17 October 2011

kasih saudara tak kenal siapa

bersyukur + terharu sangat sebab ada someone yang sangat baik hati... buat baik tak mintak balasan apa pun... betul-betul nampak keikhlasan dia....

kitorang tak pernah kenal, tak pernah jumpa.. just sembang via alam maya jer... itu pun sebab berkongsi masalah yang sama... macam mana leh tersembang tuh, panjang cerita... tapi yang penting kat sini aku nak cakap dia sangat baik... kalau dia dah kahwin, memang beruntung perempuan tuh dapat jadi isteri dia.. I guess dia memang dah kahwin...

 
pagi tadi dah dapat pun bungkusan dari dia... 

FYI:
1. harga sebenar ubat kat atas tuh RM200+... tapi aku dapat for free! sebab tu aku  terharu sangat!
2. sekarang aku dah tak pakai ubat HKL, aku dah beralih kepada ubat homeopati.. sambil-sambil tu nak beramal pulak dengan ubat yang baru dapat kat atas tu.. moga-moga ada perubahan...
betul cakap dia, tak ramai yang faham pasal penyakit ni... yang dah kena je tau tensionnya macam mana... korang takkan faham 'rasa + perasaan' setiap mata yang pandang lain macam bila notice tompok-tompok putih kat tangan, muka... kalau yang dah reti cover guna make up ok laa.. tapi yang tak berapa mahir nak cover tuh, memang tak ada rasa sekelumit dihati nak melangkah keluar dari bilik/rumah...

paling down bila orang cakap:
"wey, penyakit nih takde ubat dowh... nanti makin lama 1 badan jadi putih.."
"agak-agak berjangkit tak penyakit nih?"
"alaa, bukan orang perasan pun... tak payah la nak cover sangat... orang tak teringin nak tengok"

memang laa aku senyum jer bila korang cakap camni, tapi kat dalam hati ni remuk macam kereta kancil langgar lori...

tapi takpe... kata dia tak perlu risau, setiap penyakit ada ubat kecuali mati... sepanjang aku kenal dia, memang banyak motivasi dia bagi... kurang sikit rasa serba kekurangan ni sebab ada jugak yang bersama aku...

terima kasih banyak-banyak!
terima kasih tak terhingga!
hanya Allah yang mampu balas budi baik beliau:
cikgu Mohd Nazri Daud
(SMK Pandan, Kuantan)

entri sebelum nih yang sewaktu dengannya:
all about vitiligo
penyamar vitiligo
hadiah dari HKL

p/s: vitiligo tak berjangkit..

5 comments:

::CIK LYNN:: said...

sbaq no...mgkin ni dgaan ntk hg...
smga cikgu 2 drhmati slalu...

iyou said...

aku kena sentiasa betulkan hati aku =(

betul, Allah x bagi ujian ni kalau aku x leh tempuh kan.. HE know best!^^

Perjalanan Ku said...

Salam....

Adik saya pun ada masalah vitiligo. Terkena sejak ujung taun 2009 lagi..dan sekarang mula bertambah sampai ke leher...

Perna bawa ke hospital tapi doktor kata takda ubat untuk penyakit ni.
Nak tanya apa ubat yang cik guna ? kesian dengan, katanya malu bila d tengok org...

farhana said...

salam...
saya pn salah seorang yg ada penyakit ni...dlu mmg down la kalau org tanya,ada yg memperli dan ada jgk mengejek...air mata xyah cerita laa...hati ni remuk dah bila org duk menanya..tambah2 waktu tu di alam sekolah...tp,Alhamdulillah...bila dah try mkn byk ubat penyakit nie dah makin kurang kat muka...kat tempat lain tu xkesah laa...hehe...apa2 pn just positive kan diri...peduli org kata..btw, boleh sy tahu kat mana nak dapatkn ubat nie??nak try la jgak..heheh...
btw, nice blog and nice to meet u...

kam l said...

Assalamualaikum .....sy pn jd....dr umo 10 thn....da jemu da dgn pndangan org.....xpa...Allah maha mengetahui....smpai sekarang try mcm2 ubt.....tp xjd.....sy mtk jasa cik...bole msg sy x vitiligo oil tu?sy nk beli....kta ikhtiar...su-0174004263....