27 March 2011

tak ada lagi kisah ayam lepas ni

kenangan bersama ayam.. sob.. sob..

alhamdulillah, tamat sudah projek untuk semester ni iaitu menternak ayam daging.. sekejap je, kan? kan? boleh bayang tak betapa kaya tokey ayam dalam jangka masa tak terlalu panjang?? (promo pertanian)

dah sampai masanya ayam-ayam yang aku bela dicabut nyawa.. kami bela, kami sembelih, kami proses, kami jugak lah yang menjual...
walaupun ramai yang dah tau macam mana nak sembelih ayam, tapi kami tetap diberi tunjuk ajar macam mana nak sembelih dengan cara yang betul iaitu menepati syara'.. berat tanggungjawab ni sebab ayam yang disembelih akan dijual kepada rakyat jelata..
lepas sembelih, ayam-ayam tersebut direndam dalam air panas untuk beberapa minit.. ayam daging ni tak payah rendam lama-lama macam ayam kampung sebab daging dia lembut..

then, nampak tak mesin bintat-bintat kaler biru tu? tu mesin mencabut bulu ayam.. tak payah cabut manual guna tangan.. masukkan ayam dalam mesin ni, petik suis.. ketung! ketang! ketung! ketang! dah togel ayamnye.. tak sampai 5 minit pun.. magik tak? hahahaha
proses terakhir, siang ayam-ayam terbabit.. buang segala isi perut except jantung, pedal & hati.. yang ni pakej kitorang packing sekali.. time ni la nak tengok anak dara mana yang tak reti siang ayam.. hahaha... ramai yang kantoi!!! tapi takpe, ramai jugak yang belajar hari ni macam mana siang ayam.. tak sia-sia kan ambik kos animal science?? =)

lepas timbang berat, ayam-ayam ni diserahkan kepada tuan yang dah booking.. alhamdulillah, semua ayam habis dijual.. terima kasih kepada makcik-makcik kat taman perumahan Serdang yang banyak membeli.. insyaAllah ada lagi, kami jaja kat rumah makcik lagi naaa...

No comments: