08 November 2011

daging kerbau vs daging lembu

orang cakap tak baik kalau kedekut ilmu... hari ni dapat 1 lagi tips macam mana nak bezakan daging lembu dan daging kerbau...

ingat lagi entri lama???
isu daging kerbau ni hot since tahun 2000 sebab daging yang negara kita import majoriti daging kerbau dari India... ada laa yang cakap-cakap kenapa laa nak bising-bising sangat pasal daging kerbau ngan lembu nih.. tak ada beza pun, daging jugakkk... tapi bagi yang 'gila' daging, daging lembu sangat berbeza kalau dibandingkan dengan daging kerbau...
Prof Dahlan kata:
"Lemak daging kerbau berwarna putih kapas, lemak daging lembu kekuning-kuningan sikit"
kita boleh dapat daging yang manthop dengan pandang pertama... cuba tengok gambar bawah ni. sedap kan??? meleleh air liurrrr~
red, juicy meat

lepas ni boleh aplikasi kat market before beli daging!!

No comments: