12 February 2011

comelnya anak-anak aku

sem lepas aku ternak ikan tilapia… sekarang aku ternak ayam pulak!!! jeles tak dengan aku? hehehe..
semester ni antara subjek yang penting untuk aku Sains Poltri.. sebenarnya luas dalam bidang ni sebab itik + burung pun tergolong dalam kumpulan poltri.. tapi untuk projek, paling murah+senang+tak mengambil masa, ayam jadi pilihan.

macam biasa, banyak benda kena ready before baby sampai. oh ya! modal beli anak ayam UPM tanggung, tapi makanan ayam, guna duit sendiri.. ingat murah ke makanan ayam? bukan main ‘tahuk’ nasi basi/hampagas santan macam kat kampung tuh….

nanti aku akan tunjuk perkembangan weekly baby aku nih.. kejap jer bela ayam wa cakap luu... leh jadi tokey ayam dah aku lepas nih!
ni la rumah 5 bintang untuk baby aku.. bukan reban ok, lecturer aku marah. ingat manusia jer ke nak duk dalam rumah lawa-lawa? rumah baby aku nih ada 12 blok sebenarnya. setiap blok aku masukkan 5 ekor baby ayam jer
 
An yang comel! group leader aku.. aku setiausaha jer.. asyik jadi setiusaha jer keje aku dari sekolah sampai masuk U.. haih~
haa.. groupleader aku tengah 'jampi' rumah ni.. sebelum baby sampai, kena makesure rumah dia tak de kuman..

nih la ramuan 'jampi' untuk rumah baby.. 90litter omnicide + air paip. then, sembur!

'perabot-perabot' dalam rumah baby aku... 5 bintang, kan??

comel kan baby aku? berbulu! hahaha.... behaviour awal, anak ayam akan pecking (patuk) suma benda sebab nak determine yg halal/haram untuk makan.. belajar sendiri, weh! diorang nih anak yatim.. huhu.. cuma 1 benda je kena tolong. disebabkan ayam ni dah 'travel' jauh, kita kena ajar dia minum. celup sikit paruh ayam dalam air. nanti dia tau la, "oh! ni air"... bukan air kosong je, jus ANTI STRESS baby aku nih minum. siapa nak antistress bagitau aku, aku bagi jus nih. banyak dalam simpanan
siapa tak kenal mamat separuh ensem nih? mamat nih sibuk jugak nak amek kos sama dengan aku.. kat sekolah dulu dia la paling sombong/lelaki misteri... sekarang, dia paling kecoh+kuat ngusik org!!!!

5 comments:

  1. wahh..wahh...nak kawan arhh camni...bleh makan ayam free..kan..kan..kan?..ahahhaa

    ReplyDelete
  2. hahaha... tunggu bln 3 nanti ayam dah besar iyou wat BBQ iyou jemput akak =)

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya amik subjek ni..tak bosan belaja teori je..sbb leh praktikkan..best2..klu bejaya..mana tahu sok nnt jadi penternak ayam berjaya..haa pakcik kayo tu.

    ReplyDelete
  4. cik aish: aah, x bosan sgt.. byk benda baru iyou blaja+praktik.. best! =)

    asybedazzle: iyer, anak ayam. bkn anak itik mahupun anak kucing.. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...