10 April 2011

LEGA bila 2 member kembali ber'member'

aku sampai sekarang serba salah sebab aku macam punca ada jurang antara diorang nih.. AA aku define as bakal doktor, NS pulak bakal meletakkan diri 'dalam komuniti' ubat.. 2-2 orang nih aku kenal dah lama dah. sama-sama berjuang satu masa dulu, cuma sekarang terpisah bawak haluan masing-masing.. tapi, kami tetap KAWAN macam dulu.. aku bangga ada kawan macam AA + NS

baru-baru ni, bila konflik timbul, AA datang cari aku. sebagai seorang kawan yang sangat kenal perangai dua-dua orang ni, aku try bagi cadangan.. siap tolong AA lagi.. tapi hasilnya sebaliknya pulak.. aah! sudaahhh! hahaha.. apa ntah yang aku buat selama ni..

tapi lepas beberapa hari aku jadi orang tengah, eden torai bawak situasi back to normal, alhamdulillah... semuanya jadi macam biasa balik.. dah tak ada jurang.. dah kawan macam biasa.. dan aku pun dah tak dak rasa serba salah sangat.. semuanya bila masing-masing berfikir secara matang.. pergh! matang sangat la aku ni!
dalam hal ni, sekali lagi aku sedar, manusia ni rambut ja sama hitam, tapi hati dan fikrah masing-masing..

to both of them, kita semua kawan dari dulu dan sampai bila-bila.. jangan cepat melatah, k.. setiap masalah ada jalan penyelesaian.. hilang sahabat lagi pedih daripada hilang kekasih, kan? =)
KAWAN ibarat tangan dan mata
bila tangan sakit, mata menangis
bila mata menangis, tangan kesatkan air mata

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...