14 February 2011

pintu bilik aku dicakar-cakar!

1. tengah sedap buat assignment malam tadi, tetiba pintu aku bergoncang. goncang sikit je.
2. pastuh bunyi kucing lain macam. orang kata kalau kucing bunyi lain macam tanda dia nampak hantu!
3. aku baru nak tutup lampu, pintu aku kena cakar! kucing pulak mengiau lagi kuat dari tadi.

sumpah aku  menggeletar 1 badan.. sudahnya aku tak tau pukul berapa aku terlena dalam keadaan menonggeng + berselimut 1 badan.
pagi tadi aku terjaga sebab dengar bunyi anak kucing. sayup-sayup je. bukak pintu, takde pape.. lantas aku melangkah keluar g toilet.. ada lembaga ikut aku! oh, 'ibu' rupanya..

"kenapa, 'ibu'? 'ibu' lapar ye?" soalku
'ibu' menjawab: "meooowww..... meeooowww..."
aku membalas: "sabar ye 'ibu'. lepas mandi iyou kasi makan."
tapi 'ibu' tetap ikut aku masuk toilet. aku gosok gigi kat sinki, 'ibu' duduk je tepi aku. bila aku masuk shower, 'ibu' ikut jugak masuk! haih~ macam mana aku nak mandi ni... time tu aku terpikir, aku tak bawak tuala rupanya! aku patah balik masuk bilik. 'ibu' pun ikut jugak masuk tapi dia terus meluru bawah katil aku..

laaaa... entah bila dia BERANAK dalam kotak kat bawah katil aku. naseb baik dalam kotak. kalau tak, jenuh aku basuh bilik. patut la sebelum nih kalau 'ibu' masuk bilik asyik aim bawah katil aku jer. dia dah spare wad bersalin kat situ!
'wad bersalin' untuk ibu.. pandai ea dia pilih kotak yang 'sedap'.
haih, jenuh nak membasuh barang-barang aku ni

itu dia 'ibu' bersama 4 adik baru aku lepas aku pindah kan ke 'wad bersalin' yang 'lebih selesa'..
haih, bertambah lagi populasi kucing kat depan bilik aku ni
 bila ingat balik, malam tadi ntah ntah 'ibu' yang cakar pintu bilik aku.. waaaaaaaaaaaa! kesian baby tak minum susu 'ibu' 1 malam..

KASIH BINATANG BUAT TERBAIK UNTUK ANAKNYA!
KASIH MANUSIA KEPARIT ITU TERBAIK UNTUK ANAKNYA!
p/s: 'ibu' nama gelaran untuk kucing ni sebab dalam blok aku dia paling produktif. hahaha... aku suka kucing ni sebab rupa+perangai sama macam arwah soda....!!! cuma soda jantan, 'ibu' betina.. sob sob sob

6 comments:

  1. xbusuk ke wei kalau bnyk2 kucing?

    ReplyDelete
  2. xlah... depan bilik aku mmg dah sedia ada 'taman' yg dioragn wat tandas.. so, x de bau.. =)

    kucing kat U suma pandai2. nak berak+kencing luar bilik. haha

    ReplyDelete
  3. hahaha...yup2... comei macam u.. macam i jugak :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...