31 March 2011

30-days challenge: #day 29

Q - In this past month, what have you learned
just one! sangat-sangat ketara!
!AKU BELAJAR HIDUP TANPA DIA!

-9 bulan-

30 March 2011

senyum sampai telinga

  • elaun mat terap dah masuk
  • gaji 1st month MCD pun dah masuk
  • baru tadi dapat lagi duit untung jual ayam
  • tak lama lagi tunggu duit bounti mat terap plak nak masuk
!!!!ALHAMDULILLAH!!!!
(orang cakap, berita gembira kena sebar-sebarkan.. hahahaha)

30-days challenge: #day 28

Q - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
okey, fine! tak dok ape yang berubah!
senyum yang sama, pipi yang sama, mata yang kuyu itu pun tetap sama!
ini aku banding bukan pic tahun lepas, 2 tahun lepas! pic pakai cap tuh zaman pertama kali jejakkan kaki kat UPM ni..  yang pakai tudung pink tuh pulak, zaman sekarang di mana dah berjuta-juta jejak kaki kat UPM ni.. 

opps!! there's beside me in white scarf, sekejap ada sekejap takdok! hahaha

29 March 2011

siapa pandai main gitar?

saja gatai2 bukak youtube, then banyak pulak minah-minah cun yang pandai main gitar.. tiba-tiba aku teringin sangat nak belajar main gitar... tak tau sebab apa.. sebab nak tergolong dalam minah cun jugak kot..
nak gitar macam ni... ada tak? hehe...
  1. siapa tau kat mana nak cari gitar kapok yang I mampu beli??
  2. siapa tau web yang berkesan untuk belajar gitar?
  3. siapa leh ajar main gitar tanpa merotan I yang tangan bangku ni?

30-days challenge: #day 27

Q - Why are you doing this 30 days challenge?
  1. chekgu Sulhi suruh... nanti tak buat homework kene tibai! piap! piap!
  2. yang mana tak kenal iyou a.k.a ayu, ada 30 hari untuk mengenali beliayu!!! hehe
  3. nak penuhkan blog.. hahaha
  4. one of my hobbies: menjawap! hahahaha

animal welfare

sebagai pencinta haiwan a.k.a balal penternak berjaya, aku nak sajikan video tentang manusia yang tak bertamadun... 
AMARAN: video ni akan membuat AIR MATA jatuh bertubi-tubi.. kepada sesiapa yang FOBIA DARAH dan sebagainya, anda DIGALAKKAN untuk menonton video ni sekali seumur hidup. mana tau kot-kot fobia tuh hilang..

cuba fikir balik, agak-agak ada tak daging lembu/daging ayam/daging ikan yang diorang lenyek2 (proses) ni sampai kat mulut kita?? kebarangkalian besar ADA!!

even binatang itu khinzir, tapi dia tetap makhluk Allah.. binatang-binatang lain pun sama jugak.. binatang pun ada rasa sakit.. kalau tak, tak doknye 'mereka' nak keluarkan bunyi yang pelik-pelik..
"Berbuat baiklah kamu sekalian (ihsan),sesungguhnya Allah s.w.t kasih kpd org yg berbuat baik" (al-Baqarah:195)
 credit to: norizan

28 March 2011

30-days challenge: #day 26

Day 26 - What do you think about your friends?
 biar lagu ni je story out apa yang aku fikir tentang 3 orang yang penting dalam hidup aku

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap
Seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka
Bersama

Biarlah apapun rahsia
dan kelemahanmu
Tetap kau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga sering terluka
Namun di akhirnya
Kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan
Dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan
Detik yang indah bersamamu
Temanku

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku
Kan bertemu semula
Kembali menjalinkan
Detik nan indah
Untuk kenangan bersama

27 March 2011

tak ada lagi kisah ayam lepas ni

kenangan bersama ayam.. sob.. sob..

alhamdulillah, tamat sudah projek untuk semester ni iaitu menternak ayam daging.. sekejap je, kan? kan? boleh bayang tak betapa kaya tokey ayam dalam jangka masa tak terlalu panjang?? (promo pertanian)

dah sampai masanya ayam-ayam yang aku bela dicabut nyawa.. kami bela, kami sembelih, kami proses, kami jugak lah yang menjual...
walaupun ramai yang dah tau macam mana nak sembelih ayam, tapi kami tetap diberi tunjuk ajar macam mana nak sembelih dengan cara yang betul iaitu menepati syara'.. berat tanggungjawab ni sebab ayam yang disembelih akan dijual kepada rakyat jelata..
lepas sembelih, ayam-ayam tersebut direndam dalam air panas untuk beberapa minit.. ayam daging ni tak payah rendam lama-lama macam ayam kampung sebab daging dia lembut..

then, nampak tak mesin bintat-bintat kaler biru tu? tu mesin mencabut bulu ayam.. tak payah cabut manual guna tangan.. masukkan ayam dalam mesin ni, petik suis.. ketung! ketang! ketung! ketang! dah togel ayamnye.. tak sampai 5 minit pun.. magik tak? hahahaha
proses terakhir, siang ayam-ayam terbabit.. buang segala isi perut except jantung, pedal & hati.. yang ni pakej kitorang packing sekali.. time ni la nak tengok anak dara mana yang tak reti siang ayam.. hahaha... ramai yang kantoi!!! tapi takpe, ramai jugak yang belajar hari ni macam mana siang ayam.. tak sia-sia kan ambik kos animal science?? =)

lepas timbang berat, ayam-ayam ni diserahkan kepada tuan yang dah booking.. alhamdulillah, semua ayam habis dijual.. terima kasih kepada makcik-makcik kat taman perumahan Serdang yang banyak membeli.. insyaAllah ada lagi, kami jaja kat rumah makcik lagi naaa...

