta: kata korang sukan SEA 2 tahun sekali jer, bila lagi nak sorak ea? habeh tu cemana dengan test/exam aku??? sekali je seumur hidup weh.. kalau korang nak repeat, tu hal korang laaa.. dah tau-tau minggu ni minggu test, tolerate lah siket... kalau ko nak gagal, gagal lah sorang2... jangan heret orang yang menuju kejayaan nih.. kihkihkih... 

lelaki bersorak = hensem, macho dan gagah
perempuan bersorak = hodoh, burok benor, pontianak busuk sundal malam
aku tak terkejut kalau esok keluar berita tajuk utama, terpampang kat surat khabar muka surat depan sekali sekali jiran sembelih jiran sebab bengang tak cukup tidur

2 comments:

  1. dah..dah..jangan tensi2..nanti claim hadiah kat sini tau

    http://fiqracake.blogspot.com/2011/11/please-pemenang-giveaway-7-days-tebus.html

    hehehe..saje singgah takut korang lagi tensi bile tau hadiah dh bagi kat orang lain...

    ReplyDelete
  2. haha... sesungguhnya org yg teraniaya akan dilindungi Allah.. sabar jelah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...