16 February 2011

sembelih anak sendiri

sob! sob! sob!
bukan anak orang laa... anak ayam aku ni haa... terpaksa sembelih sekoq sebab dia sakit kaki...
sebenarnya Dr. bagi choices nak 'bunuh' anak ayam ni guna cara apa pun tapi syaratnya, BERPERIKEMANUSIAAN! so, cara ISLAM lah yang paling tepat, iaitu dengan sembelih.. nak buat macam mana, terdesak sebab nanti berjangkit kat anak ayam yang lain... masalah kaki ni memang common, ianya genetic problems. (erkh! skema explaination) setakat nih, takdak ubat sebab lahir-lahir ja dah memang cenggitu...

kalau nak buat lauk tengahari pon, agak-agak isi ayam ni melekat kat celah gigi mana satu?

lupa nak bagitau, setiap hari Rabu aku + budak-budak group sama-sama turun tengok anak-anak.. antara kerja-kerja yang kena setelkan hari Rabu:
- timbang berat SETIAP EKOR anak ayam
- timbang berat makanan ayam
- medical check-up
- lain-lain koje yang patut
 minggu ke-2 berat anak ayam dah cecah 159g! minggu lepas berat anak ayam dalam 45-55g ja.. amacam? ada rasa nak bela ayam tak? hahaha... aku tengah bagi tips nih!

cara nak timbang: Jangan berkasar pada ayam kerana kekasaran boleh mencederakan dan menjejaskan kebajikan ayam.
 bila umur anak ayam dah cecah 7 - 21 hari, kena buat pemvaksinan penyakit NewCastle. macam korang jugak kan dari kecik sampai besaq kena cucuk ja...
Dr. Ayu sedang melakukan pemvaksinan
cara dia, titik sikiiiit ja vaksin kat mata anak ayam macam kita dok pakai eyemo... tapi tak gila ka kalau ada 100 000 anak ayam nak buat macam ni? tak praktikal la kan. kami buat macam ni sebab kami bela 60 ekor ja untuk kajian... so, kepada bakal peladang ayam yang berjaya, pemvaksinan yang paling praktikal adalah mencampurkan vaksin dalam minuman ayam.

5 comments:

  1. tp tp tp tp...die maseh budak kecik...

    kaki je kot..

    eee..sape yg sembelihkan tuh?

    ReplyDelete
  2. aah... time budak-budak la kena matikan, besar nnt x nyusahkan org.. HAHAHA... xdela, terpaksa~ bnd nih leh berjangkit kt ayam2 len....

    member group (laki) yg sembelih kn =)

    ReplyDelete
  3. haha! lagi satu...bagi makan ayam probiotic dari syarikat Stella gen sdn bhd....hahaha

    ReplyDelete
  4. alahaiii...sedihh..nape kene bunuh? sakit kaki je kan? kecik2 nk semelih camne? pastu kebumi ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...