24 April 2011

food safety class

ingat kerja partime suka suki ni just dapat duit ker??
see!! dapat kursus free, maa!! kalau pergi sendiri kursus ni RM50 1 kepala.. tapi alhamdulillah aku pegi under McD.. bawak diri je...

kursus pengendalian makanan ni diwajibkan kepada semua pengendali makanan.. ada akta okey! termaktub dalam undang-undang barangsiapa yang mengendali makanan diwajibkan lulus kursus ni... LULUS? iyer la, lepas dengar kuliah 3 jam, kena jawab soalan exam!
 
soalan yang diberi ikut range kelulusan... maksudnya soalan utk mereka lepasan SPM dan PMR lain dengan soalan utk mereka yang ada diploma dan degree.. kiranya aku dapat soalan yang paling susah la hari tuh.. majoriti crew McD lain semua lepasan SPM.. aku yang paling tua kat situh! tapi kacang cap ibu jari je soalan dia... alhamdulillah, dapat A lagi aku...

bukan tu jer, dapat sijil dari Kementerian Kesihatan.. nanti kalau aku nak bukak Medan Ikan Bakar Ayu ker, tak de la susah-susah pegi kursus dah.. aku dah ada certificate!

part paling best dalam kelas tuh bila semua orang terkejut aku cakap umur aku 21 tahun.. diorang ingat aku sama macam diorang baru lepas SPM..

p/s: aku teringin nak tengok macam mana muka aku kalau tengah 'kembang'.. hahahahahahahahaha....

No comments: