20 April 2011

mas kahwin ikut negeri

lepas punch out kerja petang tadi, aku join budak-budak McD yang lain melepak.. sembang punya sembang, keluar bab mas kahwin.. aku memang suka bab-bab kahwin nih! hahaha

semua pakat bagitau mas kahwin ikut negeri.. paling murah aku dengar negeri Pahang tadi.. tak ingat, tapi dalam RM20.00 lebih-lebih la... aku ingat benda ni macam adat ikut negeri, tapi bila aku search, jumpa benda ni:
Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri (2010)
klik untuk tumbesaran yang baik



errr, ada yang leh bagitau tak nilai mas kahwin nih valid/betul-betul dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama? masih diguna pakai ker???

kalau tengok balik pengertian mas kahwin:
pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ".
(Surah An-Nisaa' - Ayat 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari)
so, kalau tengok balik dari hadis kat atas ni, maskahwin boleh jadi apa-apa jer asalkan benda tuh berguna dan berfaedah samada dalam bentuk duit, barang atau pape je la yang berfaedah.

aku pernah dengar 1 cerita kat masjid matrik dulu pasal mas kahwin. zaman Rasulullah s.a.w dulu, ada sorang pemuda nak kahwin tapi tak dak harta langsung yang leh dijadikan mas kahwin. then, baginda
Rasulullah s.a.w. tanya laki tuh ada hafal ayat Al-Quran tak?
laki itu jawab dia hafaz beberapa surah.
at last Rasulullah s.a.w. kahwinkan laki tuh dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

so, nampak tak ke'fleksible'an mas kahwin?? tak semestinya duit macam kita pakai sekarang sampai ada nilai ikut negeri.. ada anak dara gred ABC lak tuh.. hahaha.. tapi tak tau la kan ada undang-undang yang digunapakai.. aku mmg tak update langsung pasai undang-undang nih =.='
 
kalau ada info, boleh kongsi-kongsi naaaa~

4 comments:

  1. kite cari negeri rate die paling rendah..pahang, p.pinang,ngr 9 and johor..ngeh2..yg xttp maskahwin lagi bagus =P

    :: Average ::

    ReplyDelete
  2. homboih2 adi...tau nak free aje eh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...