27 November 2011

1433H

Sedar atau tak kita dah melangkah kedalam tahun yang baru.. ayat aku bermaksud, ada yang tak perasan dan tak pernah nak ambil tahu pun pasal perkiraan tahun Islam ni... :'(

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi dengan limpah kasih sayangNya kita diberi peluang bukak buku baru.. dan semestinya nawaitu kita this year would be better than past! bukan takat azam tahun baru 1 Januari tiap-tiap tahun tu tapi tekad mesti lebih sebab hari ni, pada 1433 tahun yang lepas berlaku sejarah besar dan bermakna untuk Islam.. apa dia sejarah tu? aih, lupa dah ka kita belajaq sama-sama dulu time darjah 4 dalam kelas Pendidikan Islam?? eceh, ayat cover... hehehe...

ekceli aku nak kongsi cerita yang diceritakan oleh penceramah tadi.. memang emmph! la pengisian dengan cerita-cerita sejarah kegemilangan Islam yang tak pernah aku dengar sebelum ni.. seryesly kagum sampai menangis.. Sebak menusuk hati sebab terlalu KAGUM... tapi disebabkan badan letih sebab satu hari suntuk bermandi peluh kat selatan Malaysia tadi, mata aku pun boleh celik takat 2cm je ni, insyaAllah next entri aku kongsi cerita tu.. Dahla esok pagi aku nak teruskan perjuangan sebagai puan askar-title yang dianugerahkan oleh Cik Paen.. 

BTW, Alhamdulillah sempat jugak aku menghadirkan diri ke majlis ilmu tadi.. tak sia-sia aku lawan perasaan nak tidur.. berbaloi! 
di kesempatan ni, aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH untuk semua saudara-saudari seagama dengan ku... 


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...