24 April 2011

masalah gigi lagi

about 3 years ago aku terpaksa let go 1 gigi geraham aku... semuanya gara-gara makan kacang berangan diluar kawalan hingga menyebabkan gigi geraham tu pecah dan tak boleh diselamatkan lagi...

lama-lama aku noticed yang lubang gigi geraham aku dah tak der.. means gigi-gigi lain dah bergerak cover lubang gigi geraham yang telah dicabut dulu.. lubang tuh tak dicover sepenuhnya, ada jarang sikit laa.. aku assume itu normal dan biar jer masa berlalu..
tiba-tiba!
baru-baru ni aku perasan ada ketulan timbul dalam mulut... kat gusi, berhampiran dengan tapak gigi geraham yang dicabut dulu.. aku risau jugak, tapi tak sakit.. tak rasa apa-apa.. disebabkan tak rasa apa-apa dan ditambah pulak dengan ke'busy'an aku sebagai student yang rajin + partimer yang berdedikasi, aku asyik tangguh je nak jumpa dentist..

at last baru tau ketulan tu sebenarnya gigi.. wo! aku terkejut sebab lepas 3 tahun baru nak tumbuh gigi! aku mati-mati ingat geraham yang aku cabut dulu gigi kekal.. kalau tak, masakan tumbuh lagi 1 gigi kat tempat yang sama, betul tak?
macam ni la keadaanyerrrrr
tapi masalah sekarang, kan aku cakap gigi-gigi lain bergerak tadi?
ada sape-sape yang pernah mengalami masalah yang sama macam aku tak???

2 comments:

  1. belum lagi kak cida.. tak sempat sebab skrg minggu exam.. huhu.. esok tengok la kalau sempat baru nak pegi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...