15 February 2011

aku tetap bekerja di hari cuti

aku tak tau nak cakap apa.. terkesima pagi tadi! gambar fresh ni aku amek tadi! hari nih aku bertugas... tengok la sendiri
baru seminggu weh! dah besar... baby aku nih dah tak larat nak angkat bont*t dah... honestly! tak ada sebarang synthetic kimia yang kami gunakan! yang ada cuma air yang dicampur dengan anti-stress.. itu sahaja.. makanan dalam bentuk pepejal (serbuk macam dedak). sudah semestinya yang berkualiti! kalau tak, baby aku tak gemuk macam ni dalam usia seminggu!
harga makanan: 1 guni = RM99!
(beli pakai duit sendiri, okey!)
aktiviti harian (2x sehari pergi melawat) :
1. basuh + tukar air minum anak ayam setiap cell sangkar
2. tambah makanan dalam feeder. tak boleh banyak-banyak. nanti baby kuat buat main makanan tu.
3. untuk fasa baby, kami lapik surat khabar sebab kaki dia kecik lagi. nanti masuk dalam lubang-lubang besi. surat khabar tuh kalau dah teruk dengan najis mutawasitahnya, salin!
4. bila malam, pasang lampu. bkn untuk bagi cerah, tapi untuk bagi haba. nanti siang padam balik lampunya. tapi kalau hujan pagi tu, kekalkan lama sikit lampu tuh. 
5. cek kalau-kalau ada behaviour yang pelik kat anak ayam. kalau ada, kena buat report
contoh: ayam mengiau.

7 comments:

azzey said...

Slmt meneruskan tugas ye..

kay_are said...

jage anak ayam?? tugasan student ke? xpe2.. dah beso jual kayo.. ^^

Lya said...

anak ayu!!! hahahaha

iyou said...

azzey: makaceh! =)

kay_are: aah, iyou student UPM.. projek untuk semester nih.. =)

lya: hahaha... tgk, dah besar dah~

Iz iwan said...

ayam piru ada x? hahahahahaa

bunga said...

kucing mengokok??haha//

iyou said...

iz iwan: ayam piru tgu final projek nt... hahahaha

bunga: haaa.. kalau kucing mengokok pun kena wat report jgk... weeee~