30-days challenge: #day 25

Q - What would i find in your bag?
  maka beruntung la bakal laki aku sebab aku ni bukan jenis melaram handbag.. hahaha.. pegi mana2 aku selesa bawak beg ni.. satu-satunya beg yang paling aku sayang.. 
 okey, ni jawapan untuk soalan hari ni.. isi-isi yang wajib ada dalam beg ni:
  1. opkoz dompet.. takde yang ni, tak jalan la aku
  2. concealer.. wajib ada sebab time solat aku tanggal suma yang ada kat muka.. then, opkoz kena touch up balik dengan benda ni
  3. pasangan concealer, compact powder.. hehe
  4. lipstick.. hahaha.. bukan kaler merah/pink okey.. lipstick ni kaler natural, coklat keorenan sikit kaler dia.. special untuk cover vitiligo kt bibir aku.. I tak pakai lipstick merah, okey! =)
  5. eyeliner.. nowadays aku mcm gila pakai eyeliner plak
  6. perfume! benda wajib untul seorang gadis, kan? hehehe
  7. lotion.. benda baru yg wajib ada dlm beg.. sejak ada orang bagi tips, aku sentiasa pakai lotion.. hehehe
  8. buku kecik + pen.. 
  9. kunci moto + kunci bilik
  10. ada lagi satu paling penting yang takde dalam pic.... HANDPHONE! tgh guna untuk amek pic ni haaa...

24 March 2011

rezeki dari DIA

di sebuah kedai makan yang terkemuka, sebuah keluarga dari Jordan sedang menikmati dinner.. tak de angin, ribut mahupun tsunami melanda, 2 gelas air tumpah dengan jayanya bersama sebahagian juadah yang ada.. lalu si ibu memanggil seorang gadis comel yang kebetulan tak de keje...

"miss! mintak maap susahkan anda, saya nak mintak anda kemaskan meja sekejap" ucap si ibu dengan bahasa antarabangsa sambil tersenyum manis.
"ok2, bolehh.. no problemo" balas si gadis comel dengan senyuman manis jugak.

selepas meja kembali bersinar, si ibu memanggil semula gadis comel tadi lalu menghulurkan sekeping kertas merah..
"here your tips.. for cleaning just now. and pliz, take it! rezki from HIM" si ibu tersenyum lagi..

terkedu aku dapat not RM10! padahal tu bukan kerja aku pun.. aku tukang buat aiskrim je.. kebetulan aku lalu kat area situ.. ehh!! mana cerita gadis comel tadi????? hahahahahahaha...

p/s: alhamdulillah =)

23 March 2011

congratz to ol candidates!!!!

terpancar kegembiraan pada wajah ayah dan ibu junior aku ni.. even tak pernah kenal, tapi tetap bangga dengan kejayaan beliau as my junior @ IGOP.. bukan dia sorang je, ramai lagi yang sukses!!! tapi dalam banyak-banyak pic yang di'snap' oleh Cikgu Fadzli, pic ni buat air mata aku jatuh merasmikan pipi pada malam ni...

dah lama tak jenguk sekolah lama.. dah lama tak ziarah cikgu-cikgu yang banyak berjasa kat aku.. bukan cikgu IGOP je... cikgu SKGL, SKSD, KMK pun banyak ajar aku kenal dunia...

teringat zaman sekolah dulu... terrrrrrlalu bannyak sangat memori... wa!! aku tak dapat menaip cerita-cerita tuh sekarang,,. air mata aku nak tumpah lagi!

buat semua calon SPM khasnya junior di IGOP, dan mereka-mereka tak kira di mana anda berada, TAHNIAH aku ucapkan! semoga kejayaan yang diperoleh tak menjadi nikmat yang dipersia... =)

19 March 2011

30-days challenge: #day 24

Q - A letter for your parents
mak, abah..
tak tau perkataan apa yang layak siti guna untuk penghargaan yang tak terhingga sebab siti still dapat kasih sayang yg penuh dari kecik sampailah skrg..

abah pernah cerita, dulu abah pernah tercantas jari sendiri dengan parang sebab nak buang tunggul kayu tempat siti selalu main-main masa siti kecik dulu...

mak selalu cerita masa tu siti baru umur 3 tahun, kita bermastautin di Gerik.. siti mintak dukong masa nak keluar dari toilet.. banyak kali mak suruh siti jalan sendiri tapi siti mintak dukong jugak.. akibatnya, mak tergelincir dan kaki mak tersagat dek pintu zink toilet tu.. terbelah kaki kanan mak.. sampai sekarang parut bentuk '7' kat kaki mak ada lagi..

bila nampak budak kecik menangis, abah bukak cerita dulu kecik-kecik siti suka ralit... kejap je terlepas dari pandang, kompem siti hilang kalau tak pegang tangan.. pernah satu masa, abah+mak tengok dari jauh siti pegang tangan Pakcik India yg disangka abah sendiri.. pastuh, siti menangis gila.. yang Pakcik India tu pulak pi dukong siti.. abah+mak gelak je dari jauh...

abah selalu gelak bila terungkit cerita masa siti darjah 5, sekali lagi siti ralit masa ikut rombongan orang kampung pi mandi manda kat Batu Feringgi, Penang.. kezen-kezen tinggalkan siti kat belakang, siti pun tak sedar time tuh.. sedar2 je keliling siti orang putih.. siti menangis tepi pantai sampai la ada abang jetski tolong kol mak+abah.. at last, siti selamat jumpa rombongan kampung balik hasil bantuan abang jetski terbabit..

mak selalu perli-perli dengan kisah lama siti kena duduk 3 jam kat balai polis sebab bawak moto tak ada lesen.. masa tu siti form 3.. belum cukup umur lagi, abah dari Ipoh (mesyuarat) terpaksa rushing sebab nak jamin siti kat balai..

banyak lagi sebenarnya cerita-cerita ikut kronologi dari siti kecik sampai besar.. tapi dari cerita-cerita ni nampak sangat siti selalu susahkan mak+abah.. maafkan siti, mak..abah.. sekarang siti dah besar, siti nak mak+abah rileks je.. biar mak+abah pulak yang susahkan siti.. sebab tu selagi siti mampu+apa yang siti ada, siti bagi kat mak+abah.. siti tak nak hidup mewah sorang2.. siti nak mak+abah sekali kongsi sama rata..

hampir 21 tahun siti hidup + 9 bulan dalam perut mak, siti bersyukur sangat dapat parents macam mak+abah...
SITI SAYANG MAK+ABAH!!!!

16 March 2011

promo ayam daging

kepada mana-mana individu yang berada di kawasan Serdang/Bangi yang ingin membuat tempahan ayam daging fresh dari ladang UPM (siap diproses), boleh hubungi Zaihan: 019-3465158 atau saya sendiri: 019-4487131  jualan bermula 20 Mac hingga 25 Mac.. Harga mengikut pasaran setempat setelah dirunding.. penghantaran ayam mengikut kehendak anda.. (nak kami hantar/datang pilih+ambil sendiri)
!TEMPAHAN DIBUKA HARI INI!
oyeahh!! buat iklan free plak kat sini.. minggu ni second last week ayam-ayam itu diberi peluang untuk memenuhkan perut.. lepas ni, kita bakor! kita bakor! hahahaha....
ni gambar latest pagi tadi.. iyer, ayam-ayam ni memang bersih
sebab tahi dia pun kitorang kena jaga+cuci!
terbaik wok!! kalau yang ada peluang tak beli memang rugi.. berat average pagi tadi 2.4kg..
insyaAllah hari jual nanti ayam jantan boleh cecah 3kg..
haaa, kalau nak pilih jantina pun boleh! kat sini kitorang bela asing ikut jantina setiap cage.

tak ada sebarang suntik-menyuntik kat daging ayam ni.. 
nak tau ayam disuntik cuba la korang belek ketiak atau bahasa sedapnya kepak ayam kat pasar malam or whatever.. kalau ada kesan lebam, sah! tidak digalakkan untuk beli, daging ayam tu telah dicontaminatedkan dengan bahan kimia..

kali ni nak bagi info macam mana tilik jantina ayam yang dah besar sikit nih
nampak kan perbezaan jantan/betina???
balung ayam jantan biasanya lebih cepat besar, kaler dia pun lebih terang dari balung ayam betina.. sepanjang aku perhati, ayam ni lebih kurang macam manusia dalam bab makan.. laki kalau makan nasi selagi tak penuh pinggan memang tak sah... betul tak? hahaha.. ayam jantan makan lebih agresif dari ayam betina..
makanya average berat ayam jantan lebih daripada average berat ayam betina!

30-days challenge: #day 23

Q - Something you crave for a lot
sebenornye aku tak paham sangat soalan ni... sorry, Bahasa Inggeris aku  tak bagus macam orang lain.. SPM dapat A1 ja... hahahahaha... pastu tadi aku pi tanya pakcik Google, dia jawab:
"Sesuatu anda mendambakan untuk banyak"
emm, ada 2 maksud di situ.. tapi pala hotak aku pikir maksud dia apa yang aku nak sangat2... betul kan? ahh! jadi la tuh..!
dan jawapan aku mestilaa mendambakan untuk kawen!!!!
sekian 
aku dah layak untuk berkawen.. hahahaha...